Woih Like Lah!!!

Tuesday, January 5, 2016

Status Pilihan December

December 2015.

ERL Naik.

Di sebelah kanan sepanjang perjalanan akan dipenuhi pemandangan air terjun yang menyamankan.

Manakala di sebelah kiri pula dipenuhi haiwan liar seperti bison dan kijang yang berkejaran sesama mereka.


FiFa 40.

Kalau FIFA up sampai 40 pun Malaysia masih tak dapat layak, makan tahiklah FAM woih!

Takkan nak tunggu sampai 200 pasokan main welkap kooooot...


Ponteng Parlimen.

Wujudnya wakil rakyat yang ponteng parlimen sekiranya dengan alasan uzur sakit BERMAKNA secara peribadi aku berasa kita perlu laksanakan beberapa langkah antaranya ialah sebelum PRU buat medical check-up. Adakan saringan ujian pelbagai jenis penyakit seperti jantung, HIV, sipilis, hormon dan sebagainya.

Kalau tak fit ataupun dalam bahasa melayunya CERGAS, macam mana nak menjadi wakil kepada berjota rakyat di Malaysia ni? Adalah amat penting sebenarnya untuk memilik kecergasan akal, otak dan fizikal ni. Barulah berketerampilan imej sebagai wakil rakyat dan otak bergerak pantas selari dengan kecerdasan yang dimiliki.

Lagik satu. Yang datang parlimen pun satu hal. Tidor macam penyakit kencing manis dah tahap kronik. Makan tahik punya Wakil Rakyat.


Piala Malaysia 2015.

Pawer nak mampos team Kedah dengan Selangor ni. Keeper Selangor pulak level Petr Cech dah ni.
Team Pecah Penjara in FM16 NOW!

Alhamdulillah...

Buat testing KTM selama enam bulan pada waktu kemuncak, mesin beli tiket automatik rosak, khabornya 7 minit sekali KTM tapi masih lagi 15 minit. Yang paling penting ialah TIKET TAK KENA GST WOIH!!!

Tiket memanglah tak kena GST.
Tapi tambang KTM naik.
Buat iklan jenis bodoh tak patut punya.


PAU 2015

Baru dua hari Umno Bersidang, talipon pintar bejaya depa siapkan. Kalau setahun bersidang, Russia dengan China pun sujud di hujung kaki UMNO. Heh!!!


Jose memang pengurus yang POWER. Ape yang jadi season ni agak misteri.

Hilangnya Jose dari BPL musin ini umpama WWE tanpa The Rock dan Stone Cold.

Berehat dan bawak-bawaklah diri tu ke gereja untuk bertaubat.


Wadimor

Semalam aku menengok rancangan Hal Ehwal Islam dekat tivi satu. Tajuknya HAK YANG BERHAK. Secara kasarnya tentang zakat. Panelnya Ustaz Haslin dan seorang lagi individu comel montel bulat wajahnya.

Tiba slot soal jawab. Muncul satu makwe bertanya kepada panel. Soalannya mudah selepas aku ringkaskan. Kenapa proses pengagihan zakat terlalu banyak birokrasi.

Ustaz Haslin pun menjawab seperti biasa dengan nada berdegau-degau. Sesekali seperti marah-marah bunyinya. Dan aku tersenyum nipis mendengor jawapan beliau.

Memang sesuailah dia digelar Ustaz Bollywood.





Aku harap lepas rebranding nama team ni, muka Azmin Ali akan kerap ade di stadium.
Lepas main game, nengok Star Wars pulak. Nikmat hari Isnin macam mana lagi yang engkau mahukan?
Nota: Polis EVO sampai hari ni aku tak nengok lagik.


Mereput

Cik Cinderella dan Encik Tengku.

Urut dada jek aku nengok tajuk drama Melayu ni.


999

Aku memang tapernah mengikuti rancangan 999. Semalam aku sudah tertengok dekat tivi dia punya ceritalah satu kali.

Berikut aku simpulkan apa yang aku tonton dan dengar dari kejauhan tempat duduk aku. (Warning: Spoiler alert Star Wars Ep. 9)

Kes 1
Penangkapan sindiket pengemis haram di Kelantan.

KES 2
Serbuan di Pulau Pinang ke atas penyeludupan PATI.

KES 3
Serbuan di rumah urut di sekitar Selangor.

Begitulah dia tuan tuan dan puan puan sekalian betapa teruknya tiga buah negeri ini.

Sementara itu jenayah balak di Sarawak, penjualan tanah Melayu di Johor kepada taikun Singapura dan aktiviti bauksit di Pahang rupa-rupanya adalah berita palsu.

Menyesal aku baca facebook. Heh!

No comments:

Post a Comment