Woih Like Lah!!!

Monday, January 6, 2014

Cuti - Point Of No Return.

Aku dengor cerita Pulau Pinang dan Selangor tengah rancang nak ikut jejak Johor ubah cuti umum dari Sabtu, Ahad ke Jumaat dan sabtu. Aku harap kalau boleh jangan buat benda yang sekadar nak dapatkan undian popular.

Kau kena pikir, ramai orang duduk Selangor yang kerja di Kuala Lumpur. Contoh paling dekat, orang macam aku ni yang kerja di Kuala Lumpur tapi bermastautin di Selangor. Jadi urusan penjagaan anak semuanya di Selangor. 

Sekolah, taska, rumah pengasuh, nurseri, rumah orang tua-tua kalau cuti hari Jumaat, kami ni yang kerja Kuala Lumpur tetap kena pergi opis hari Jumaat. Habis tu nak hantar anak ke mana mangkok berayun? Nak buat satu satu benda tu guna akal, jangan ikut sedap otak engkorang jek.

Kau orang ingat satu negeri Johor ke cuti hari Jumaat/Sabtu? Haaaa...tak beb...tengah kelam kabut jiran si Temasik tu. Ingat!! Bertindaklah dengan POWER.

-------------------
Macam biasalah, orang kata sarang tabuan jangan dijolok. Tapi dalam menulis ni tak mencabarlah kalau kita tak rodok sarang tabuan. Lepas aku post status kat atas tu, ada beberapa komen yang menjalar di bawah. Antaranya yang terbaik ialah..

"Pedulik ape aku. Aku ni open minded. Kalau cuti tu utk kebaikan. In sya Allah ada jalan tuk fix your problem. Allah maha merancang. Kalau selangor cuti jumaat. KL tak cuti. Maka ramai la yang tak akan hantar nursery. Jd nursery akan fikir tuk flexible the bisnis. Momentum dari implementation ni tuk khidmat kerajaan. Private sector tak 100% effected. Pffff... Itu pon tak bolleh nak fikir ke? Nak mengamuk je keje.. sabar je la"

Pertamanya aku nak bagitau ialah komen ini datang daripada seseorang yang belum mempunyai anak. Ya, jadi dia berhak untuk bercakap "Pedulik ape aku". Aku dapat rasakan yang dia mungkin suka cuti Jumaat sebab hari Jumaat ini adalah penghulu segala hari, hari baik untuk beribadat. Sekali lagi aku tidak menafikannya. Tapi aku nak tanya semula adakah selama bekerja hari Jumaat ni kau tidak mempunyai waktu untuk solat Jumaat? Tiada keselesaan untuk beribadat? Kau kata bercuti hari Jumaat untuk kebaikan...adakah bekerja mencari rezeki pada hari Jumaat itu satu keburukan?

"Kalau selangor cuti jumaat. KL tak cuti. Maka ramai la yang tak akan hantar nursery. Jd nursery akan fikir tuk flexible the bisnis."

Ini hujah paling lemah kau. Senang kau buat kesimpulan. Macam kau ni adalah taukeh nurseri. Sudah tentulah orang yang hantar anak-anak di nurseri atau rumah pengasuh ni datangnya dari mereka yang kerja di Selangor dan Kuala Lumpur. Penyudahnya pusat jagaan ni nak jaga pelanggan ikut jadual cuti yang mana satu? Selangor atau Kuala Lumpur? Kau nak dia kerja 7 hari seminggu? Itu bermakna kau sediakanlah duit banyak-banyak untuk bayar double depa ni semua.

"Momentum dari implementation ni tuk khidmat kerajaan. Private sector tak 100% effected. Pffff..."

Habis tu kau nak buat cuti Jumaat separuh ikut, separuh lagi tak payah? Inilah bengapnya Malaysia. Buat sekerat-sekerat. Ingin aku tegaskan. Kalau nak buat sesuatu tu biar menyeluruh. Biar konsisten. Hujah aku sama macam di atas. Kebanyakan yang hantar anak di pusat jagaan adalah mereka yang bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur. Bukan semuanya kerja di Selangor. Dan bukan semuanya kerja di Kuala Lumpur. Kelak pusat jagaan akan menjadi pening. Nak tak nak depa mesti akan kenakan bayaran tambahan jika kita menghantar anak pada hari yang mereka cuti. Tak kiralah cuti yang mana satu yang depa pilih.

"Itu pon tak bolleh nak fikir ke? Nak mengamuk je keje.. sabar je la"

Kau boleh kata aku mengamuk jika kau baca status aku dengan membayangkan kerambit di tangan kanan aku. Kau cakap aku tak boleh pikir sebab dalam diri kau masih tebal jiwa yang menyokong ahli politik secara membabi buta. Aku dah perhatikan selepas pilihanraya ni memang ramai penyokong tegar pembangkang yang baghalnya sama sahaja dengan penyokong BN.

Menteri di negeri PKR naik gaji, kau senyap. Ketua Menteri Pinang tukar kereta, kau bagi hujah-hujah serupa dengan budak hingusan BN. Kau kena lebih matang dan berpikir menggunakan akal dan bukannya otak kau semata-mata. Jangan jadi barua politik. Dan ya, ingin aku tegaskan bahawa perihal cuti Jumaat ini tidak lain daripada ingin menggula-gulakan rakyat negeri masing-masing dan cuba mendapat kepopularitian dengan kononnya prihatin pada hari Jumaat. 4 tahun lepas apa pasal tak buat bongok?

Akhirnya aku hanya mampu redho dan bersedia menjalani kehidupan seperti biasa andai benda ni berlaku. Siapalah aku ni nak menghalang kerajaan negeri? Ataupun persekutuan? Lama-kelamaan aku akan terbiasa dengan kitaran cuti yang baru. Jadi aku rasakan pendekatan "sabar je la" adalah yang terbaik di muka bumi. Lagipun akukan Melayu...

No comments:

Post a Comment