Baru beberapa hari lepas kerajaan umumkan kenaikan harga minyak petrol. Sesuatu yang tidak mengejutkan aku. Jadi seperti biasa aku pun memulakan rebel di laman maya facebook. Mungkin ramai yang meluat, ramai yang suka, ramai yang tak paham tapi buat-buat paham dan ade juga yang salah anggap malahan juga ade yang tak peduli langsung dengan apa yang aku tulis.
Aku merungut pun sebab aku peduli dengan negara ni. Aku peduli demi masa depan anak cucu kita. Engkau lainlah...belum kawin, belum ada anak. Belum merasa kena beli pampers, susu, baju barang anak-anak. Tapi kalau kau betol betol peduli pun kau tak perlu nak tunggu ade keluarga sendiri dan anak sendiri untuk menjadi seorang yang peduli dengan keadaan semasa sekarang ini.
Aku taknak cerita lebih dari segi ekonomi dan urus tadbir negara. Sebab kebiasaanya haraga barang semua akan naik bila minyak petrol naik. Itu memang lumrah yang berkadar terus.
Selepas Razak, anak dia, lepas tu cucu dia, lepas tu cicit dia, lepas tu cicit kepada anak dia...dan seterusnya sehinggalah hari kiamat. Aku tak salahkah corak penyerahan tahkta seperti ini andaikata mereka bijak urus tadbir negara. Dan apa yang aku paling peduli ialah kenapa mereka tidak menjadikan AL-Quran sebagai panduan utama? Aku yakin itulah asas paling kukuh untuk membina tiang negara. Setakat status negara ISLAM tanpa laksanakan hukum hakamnya, negara seperti Mongolia pun mampu baut benda yang sama.
Itulaaaah...aku memang dah lama tau Najib ni lemah. Jadi apabila semua ni berlaku, aku rasa biasa-biasa ajek walaupun nampak macam aku kecoh di laman maya.
Entahlah selagi ada umat yang selalu cakap "tak kaya takpe...janji gembira" dan yang junjung tong NGV setiap masa. Selagi itulah kita ditindas. Ingat..bulan Mei lepas kita dah diberi peluang untuk berubah. Tapi akibat dari segelintir spesis yang "tak kaya takpe...janji gembira" dan yang junjung tong NGV inilah yang menjadikan kita turut sengsara ditindas. Aku tau masing masing ada pendapat sendiri. Dan ini pendapat kedana dari aku.
No comments:
Post a Comment