Woih Like Lah!!!

Tuesday, September 3, 2013

Berjimat

Berjimat
 
Malam tadi bila aku dapat tahu harga petrol naik, cepat cepat aku panggil Puan Feeza dan Hasya duduk mengadap aku. Aku ceritakan pada mereka kepentingan berjimat cermat dalam amalan harian. Ada pelbagai cara untuk kita berjimat cermat. Antaranya ialah sediakan bajet kewangan keluarga. Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.
 
Masak sendiri, bawa bekal ke pejabat atau sekolah, elakkan memandu kenderaan sendiri. Amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat. Kalau boleh cari yang anak dara lagik bagus. Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas selain daripada menanam sendiri sayur-sayuran.
 
Aku tekankan sekali lagi kepada mereka berdua yang kenaikan harga petrol ini adalah salah satu inisiatif ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam berdepan persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar dan penuh onak duri. Jadi, antara sebab yang menyebabkan harga minyak kita sedikit "mahal" ialah kita bukanlah pengeluar minyak utama dunia seperti OPEC, juga kerana proses penghapusan subsidi secara berperingkat oleh kerajaan selaras dengan apa yang telah direncanakan dunia.

Tiba-tiba Hasya mengangkat tangannya lalu berkata "Nak Mamam...nak mamam..."
 
Aku tanpa berfikir panjang...."Jom siap!! Kita pergi Chakri Palace".

No comments:

Post a Comment