Woih Like Lah!!!

Thursday, July 25, 2013

Tragedi 2005

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2005.

"Saya tak dapat pilih awak. Sebabnya awak tak ada kereta kancil enjin turbo. Awak tu kalau nak balik Tangkak kena naik Metrobus tunggu depan sekolah antarabangsa Gombak, lepas tu terus ke Pudu. Kalau awak demam pulak, PEQ dan WHN yang terpaksa bawak awak pergi klinik. Susahlah saya kalau dapat orang macam awak yang takde transport ni. Lagi satu, pointer awak tu cukup-cukup makan jek. Nanti apa orang kata pulak bila saya ni tiap semenster naik stage angkat anugerah dekan sedangkan awak terhegeh-hegeh dengan bola sepak gelanggang kecik belakang hostel tu. Macam takde wawasan. Eeeeeeeeeewwwwww!!!."
 
Aku terus duduk bertahiyyat atas lantai. Sayup kedengaran dengar lagu "Show me the meaning of being lonely" nyayian BSB dari lubok hati yang kecewa ini. Mungkin ini kifarah buat aku selepas mengecewakan beribu-ribu hati.

Aku renung diri sendiri. T-shirt Adidas hitam aku ni pun berlubang kecil dekat pusat. 3 tahun dah aku pakai T-shirt ni. Ini sahaja yang aku mampu adakan. Ternyata aku tewas dalam pertarungan 'Best Man Win'.

Aku akhiri perjumpaan itu dengan meminta diri naik ke surau untuk menunaikan solat. Bagi aku hanya rumah Allah itulah yang memberikan aku ketenangan abadi. Sejak itu aku menjadi ahli tetap surau sehingga tahun 2006. 

No comments:

Post a Comment