Woih Like Lah!!!

Wednesday, January 14, 2015

Cinta Sebatian RDX 14 Februari II

"Keboooom!!!!!!"

Melangkah keluar satu susuk tubuh bernama Baddrol Rani dari restoran tersebut sambil api marak menyala di belakangnya. Dia masih tenang sambil menyalakan rokoknya. Baddrol Rani menariknya dalam-dalam sehingga terasa segenap nikotin mula menjalar ke dalam urat sarafnya. Ketenangan mula dirasakan sedikit demi sedikit. 

Dia masuk ke dalam Aston Martin DBS V12 dan memecut laju meninggalkan Atmosphere360 yang masih berasap-asap dan penuh hiruk pikuk manusia. Baddrol Rani amat lincah bagaikan sang lipas mencari makanan di dapur pada waktu malam. Tiada siapa yang perasan akan kehadirannya di situ. 

Sesampai sahaja di rumah, Baddrol Rani terus memasang DVD filem Lara Croft. Susuk Angelina Jolie dengan singlet hitam berseluar pendek menampakkan sepasang kakinya yang panjang langsung tidak menarik perhatiannya. Dicapainya buku latihan sekolah bertulis 'Buku Biodata' yang terletak di atas meja kopinya. Kemudian halaman di dalamnya diselak satu persatu. Tertulis serba sedikit data tentang Yamin Chin - gadis campuran Melayu-Kadazan yang putih gebu yang baru sahaja dirodok lehernya dengan garfu. 

"Hobi selfie...artis kegemaran K-Pop...ermmmmsss..Minuman kegemaran sirap limau. Makanan kegemaran yang halal." 

Baddrol Rani menjadi baran secara tiba-tiba. Dicampaknya buku tersebut ke lantai.Belum sempat pun dia mengisi buku biodata yang diberikan  Yamin Chin, gadis tersebut sudahpun menjadi arwah. Dia duduk bersandar sambil termenung. Mengelamun jauh. Teringatkan kenangannya bersama Yamin Chin 3 minggu yang lalu.... 

Gridiron, Kuala Lumpur. 19:00 PM 

"Yasmin...sejak dua tiga empat menjak ni, rusuk kiri saya selalu bergerak-gerak. Nampaknya jodoh saya semakin hampir." 

"Heh? Jodoh mendeeee. Kalau rusuk kiri yang bergerak, itu petandanya akan beroleh harta kekayaan." 

"Tapi saya memang dah sediakala kaya raya. Sayakan saudagar atas talian yang berjaya." Baddrol Rani bertanya lagik. "Kalau awak power. Apa tandanya kalau rusuk kanan pulak yang berdenyut-denyut? Haaaa...taktaule tuuuuu" 

"Bila rusuk kanan pulak yang bergerak-gerak. Bawak-bawaklah pergi x-ray. Entah-entah dah retak. Kahkahkahkah..." Ketawa besor Yasmin Chin. Rasa macam tak berapa sampai pulak puchlinenya di situ. 

Baddrol Rani terperanjat tak patut bila melihat Yasmin ketawa serupa dugong. Terkebil-kebil dia menahan marah. Darah keturunan pahlawannya masih boleh dikawal. 

"Kalau kepala, mata, hidung, telinga bergerak-gerak pulak?" 

"Jika kulit kepala begerak-gerak, alamatnya akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang boleh membanggakan keluarga. Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan akan melihat orang yang jauh dan kalau ekor mata kiri pula alamatnya akan medapat sakit. Manakala sekiranya hidung kanan bergerak ia bermaksud akan menemui musuh dan sekiranya hidung kiri pula yang bergerak, ia menandakan akan terlepas dari bebanan hutang. Cuping telinga kanan yang bergerak-gerak tanpa usul periksa menandakan akan memperolehi durian runtuh. Jika cuping telinga kiri pula ia menunjukkan akan bertemu dengan sahabat lama. Heh!!" 

Baddrol Rani tersentak dari lamunannya. Tanpa dia sedari air mata jantannya meleleh laju. Laju selaju lajunya. 

Rindunya pada Yasmin Chin ketika ini ibarat berada di sebuah bilik kecil yang mana semakin lama semakin menyusut menghimpit tubuh. Sesak. Senak. Sakit. Memulas-mulas. Tiba-tiba Baddrol Rani bangun lalu berlari pantas ke bilik air. Mungkin sakit perut yang amat sangat akibat memakan Lamb Masala, Stir Fried Chilli Crab dan Stir Fried Boston Lobster di Atmosphere360 tadi.
 

No comments:

Post a Comment