Berdagang Secara Online: Bahaya Wabak Alam Maya.
Dewasa ini (ayat pembukaan karangan masa Tingkatan 5) kita sering mendengar aktiviti membeli barangan secara online. Hasil pemerhatian aku selama 4 tahun membuat kajian, membeli barang secara online ini ada baik dan buruknya. Namun aku lebih tertarik untuk menceritakan keburukannya daripada kebaikan yang mana kebiasaannya kaum wanita lebih ramai yang terjebak dengan gejala tidak sihat ini.
Sementara itu, kebaikan membeli barang secara online ni aku serahkan pada enkorang untuk pikir sendiri. Tapi bagi aku ia memang membawa keburukan yang teramat sangat. Kau tak setuju? Penuhkan ruangan komen dengan hujah-hujah engkorang semua. Nah aku bagitau keburukan memberi barangan secara online yang korang sendiri tidak perasan semasa sedang asyik temuncung-muncung bibir sambil menekan order barangan online.
- Risiko ditipu oleh penjual.
Ditipu ini perkara biasa yang terjadi terutamanya kepada kaum wanita. Jika sebelum kahwin, mereka akan ditipu oleh pakwe mereka. Apabila sudah berkahwin pula, mereka ditipu oleh suami mereka pula. Tahu-tahu saja sudah dimadukan.
Begitulah juga dengan perihal barangan online. Mereka akan mudah tertarik apabila dihidangkan dengan pelbagai barang yang kadang-kadang bila tengok dekat website tu chomell-chomell dan kawaii gitu! Tapi bila sampai..haprak! Indah khabar dari rupa sungguh! Selepas tu menyesal tidak berkesudahan.
Ada yang lagik bangang beli barang elektronik secara online. Woih, takkan kau tak tahu barang elektronik ni bukan tahan lama pun. Jadi kenapa tak beli dekat kedai yang memang kompem ada warranty? Abis tu bila barang dah rosak, kau nak tukar macam mana? Nak kena rodok dengan kerambit? Lepas tu sibuk merungut barang ni tak tahan lamalah, itulah inilah. Merungutlah kau dekat situ sampai matahari terbenam. Aku tahu esok selepas matahari terbit jek kau dah start membeli barangan online semula. Ini dinamakan sebagai perangai sambal belacan.
- Barang yang dibeli tidak sampai
Ini aku malas nak cerita panjang lebar. Sedangkan suami kau sendiri pun kau tak percaya (malam-malam bangun check henpon), boleh pulak kau percaya pada orang luar. Kau bagi dia duit, dan selepas itu pergi ambil wuduk serta tunaikan solat dua rakaat seraya berdoa agar si tukang jual jujur dalam perniagaannya. Ini tidak betul wahai sahabatku sekalian.
Maka berlakulah keadaan bila mana pelanggan dah bank-in duit, barang yang ditunggu tidak kunjung tiba. Akhirnya pelanggan mengetahui diri ditipu, sadis sungguh! Kalau beli di kedaikan kita boleh cuba try test dahulu. Bila beli online ni ilmu tawakkal dia memang kena tinggi sikit.
Ketika ini aku hanya mampu ketawa berdekah-dekah kepada mereka yang ditipu.
- Barang lebih mahal
Bagi peminat tegar barangan online mesti tidak gemar dengan point ini. Mereka akan bermati-matian mengatakan barang online ini lebih murah daripada yang dijual di kedai. Tapi adalah engkorang tahu celah mana depa ambil stok barangan tu? Berapa pula harga yang dia dapat dari pembekal? Adakah kualitinya setara dengan harganya. Ahhhhh..aku mungkin terlalu banyak berpikir. Tetapi dengan pemikiran yang waras dan 5 tahun kehadapan inilah aku tidak mudah terpengaruh dengan barangan online. Betol kata orang tua-tua "Perjalanan otak seseorang yang membaca Mastika tidak akan sama dengan yang membaca Reader Digest".
- Ketagihan membeli barangan online
Dahulu kita dengar ganja dan dadah sahaja yang boleh memberi ketagihan. Namun kini ia telah berubah sejajar dengan perubahan zaman dan masa. Bagi aku ini antara point yang paling bahaya. Ketagih. Ada yang sanggup berhutang. Ada yang tidak sedarkan diri berbelanja walaupun sebenarnya duit mereka semakin menyusut. Malahan ada juga yang menggigil sehingga berbuih mulut sekiranya tidak dapat mencapai KPI '1 Hari 1 Barang Online Wajib Beli'. Jadah apanya semua ini?
Inilah dia yang berlaku sekiranya agama tidak diamalkan secara total dalam diri manusia. Sepatutnya kita kena tahu had dalam berbelanja. Janganlah berbelanja macam diri awak tu menantu Soltan Brunei. Kena selalu tahu, membazir itu amalan Syaitan (walaupun sampai sekarang kita tak tahu pembaziran macam mana yang syaitan-syaitan itu semua lakukan - membeli kapal selam kah?).
- Rukun jual beli terbahagi kepada enam
1. Penjual
2. Pembeli
3. Harga yang dibeli
4. Barang yang dijual
5. Sighah (lafaz penjual)
6. Qabul (lafaz pembeli)
Okeh sekarang aku nak tanya, berapa peratus daripada urusan jual beli engkorang secara onlie itu melengkapi rukun jual beli di atas? Kalau ada jawapan, sila jawab dengan berhemah.
Mungkin ada kelebihan dan keburukan lain yang mungkin anda boleh tambahkan di sini. Berbelanjalah secara bijak mengunakan otak dan akal yang waras. Jangan sesekali menggunakan otak Bung Mokhtar untuk berbelanja. Gunakan wang anda dengan baik seperti Nadeem. Untung-untung dapat Nora Danish.
Percayalah..membeli barangan online ini adalah lebih merbahaya dan berhantu daripada Villa Nabila.
Sebelum terlupa, boleh SMS/PM/WHATSAPP jika ada apa-apa isu berbangkit. XoXo :)
xoxo..lol..pm me for details..hahaha f332a
ReplyDelete