Kelajuan
"Kau mari rumah aku sekarang. Kau mari. Sekarang jugak," tengking Taruddin.
Terkejut Idlan Khozim apabila mendengar suara Taruddin melalui corong talipon Nokia 3310 beliau. Apa pulak yang tergesa-gesa si Taruddin ni? Soal Idlan Khozim di dalam hatinya sendiri.
Selesai mandi, Idlan Khozim pun bersiap serba ringkas. Dia berdiri di hadapan cermin. Rambut ala Rambo disikat rapi. Lalu dua tocang kiri dan kanan diikat. Sekali pandang macam gampang.
Agaknya tersedar dari kegampangan itu, dia membuka ikatan tocangnya. Rambutnya dibiarkan terlepas separa bahu ditiup angin bayu.
Tidak sampai 5 minit, Idlan Khozim sudah terpacak di halaman rumah Taruddin. Basikalnya ditongkat kukuh di bawah pokok jering milik Taruddin.
Zuuuuuuuuuup!!!Hiaaaaaap!!!
Taruddin secara tiba-tiba melompat dari puncak pokok jering dan mendarat steady di atas tanah umpama aksi El Regina semasa Sukan Komanwel 1998.
"Kau nengok kereta Lamborghini baru aku bawah pokok mangga aku tu. Aku memang sengaja beli kereta import. Lagipun kita kena paham kereta Lambo mempunyai 2 horse power dan 14 piston. Jika kereta Malaysia cuma ada 1 horse power dan 2 piston."
Beria benar Taruddin menjelaskan kepada Idlan Khozim sambil tangannya menunjuk ke arah keretanya yang bewarna oren. Sesekali Taruddin menepuk-nepuk bahu Idlan Khozim tanda bangga diri.
Idlan Khozim terkejut seperti tok bomoh menurun nombor ekor. Tangan dan kakinya menggigil. Dengan pantas dia mengeluarkan sepucuk pistol jenis AMT Hardballer yang tersisip di belakangnya.
Bang!! Bang!!
Idlan Khozim yang naik angin itu melepaskan 25 das tembakan ke setiap inci kereta Lamborghini milik Taruddin.
Taruddin melopong melihatkan keadaan itu. Dia pantas melakukan balik kuang dan menyorok di sebalik rimbunan dahan pokok jering.
Manakala Idlan Khozim terseyum lebar sepuas-puasnya.
No comments:
Post a Comment