Woih Like Lah!!!

Thursday, January 9, 2014

Ariana Rose

Tahukah Anda? Sinopsis Drama Ariana Rose. 

Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik  dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utamaTengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin denganTengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal . 
  
Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengku Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil. 
  
Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi “drama queen” dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuanTengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu  luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa,  setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. 
  
Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka – sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah  pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam. 

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam .Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz ,Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa  gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati. 
  
Tengku Adam bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya.

-------------------------------- 
Tahukah Anda? Ini Ulasan Aku Pula. 

Orang kata sarang tebuan jangan dijolok. Tapi apa yang seronoknya menulis kalau tidak dijolok sarang tebuan itu? 

Sebenarnya aku hampir malas nak sentuh hal-hal macam gini. Sebab ada ramai yang tak selesa. Ada yang kata aku merepek membebel macam orang gila, asyik nak marah-marah macam Rambo, bercakap tak reti nak berpikir dahulu macam Ibrahim Ali. Dan pelbagai tohmahan lain. Tapi aku tidak peduli dengan itu semua. Akhirnya aku akur dan terpaksa juga teruskan tanggungjawab aku yang tidak meminta bayaran kepada sesiapa ini. 

Takkan aku nak post perihal gossip kahwin cerai artis? Perihal kebangkitan JDT? Ataupun perihal jenis tudung yang menjadi trend pilihan hijabster fashionista teletubies di luar sana? Maaf itu bukan Muhammad Hadri punya level. 

Apa yang aku lihat, drama Ariana Rose ni masih cekang mengekalkan plot dari novel dengan garapan skrip yang lemah. Benda ini juga masih lagi berjaya melekakan umat Melayu setiap kali tiba waktu senja dan Maghrib. Eh, dah nama drama Melayu, siapa lagi yang mahu menontonnya? Aku perhatikan juga seperti biasa cerita dan stail dalam novel/drama ini selalu berulang-ulang. 

Antaranya ialah nama watak yang tak logik. Kalau perempuan kena nama banyak huruf A dan/atau S. Contohnya Shahfiza Hanisa, Qistina Amalia Rianna, Nora Elena Mariappan, Ixora Malisa, Ariana Rose. Kalau yang lelaki nama dah macam angksawan negara; Adam Mukhriz, Iqbal Hanif, Danial Rasydan, Azlan Hafizi, Tengku Bossned, Syed Sondeh. 

Tak boleh ke bubuh nama yang biasa macam Milah ke, Laili ke, Melati ke, Rosmah ke, Azizah ke, Kuntum ke. Nak nampak moden sangat ke sampai kena letak nama macam nama planet?  Yang lelaki tak boleh ke letak nama Daud ke, Shuib ke, Idris ke? Apa, kalau kau letak nama-nama biasa macam tu akan jadi tak hensem ke heronya? 

Selain itu, aku nengok sekali imbas sahaja tajuk drama Melayu ni, aku dah boleh tahu jalan ceritanya yang seringkali berulang-ulang. 

Jalan cerita novel/drama Melayu dah dekat dua puluh tahun, tak pernah berubah. Kenapa persekitarannya mesti ada Tan Sri, Datuk, Ahli Perniagaan? 

Lepas tu heroin baik nak mampus tahap pijak semut pun tak mati, sentiasa merelakan dan memaafkan apa sahaja yang orang lain buat kat dia, pendek kata redha je. Kenapa mesti watak perempuan utama tu perfect serba-serbi, takde langsung kekurangan (kecuali kuat menangis). Kenapa mesti ada kahwin paksa? Dah takde idea sangat ke depa ni? 

Hero pulak macam lahanat perangai mula-mula cerita tu, yelah anak orang kaya, bapak pulak Tan Srilah katakan. Jadi, dunia ini hero itu yang punya. Tahap hensem hero ni dah taraf model kononnya. Kalau dah taraf model, kenapa tak jadi model je, buat apa susah-susah nak kerja dengan mak bapak kau? 

Kemudian bila hero dan heroin dah tak sama taraf dan tak boleh bersatu, maka terpaksalah diwujudkan caranya. Idea yang paling bangang yang boleh diorang ni pikir adalah dengan tangkap basah atau kahwin paksa atau wasiat keluarga atau terhutang budi tergadai body. Disebabkan perkara-perkara yang tak diingini terjadi antara kedua pihak nie, maka konflik yang tak berkesudahan pun terjadi..........gaduh, baik balik, jatuh cinta, gaduh lagi, buka facebook, pujuk balik, gaduh, menyesal, idup bahagia selamanya. 

Penamat drama mesti main dengan anak dua tiga orang tak pun pergi honeymoon kat oversea. 

Lagi 6 tahun nak ke 2020. Ada lagi manusia menonton drama macam gini? Yang kau tahu, itu jelah. Lelaki hensem, perempuan miskin. Boring. 

No comments:

Post a Comment