Anugerah Dekan
Ketika aku sedang merasa bosan yang amat tahap nak nyanyi lagu negaraku sambil berdiri tegak tangan lurus ke paha, ingatan aku terus dibawa kepada satu peristiwa. Anugerah Dekan.
Pernah suatu ketika semasa aku belajar di sebuah Universiti terkemuka dunia bersebelahan dengan Universiti Antarabangsa yang suam-suam kuku, kami diwajibkan untuk menghadiri Majlis Kecermelangan Pelajar - Anugerah Dekan. Dia punya wajib sampaikan kau boleh tak dapat duduk hostel untuk semester depan kalau kau tak datang menonton budak-budak cerdik ni amek anugerah.
Pihak berwajib iaitu warden akan melakukan apa sahaja untuk memaksa kutu-kutu macam aku ni pergi menonton 'sarkis' tersebut. Antaranya depa akan tutup main supply elektrik dan gegar dari bilik ke bilik. Kadangkala aku rasa macam dalam Penjara Fox River pulak.
Kau bayangkan comel tak comelah kutu macam aku ni terpaksa duduk atas lantai bersorak dan tepuk tangan setiap kali budak-budak cerdik ni naik pentas amek hadiah? Busuk-busuk kutu pun ada maruah tau. Tetapi Kutu macam aku ni jangan kata anugerah dekan, anugerah Pak Guard 125Z pun belum tentu nak singgah.
Tapi korang jangan risau..aku kini akhirnya selamat berkahwin dengan salah seorang penerima Anugerah Dekan tersebut. Sekarang baru dia tau kutu macam aku ni bukanlah calang-calang manusia.
No comments:
Post a Comment