Woih Like Lah!!!

Friday, January 17, 2014

UJUB: SIFAT TERCELA YANG PERLU DIJAUHI.

UJUB: SIFAT TERCELA YANG PERLU DIJAUHI.

SALAH satu sifat mazmumah yang amat dibenci Islam dan tidak disenangi dalam masyarakat ialah sifat ujub (riak). Ujub dapat diertikan sebagai 'menganggap dan melihat diri lebih daripada orang lain'. Dengan menganggap diri lebih, seperti dari segi pengetahuannya, kealimannya, ibadatnya atau lebih kekayaannya daripada orang lain. Sebagai contoh situasinya ialah:

a) "Suami I belikan I adiah itu..adiah ini..." (Siap dengan ambil gambar lagik tempek merata tempat).
b) "Tahun ni perniagaan aku banyak untung...Bonusnya bertingkek-tingkek kau tau..." (Sambil jari ibu dinaikkan tanda baguuuus)
c) "Duit aku yang banyak ni aku ingat nak guna buat Haji dan Umrah back-to-back lah. Kau hado?" (Siap dengan muncung-muncung mulut sekali)

Ujub ini sifat tercela, ia perlu segera dikikis dan dijauhi umat Islam kerana boleh mendorong kepada pelbagai sifat yang lebih buruk lagi, misalnya sombong, takbur, gila hormat, meremehkan orang lain dan sebagainya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:  | Tiga perkara yang dapat merosakkan, iaitu bakhil yang diturut; hawa nafsu yang diperturuti dan mengagumi diri sendiri (ujub). - (Hadis Baihaqi) |

Jenis-jenis ujub termasuklah:
Bangga atau kagum dengan kecantikan rupa paras, kegagahan atau suara merdu. Contoh ayat:

a) "Eh eh..comelnya aku berhijabista stailista hipster pada hari ini"
b) "Aku kalau ada hanjeng cuba kejar aku, aku kerambitkan ajek leher depa. Kau nampak kekuatan aku?"
c) "Sedap jugak aku tarik lagu Jamal pagi-pagi buta ni"

Hal sedemikian perlu dijauhi kerana ia adalah sangat tercela. Menjauhinya hendaklah dengan kesedaran bahawa apa juga yang dibanggakan itu adalah anugerah dan nikmat Allah yang perlu disyukuri. Seseorang itu dikatakan bersyukur apabila ia memanfaatkan anugerah Allah itu pada tempatnya yang wajar lagi diredai-Nya.
Ujub disebabkan ketinggian ilmu atau kecerdasan otak dan menganggap dirinya paling pandai. Contoh ayat:

a) "Kau dapat 2.75 jek pointer? Kau nengok aku dapat 3.99. Susahlah kau nak dapat kerja syarikat oil & gas macam ni"
b) "Kau diam. Kau diam. Biar aku sorang jek yang sembang pasal perihal Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ni. Aku dulu sejarah dapat A. Kau dapat ape?"

Sikap sedemikian perlu dijauhi dengan kesedaran bahawa ilmu yang kita miliki ini adalah masih terlalu sedikit. Kalau difikirkan, ulama dan intelektual lain adalah lebih dari itu. Dan perlu kita hayati firman Allah:  | Dan tidaklah kamu diberi ilmu, kecuali sedikit. - (Surah al-Israa: 85) |
Ada pula ujub kepada susur galur keturunan. Umpamanya seseorang itu bangga terhadap dirinya disebabkan berketurunan bangsawan, raja, ulama, hartawan dan sebagainya. Contoh ayat:

a) "Kau tahu tak? Aku ni ada darah keturunan Portugis. Moyang aku antara 10 orang kanan Alfonso de Albuquerque yang tawan Melaka dulu. Kau apa tahu?"
b) "Kawan saya Datuk Samsuddin. Dia Saudagar Unta. Masukkan saya dalam WAD KELAS PERTAMA sekarang!!!!!!"

Sebenarnya semua itu tidak patut dibangga-banggakan. Bukankah Allah berfirman: | Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). - (Surah al-Hujurat: 13) |

Kesemua sifat ini hendaklah dijauhi dan dihilangkan dari diri seseorang individu muslimin kerana ia boleh menjejaskan amal ibadat kita kepada Allah. Semoga dengan menjauhinya kita akan mendapat keredaan Allah di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment