Pagi itu suasana sangat tenang di Warong Pak Tamam. Kelihatan dari kejauhahan beberapa orang nelayan sedang sibuk membaca surat khabar sambil tenang menghirup kopi panas masing-masing.
"Engko nengok berita ni, Pelayaran Islamik dengan tema syukur....tenang....damai....Padan muka kita lahir sebagai nelayan miskin tak dapat turut serta benda ni semua. Tak dapat berzikir dengan tokoh-tokoh agamawan kegilaan ramai. Tapi aku pedulik hape. Setiap kali aku turun ke laut, lidah aku tak pernah kering dari Zikrullah. Solat yang wajib mahupun sunat tak pernah aku tinggalkan bila berada di lautan. Aarrrrrggggh....ini semua kapitalis. Tengok tu penaja dia..Astero. Heh!!!"
Panjang lebar Tok Kenalin merungut perihal kapitalis yang tak sudah-sudah mengaut keuntungan dengan berbekalkan penjualan agama. Jemaah lain yang melepak hanya terangguk-angguk dan diam membisu. Bukannya tidak mahu bersuara. Bimbang dituduh berfahaman liberal mahupun syiah. Bukankah menikus itu lebih mulia pada masa kini?
"Pelayaran Islamik ada Ostad dalam kapal. Kenduri Islamik ada Ostad datang makan. Perkahwinan Islamik, engko kahwin dengan Ostad jadik bini nombor empat."
Begitulah hujah penutup Tok Kenalin yang kelihatan marah-marah pagi ini. Tok Kenalin terus membuka halaman paling belakang sekali. Ruangan sukan. Terpampang font sebesar saiz 32 dengan tajuk 'Harimau Malaya Tewas'
"Haaa....padan muke kalah. Main bola serupa anak anjeng. Ada hati nak jadi juara Asia Tenggara."
Sekali lagi jemaah lain yang mendengar hanya terangguk-angguk dan diam membisu. Bukannya tidak mahu bersuara. Bimbang disuruh turun bermain di atas padang pula nanti jika terlalu banyak merungut. Bukankah menyokong tidak kira sama ada tewas ataupun menang itu adalah perkara molek yang digalakkan oleh Ultras Malaya - penyokong bola sepak nombor satu di Malaysia. Lagik satu, fikirlah positif sikit....
Surat khabar terus diselak oleh Tok Kenalin sehingga ia terhenti pada satu ruangan hebahan tertulis:
'JEMPUTAN KE TAKLIMAT CADANGAN PERLESENAN DAN PENANGKAPAN IKAN REKREASI KELAUTAN'
Setelah membaca serba sedikit hebahan tersebut. Tok Kenalin pun mula bersuara.
"Alaaaamaaaak....kena amek lesen pulek kalau nak memancing dekat laut lepas ni. Mamposleeee..mampos kita...entah apa benda percuma yang tinggal untuk kita ni dekat Wilayah Satu Malaysia agaknya".
Tok Kenalin sekali lagi menzahirkan kekecewaannya. Seperti tadi juga jemaah lain yang mendengar hanya terangguk-angguk dan diam membisu. Bukannya tidak mahu turut serta memaki hamun kerajaan pemerintah. Cuma bimbang akan dihalau dan disuruh memancing keluar dari Malaysia. Jadi...berdiam diri adalah yang terbaik buat warga nelayan ini.
"Apa yang engko bising ni orang tua? Selagi memancing makwe percuma di muka bumi ni, apa yang hendak kita rungutkan?"
Satu suara tegas dari hujung warong kedengaran. Tok Kenalin mengerut muka cuba mengecam wajah pemuda tersebut. Berpakaian kemas dan kacak bergaya seperti bukannya penduduk kampung Paya Lebor.
"Eh engko ni siapa? Tiba-tiba menyampok ni apehal? Engko dah kenapeee?"
"Akulah Baddrol Rani. Baddrol Rani ko tau?"
Serentak dengan itu juga Baddrol Rani mengeluarkan sebijik bom tangan yang mempunyai berat 500g dan mempunyai ukur lilit 100 mm. Bom tangan ini menggunakan sebatian RDX, komposisi B serta TNT sebagai bahan peletup. Dia menyingkirkan pin keselamatan dengan menggunakan gigi sama seperti yang dilakukan oleh Rambo dalam siri filemnya ketika berperang dengan Vietnam lalu seterusnya melepaskan pemegang. Sambil melakukan balik kuang, dia terus melontarkan bom tangan tersebut ke dalam warong tersebut.
"Kaboooom!!!!!!"
Berkecai tubuh semua pengunjung Warong Pak Tamam. Kepala entah ke mana, tangan serta kaki pula hancur bagaikan debu.
Melangkah masuk ke dalam Aston Martin DBS V12 ialah satu susuk tubuh bernama Baddrol Rani. Api dari Warong Pak Tamam masih marak menyala di belakangnya. Baddrol Rani masih tenang.
Dicapainya talifon pintar lalu dia menaip sebaris ayat:
“Makan malam dengan saya sempena Valentine Day. Lepas Maghrib saya ambek. Jaga-jaga...”
SEND.
Atmosphere360 Kuala Lumpur, 9:00 Malam.
Yasmin Chin tidak menolak apabila diajak makan malam romantis di hari valentine oleh pasangannya Baddrol Rani yang kacak bergaya seorang teruna yang dikenalinya 3 minggu yang lalu. Yasmin Chin mendapat info yang Baddrol Rani adalah seorang tauke perniagaan atas talian yang berjaya. Entah mende yang dijualnya tidak pula sempat diselidik oleh Yasmin Chin.
Atmosphere360 adalah restoran pilihan mereka. Makan malam di atas awan? Inilah tempatnya. Moto restoran ini ialah Feel Good, Taste Good, See You at The Top. Terletak pada ketinggian 282 meter dari paras laut, tetamu dijanjikan makan malam bertemankan bulan dan bintang dan permandangan lampu malam Kuala Lumpur yang berubah-ubah kerana ia sentiasa berpusing.
Sesekali Yasmin Chin menahan loya kerana restoran ini kerap kali berpusing-pusing. Bunyinya macam canggih, tapi bila dikaji secara mendalam, ada bangangnya restoran ni. Yasmin Chin masih ingat lagi ketika dia dan Baddrol Rani makan Nasi Lemak Malinja 2 hari yang lalu. Haram takde meja yang berpusing-pusing pun. Namun begitu nasik lemak di situ kekal power nak mampos. Mungkin mandrem spendar barangkali.
Inilah saat pertama kalinya Yasmin Chin ke sini. Suasananya memang romantis sekali. Meja-meja ditata mengelilingi pemain piano yang memainkan lagu-lagu cinta dengan permandangan malam yang sangat indah. Pelbagai lagu dimainkan. Antaranya lagu gila judi. Habis bergelek segelintir pengunjung di sini.
Baddrol Rani awal-awal lagi sudah membuat tempahan. Semuanya dilakukan supaya tidak menunggu lama pada malam ini. Lamb Masala, Stir Fried Chilli Crab dan Stir Fried Boston Lobster merupakan hidangan pilihannya. Sekali pandang macam hantu raya yang hendak menjamu selera.
Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah tiba-tiba talipon pintar Baddrol Rani berdering. Ketika dia hendak mengeluarkan talipon dari poket bajunya, dia secara tidak sengaja terjatuhkan sekotak rokok miliknya.
Baddrol Rani tenang. Dia tidak menjawab panggilan tersebut dan mematikan terus taliponnya. Lalu dia tersenyum seorang diri sambil menjeling tajam ke arah anak mata Yasmin Chin yang berwarna biru akibat memakai kanta lekap. Semuanya palsu.
"Bad...yang awak tersengih sorang-sorang ni dah kenapa? Takut saya nengok awak tau."
"Aik? Saya sonyum pun tak boleh? Ke awak tergoda menengok senyoman saya? Yolaaaah..kan saya ni ado lesung pipit kalau tersonyum." Ucap Baddrol yang masih pekat loghat nogori dihujung lidahnya.
"Saya nak tanya awak sikit boleh? Kenapa awak merokok? Tahukah awak Badrol yang Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok ni dari pandangan Islam? Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudhoratan."
Baddrol Rani tersentak. Dia menjadi marah. Dicapai garfu dengan tangan kanannya lalu dirodok leher Yasmin Chin yang putih gebu itu. Darah memancut membuak-buak keluar. Yasmin Chin berkeruh macam lembu kena sembelih. Lalu Baddrol Rani meninggalkan tubuh Yasmin Chin yang menggelupur tanpa rasa bersalah. Seluruh pengunjung restoran terkejut. Ada beberapa orang mula mengerumi jasad Yasmin Chin yang sudah tidak bernyawa.
Sebelum beredar, Baddrol Rani mengeluarkan sebijik bom tangan yang mempunyai berat 500g dan mempunyai ukur lilit 100 mm. Bom tangan ini menggunakan sebatian RDX, komposisi B serta TNT sebagai bahan peletup. Dia menyingkirkan pin keselamatan dengan menggunakan gigi sama seperti yang dilakukannya di Warong Pak Tamam pagi tadi.
Tanpa menoleh dia terus melontarkan bom tangan tersebut ke dalam restoran.
"Kaboooom!!!!!!"
Melangkah keluar satu susuk tubuh bernama Baddrol Rani dari restoran tersebut sambil api marak menyala di belakangnya. Dia masih tenang sambil menyalakan rokoknya. Baddrol Rani menariknya dalam-dalam sehingga terasa segenap nikotin mula menjalar ke dalam urat sarafnya. Ketenangan mula dirasakan sedikit demi sedikit.
Dia masuk ke dalam Aston Martin DBS V12 dan memecut laju meninggalkan Atmosphere360 yang masih berasap-asap dan penuh hiruk pikuk manusia. Baddrol Rani amat lincah bagaikan sang lipas mencari makanan di dapur pada waktu malam. Tiada siapa yang perasan akan kehadirannya di situ.
Sesampai sahaja di rumah, Baddrol Rani terus memasang DVD filem Lara Croft. Susuk Angelina Jolie dengan singlet hitam berseluar pendek menampakkan sepasang kakinya yang panjang langsung tidak menarik perhatiannya. Dicapainya buku latihan sekolah bertulis 'Buku Biodata' yang terletak di atas meja kopinya. Kemudian halaman di dalamnya diselak satu persatu. Tertulis serba sedikit data tentang Yamin Chin - gadis campuran Melayu-Kadazan yang putih gebu yang baru sahaja dirodok lehernya dengan garfu.
"Hobi selfie...artis kegemaran K-Pop...ermmmmsss..Minuman kegemaran sirap limau. Makanan kegemaran yang halal."
Baddrol Rani menjadi baran secara tiba-tiba. Dicampaknya buku tersebut ke lantai. Belum sempat pun dia mengisi buku biodata yang diberikan Yamin Chin, gadis tersebut sudahpun menjadi arwah. Dia duduk bersandar sambil termenung. Mengelamun jauh. Teringatkan kenangannya bersama Yamin Chin 3 minggu yang lalu....
Gridiron, Kuala Lumpur, 7:00 Malam.
"Yasmin...sejak dua tiga empat menjak ni, rusuk kiri saya selalu bergerak-gerak. Nampaknya jodoh saya semakin hampir."
"Heh? Jodoh mendeeee. Kalau rusuk kiri yang bergerak, itu petandanya akan beroleh harta kekayaan."
"Tapi saya memang dah sediakala kaya raya. Sayakan saudagar atas talian yang berjaya." Baddrol Rani bertanya lagik. "Kalau awak power. Apa tandanya kalau rusuk kanan pulak yang berdenyut-denyut? Haaaa...taktaule tuuuuu"
"Bila rusuk kanan pulak yang bergerak-gerak. Bawak-bawaklah pergi x-ray. Entah-entah dah retak. Kahkahkahkah..." Ketawa besor Yasmin Chin. Rasa macam tak berapa sampai pulak puchlinenya di situ.
Baddrol Rani terperanjat tak patut bila melihat Yasmin ketawa serupa dugong. Terkebil-kebil dia menahan marah. Darah keturunan pahlawannya masih boleh dikawal.
"Kalau kepala, mata, hidung, telinga bergerak-gerak pulak?"
"Jika kulit kepala begerak-gerak, alamatnya akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang boleh membanggakan keluarga. Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan akan melihat orang yang jauh dan kalau ekor mata kiri pula alamatnya akan mendapat sakit. Manakala sekiranya hidung kanan bergerak ia bermaksud akan menemui musuh dan sekiranya hidung kiri pula yang bergerak, ia menandakan akan terlepas dari bebanan hutang. Cuping telinga kanan yang bergerak-gerak tanpa usul periksa menandakan akan memperolehi durian runtuh. Jika cuping telinga kiri pula ia menunjukkan akan bertemu dengan sahabat lama. Heh!!"
Baddrol Rani tersentak dari lamunannya. Tanpa dia sedari air mata jantannya meleleh laju. Laju selaju lajunya.
Rindunya pada Yasmin Chin ketika ini ibarat berada di sebuah bilik kecil yang mana semakin lama semakin menyusut menghimpit tubuh. Sesak. Senak. Sakit. Memulas-mulas. Tiba-tiba Baddrol Rani bangun lalu berlari pantas ke bilik air. Mungkin sakit perut yang amat sangat akibat memakan Lamb Masala, Stir Fried Chilli Crab dan Stir Fried Boston Lobster di Atmosphere360 tadi.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment