Mencari Masa Depan.
Aku berpusing-pusing mencari kedai melepak yang ada menyediakan sarapan power nak mampos di suatu pagi yang amat ceria dan berwarna-warni disulami dengan siulan sang murai serta pipit yang seakan sedang berselawat yahanana yahanana. Hurrraaah!!!
Pencarian tamat apabila terlihat sebuah kedai yang semacam memanggil-manggil aku untuk masuk kedalamnya. Mandrem barangkali. Selepas dengan steady memakir kereta nasional secara gostan. Aku turun dan terus memandang ke dalam kedai dengan satu pandangan yang sangat tajam tetapi masih ada manis dihujungnya.
Kedai ini dicatkan dengan warna merah, hijau dan kuning. Dinding sebelah kiri penuh dengan hiasan tanduk kerbau balau, seladang dan rusa santa klaus. Manakala di kanan pula pelbagai topeng kayu yang berukir dengan beraneka wajah. Sekali imbas macam ada yang iras-iras Rani Kulop. Aku abaikan.
Di dalamnya kelihatan seorang anak muda yang aku rasakan masih bersekolah. Berambut dreadlock dan sedang bermain daun terup seorang diri. Di jarinya terselit sebatang rokok yang tidak berasap. Sepi betol hidup budak ni, baik aku temankan dia bisik aku di dalam hati.
Aku pandang kiri dan kanan. Aku memberanikan diri untuk masuk setelah pasti aku tidak berada di Burkina Faso dan masih dalam tahun 2015.
"Boleh aku duduk sini? Ade orang tak?" Aku tenung muka budak tu, budak tu tenung aku kembali. 1, 2, 3, 4, 5 saat berlalu dengan adegan merenung antara satu sama lain. Semacam ada panahan arjuna di situ.
"Takde. Duduklah. Duduk."
Selepas memesan minuman dan makanan, aku terus menegur budak tersebut dengan satu soalan sekadar mahu memecah kesunyian. Dari tadi budak berambut dreadlock ni aku perhatikan terlalu asyik bermain daun terup.
"Engko dah besor nanti nak jadik ape ek?" Ringkas soalan aku tanpa berselindung dan berpantun bermadah.
"Aaron Aziz." Penuh yakin dia memberi jawapan sambil keningnya terangkat di sebelah kanan.
Menyirap aku dengor jawapan penuh yakin dari budak yang berambut dreadlock ni. Kalau Zed Zaidi dengor mesti dia pun naik marah. Inilah bahana pengaruh filem samseng. Nengok filem rempit, dah besor nak jadik rempit. Nengok filem gangster, sibuk cari pistol manek dekat kedai aci. Nengok cerita hantu, taknak pulak berbinikan potianak. Tapi sibuk pulak nak berbinikan janda macam Maya Karin.
Aku tak puas hati. Aku tanya lagi budak yang berambut dreadlock ni. "Kenapeee engko nak jadik Aron Aziz?"
"Sebab dia adalah Incik Suami Yang Perfect 10 serta kegilaan ramai wanita horny di Malaya."
Pannggggggggggg!!!
Berpinar mata aku selepas melempang diri aku sendiri. Tak percaya aku manusia jenis macam gini yang akan mewarisi Visi 2020 Mahathir. Mahathir tau tak perihal ni? Hah?
Selepas makanan dan minuman aku sampai, aku segera meminta izin untuk berpindah meja secara tertib dan beradab.
Posted via Blogaway
Power,...hahahaha
ReplyDelete