Woih Like Lah!!!

Sunday, February 1, 2015

Semua Salah Cina Kau Tahu Tak?

Bukit Damansara | 2.30 PM.

Berjalan mencari kedai makan berkualiti di sekitar kawasan ketika coti umum memang mencabar. Aku mendapat info, yang hari ini ketika ramai umat manusia sedang steady bercoti menyambut Hari Wilayah dan meraikan kejayaan manis Jackie Chan menerima anugerah Datuk, hanya aku, Tasha dan jugak makcik penjaga tol sahaja yang bekerja. Kalau Mahathir tau aku kerja ini hari, mesti aku pun dapat Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah.

Dan seperti biasa hanya kedai mamak yang menjadi harapan bangsa macam aku ni.

"Boleh Pakcik duduk sini? Ade orang tak?"

"Takde. Duduklah. Duduk." Sambil aku alihkan kotak tisu depan aku.

Pakcik tua terus duduk depan aku. Dia berseluar pendek. Muka dia aku nengok tua nak mampos. Si tua ni kemudiannya mula menyusun kotak rokok, lighter, kunci kereta dan ashtray ala-ala Robert McCall.  

Aku terus menyuap makanan. Takde selera nak beramah mesra. Takkan aku nak bukak cerita pasal surat cinta Cikgu Aishah pulak? Kalau Elizabeth Tan duduk depan aku tu lainlah ceritanya. Knock knock kata dia...

"Waaah harga minyak turun. Lepas ni kalau naik, habis satu dunia mengarok. Satu dunia woih. Bukan satu Malaysia. Tapi masalahnya harga barang tak turun jugak ni. Semua ni salah cina. Cina yang kontrol ekonomi. Betol aku cakap ni. Kalau kita cakap mesti diorang marah. Rasis katanya. Itu hari ada polis nak tangkap aku. Aku cakap dekat polis tu. Aku umur dah 70 tahun ni kalau kau berani sangat nak tangkap. Tangkaplah!!! "

Si tua yang berseluar pendek menampakkan aurat lutunya yang berkedut ini semakin rancak menghembus Peter Stuyvesant.

Aku sengih mendengar rungutan si tua. Naik kesian pulak aku nengok dia ni. Aku harap sangat bila aku tua nanti tak jadik bangang macam dia ni. Dan kalau ada bangang sikit tu bolehlah dibawak sorok dalam almari. Jangan serlah sangat.

Aku tolak ke tepi pinggan makanan aku yang masih bersisa. Sambil aku capai tablet aku dan mula memandang skrin dan terus membawa watak sebagai seorang yang anti-sosial. Terima kasih si tua. Sekurang-kurangnya aku ada modal nak berkarang-karang di media sosial hari ini.

Selamat Hari Wilayah Jackie Chan!!!

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment