Tadi aku lepak minum dekat kedai kopi. Ade sorang pakcik ni duk bersembang
bukan main rancak dengan member dia. Perwatakan pakcik ni biasa biasa aje dengan
songkok tinggi dan t-shirt biru lambang 1 Malaysia. Sekali imbas aku dah tau
macam mane buah permainanan dia. Dari jauh aku dengar dia berhujah.
"Kau ingat PR boleh tunaikan manifesto dia ke turunkan harga minyak kalau
depa memerintah?"
Tiba tiba cuping telinga aku jadi panas. Dari jauh aku bersuara.
"Woi pakcik, kau ingat BN boleh tunaikan ke manifesto 1 juta unit rumah untuk
5 tahun? Sepatutnya 121 hari selepas 5 Mei 2013, kerajaan dah siapkan 71,995
unit rumah kau tahu?"
Seraya itu juga pakcik yang angkuh tadi meluru ke arah aku. Sujud dan
memegang kaki aku memohon maaf. Aku tenang...tidak kaget. Aku dirikan semula
pakcik tadi dari kedudukan sujud tersebut. Setelah aku tenung mata pakcik itu
dalam dalam, perlahan aku bisik ke telinganya.
"Pakcik, kita ni kena bersyukur dan sujud pada Allah, bukan pada mahkluk-Nya.
Saya harap songkok pakcik ni tak memerangkap otak pakcik dari berpikir secara
cerdik. Jangan kau biarkan muka hodoh tu mempengaruhi corak pemikiran kau
pakcik."
Aku meninggalkan pakcik tersebut selepas selesai menghentak sebotol sos cili
ke kepala beliau. Aku harap dia terjumpa masjid untuk tunaikan solat sunat 2
rakaat.
No comments:
Post a Comment