Woih Like Lah!!!

Tuesday, January 13, 2015

Malaysia Negara Borang Bermula Dari Celik Mata Sampailah Menutup Mata - Bahagian II

Malaysia Negara Borang Bermula Dari Celik Mata Sampailah Menutup Mata - Bahagian II

"Depa ni biasalah..kalau kita nak keluarkan duit kita, memang susah. Kalau dia nak amek, senyap-senyap jek"

Aku tersentak tak patut punya apabila suara Encik Yunos Jamil kembali menerjah ke dalam kepala hotak aku berserta sekali dengan senyum simpul dia yang semanis choki choki tu.

"Boleh saya bantu, Encik hendak buat urusan apa?"

"Saya nak mohon mykad baru."

"Nah!! Macam biasa, isi borang ni. Ini nombor giliran"

Borang. Ya, aku semakin serasi dengan keadaan ini. Ini nak buat mykad baru. Aku pernah diberitahu dahulu pemilik kenderaan yang ingin menukar hak milik, perlu mengemukakan sekurang-kurangnya tujuh dokumen untuk diproses Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Aku tak pasti ia masih dilakukan ataupun tidak.

Dokumen berkenaan ialah Sijil/ Perakuan Pendaftaran Asal (JPJK2) yang asal dan salinan; borang JPJ K3 (dua salinan); salinan kad pengenalan bagi pemilik berdaftar/pembeli/saksi/perakuan pendaftar perniagaan syarikat (Borang 9,44dan 49); Sijil/Nota Pelindungan Insurans Pemilik baru. Notis penarikan balik tuntutan hak milik (pemilik berdaftar dan notis tuntutan hak milik (pemilik baru)jika berkaitan; laporan pemeriksaan kenderaan (B2) asal (untuk kenderaan import) dan Lesen Kenderaan Perdagangan (cukai jalan) asal serta salinan bagi pemilik baru. Fuuuuuuuh..steady betol.

Tengah sedap aku nak isi borang. Tiba-tiba..

"Untuk permohonan mykad baru, sistem kami sedang mengalami masalah. Di ulangi, sedang mengalami masalah. Harap bersabar."

Aku tinggalkan sementara kaunter permohonan mykad dan berlari menuju ke tingkat bawah untuk mengutip mykid pulak. Mykid ni aku dah buat pada Oktober 2013.

"Encik nak amek mykid anak encik? Nah!!! Macam biasa, isi borang ni. Ini nombor giliran."

Aku balas dengan 'duck face'. Memang aku dah berjaya jadikan aktiviti pengisian borang ni sebagai salah satu darah daging aku. Bukan semua orang boleh capai tahap macam gini.

Sambil-sambil menunggu giliran aku pandang keliling. Aku nengok di sini ada 12 kaunter semuanya. Yang dibuka untuk beroperasi cuma 3. Jadah mende? Nombor giliran aku pulak dipanggil setelah hampir 1 jam aku menunggu dek kerana hanya 3 biji kaunter yang di buka.

"Lagik sejam Encik datang collect mykid ni ye..." Sekali lagi aku balas dengan 'duck face'. Namun kali ni besertakan dengan mata terbeliak.

Hambek engko. Dia suruh tunggu lagik sejam. Bukan senang nak dapat Jabatan Pendaftaran Negara yang cermat dan teliti dalam membuat kerja ni. Kalau tak silap aku dia punya teliti dalam melakukan kerja ni memang kalah Jabatan Pendaftaran Negara Zimbabwe.

Aku naik semula ke tingkat atas untuk selesaikan urusan permohonan mykad. Nombor dah terlepas. Aku pergi mintak nombor baru dan bagitau aku terlepas giliran. Aku diberi nombor baru yang boleh potong ;que; punya. Kahkahkah..

Sampai giliran, amek gambar siap semua selesai.

"Esok Encik datang amek mykad ni ye...." Terjelepuk aku sujud tanda kesyukuran.

Pada tahun 2011, kajian Biro Pengaduan Awam mendapati ebih 60 peratus perkhidmatan kaunter yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan kerajaan adalah lembap. Manakala sebanyak 25 peratus perkhidmatan kaunter lagi dijalankan secara tidak cekap manakala selebihnya merupakan masalah-masalah kecil yang dihadapi oleh orang ramai.

Khabarnya bonus dan kenaikan gaji setiap tahun diterima sebagai insentif kepada kakitangan kerajaan untuk membangunkan diri dan bekerja secara lebih cekap. Tapi menengok budaya kerja macam ye tak ye ajek.

Kami membayar cukai, jadi kami adalah majikan yang sebenar kepada kakitangan kerajaan dan mesti dilayan sebaik mungkin tanpa menyusahkan kami. Jahat tak kami? Heh!


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment