Woih Like Lah!!!

Wednesday, September 11, 2013

Dr. Addison Montgomery

Dr. Addison Montgomery

Pada suatu malam waktu perdana.

Aku sedang pekena lepak berkain pelikat sambil tonton cerita Private Practice. Isteri pula sedang sibuk membasuh pinggan. Hasya? Seperti biasa dengan projek black money dia - membasahkan wang kertas aku dengan air susu perisa strawberinya. Air teh O panas yang isteri aku bancuh aku teguk sikit demi sedikit. Kalau aku redah minum sekali tonggak, orang kata aku Mutant pulak. 

Aku tak berapa suka cerita Private Practice ni, tapi itu sahaja cerita yang masuk akal buat masa sekarang, cerita saluran lain lebih berat ke hiburan, serupa gampang. Tidak membina jatidiri aku langsung.

Sambil aku layan Private Practice gaya bebaring mengiring ala firaun dengan tangan kanan aku buat tongkat kepala, kaki bersilang, aku gedik gedikkan kaki tanda menikmati rehat yang aman. Tiba satu babak muncullah Doktor Addison Montgomery. Mulut aku terus jadi ringan memulakan perbualan dengan isteri aku yang sedang basuh pinggan di dapur.


"Ibu, kalau doktor O&G kita macam gini. Sehari 2 kali kita buat check-up pun abang sanggup"

Bukan main petah mulut aku berkata-kata gaya seorang MP dari Rembau berhujah di Parlimen. 3 saat selepas itu dunia aku rasakan gelap-gelita. Aku pengsan. Aku tidak sedar sampailah ke pagi esok. Bangun pagi aku lihat cermin, ada satu benjol kebiru-biruan pada dahi kanan aku. Sampai ke hari ini aku masih tak tahu apa yang berlaku sebenarnya selepas muncul babak Doktor Addison Montgomery tu. Misteri.

Nota: O & G (Obstetrics & Gynaecology)

No comments:

Post a Comment