Sekarang ni, bukan main banyak benda diperkatakan dan diperbincangkan dalam facebook, twitter, whatapps dan sebagainya.
Aku nengok bukan main banyak lagi topik-topik yang boleh menyebabkan kita bergaduh. Sama ada dengan orang tak sefikrah dan yang sefikrah. Kalau ikutkan hati yang meluap-luap ni, rasa nak masuk ajek dan hulur salam kerambit. Tapi bila fikir balik selepas aku istighfar panjang dan basahkan lidah ni dengan zikir penenang jiwa. Kalau aku masuk campur pun takkan selesainya masalah kalau main pakai tulis jek ni. Maklumlah...tulisan ni tak bernada.
Kita tulis dalam keadaan tenang sambil tasbih di jari pun orang boleh baca dengan nada marah. Sehingga boleh mendapat gelaran Pencetus Marah.
Tambahan pula kutuk mengutuk, mengumpat, hina, kata keji, fitnah, dedah dan sebar aib, semuanya dilakukan tanpa diperhatikan terlebih dahulu hukum dan fikir apa hikmah dari segalanya.
Pilihan kita?
1) Nak senyap dan tak nak masuk campur.
2) Nak senyap dan nak buat kerja-kerja dakwah
3) Nak masuk buat kucar-kacir
4) Nak masuk untuk selesai benda yang memang payah nak selesai dengan menggunakan keyboard.
Nasihat peribadi aku. Jika kamu tidak mampu berkata baik, hendaklah kamu diam dan sertakan senyuman semanis tebu.
Memang benar, terlalu banyak hal yang lain lagi yang lebih amat bermanfaat, dan cara yang lebih berkesan, dan bimbang kita telah lupa untuk muhasabah dan lunaskan kewajipan yang banyak dan besar lagi dalam hidup kita. Marilah sama-sama kita muhasabah diri, tinggalkan Ariana Rose. Bimbang kita telah memufliskan diri kita sendiri tanpa sedar.
“Bercakap yang baik-baik lebih baik daripada diam, dan diam itu lebih baik daripada bercakap yang sia-sia. Kerana bercakap yang baik-baik mendatangkan pahala dan bercakap yang sia-sia mendatangkan dosa”.
No comments:
Post a Comment