Woih Like Lah!!!

Thursday, February 26, 2015

Perihal Menjawab Telefon.

Perihal Menjawab Telefon.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut. Aku harap benda ni cuma pernah kena pada aku seorang sahaja. Dan engkorang semua tidak pernah mengalaminya. Mungkin nasib aku malang. Atau tuah lebih berpihak kepada korang semua. Benda macam tu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Beberapa bulan yang lepas aku ada telefon Bahagian Pinjaman Perumahan dengan begitu banyak kalinya. Tapi tak berangkat barang sekali pun. Jadi bila aku pergi Putrajaya dan bertanya terus kepada Akak Penjaga Kaunter Bahagian Pinjaman Perumahan - "Kenapa bila call tak berjawab walau sekali pun ek?"

Dia membalas, "Tulaaa incik..kami pun hairanlaaa..kami call pun tak dapat."

Hek???

Seperti biasa aku segera Husnuzon. Sudah biasa kita mendengar dakwaan ini. Di pejabat kerajaan, telefon disediakan di setiap meja kakitangan. Namun sukar untuk menghubungi pegawai kakitangan tersebut. Lalu dicop terus semua kakitangan kerajaan malas mengangkat telefon. Kalau engko nak tahu....Sebenarnya, tugas kakitangan awam bukan semata-mata duduk di mejanya. Mereka juga perlu berurusan dengan bahagian lain, menghadiri banyak mesyuarat ataupun tugasan luar. Tidak adillah dituduh kakitangan awam malas mengangkat telefon.

Aku jugak baru jek telefon Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tak lepas. Talian sibuk katanya. Aku tidak cepat mengalah dan terus menelefon satu talian yang paling popular masa kini iaitu Uuuuuuuuuuuuuuu Tiiiiiiiiiiiiii Siiiiiiiiiiiiiiii....Uuuuuuuuuuuuuuu Tiiiiiiiiiiiiii Siiiiiiiiiiiiiiii....

Malangnya operator pengangkat telefon memindahkan talian aku dari Selatan Zimbabwe ke Utara Congo. Dan dari Utara Congo ke Barat Daya Iceland. Aku menangis sendiri. Teresak-esak di corong telefon. Tapi aku perlu tabah dan terus husnuzon.

Mungkin engkorang pernah menghadapi situasi ini. Biasanya yang menjadi masalah ialah bila kita sebagai pemanggil tidak menyatakan secara terperinci urusan yang kita nak jalankan itu. Maka si penjawab telefon pun keliru pegawai yang mana yang sesuai untuk disalurkan talian. Mereka juga manusia biasa yang lemah dan mudah keliru walaupun telah bersarapan pagi selama 3 jam sejak dari jam 9 pagi lagik.

Ingatlah saudara saudari sekalian...Tidak semua berkenaan kerajaan itu buruk, tetapi tidak segalanya baik.

Lega betol aku membawakan watak husnuzon pada hari Khamis yang damai ni.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment