Woih Like Lah!!!

Tuesday, July 9, 2013

Mantai

Menurut orang tua-tua di Nogori Sembilan, aktiviti atau adat memantai ini bermula dari kegemaran orang negeri sembilan yang suka sangat makan daging lembu atau kerbau (tapi ia tiada kena mengena dengan amalan menghirup darah kambing ala-ala black metal ye). Daging-daging ni kalau dibuat rendang mesti best.

Dia punya bestnya, kalau khinzir sondol dari belakang pun kita tak perasan. Lagipun rendang dahulu boleh simpan lama kadang-kadang sampai sebulan. Boleh la buat buka puasa. Haaa..baru korang tahu power ke tak power orang Nogori ni!! Lepas ni jangan tanya aku kenapa aku pilih gadis Nogori Sembilan sebagai isteri.

Amalan mantai ni sebenarnya salah satu cara untuk dapatkan bekalan daging mentah (dulu kat kedai takde freezer, sekarang ni kalau kedai takde freezer baik kau suruh dia tutup jek kedai tu). Daging dan kerbau ini binatang yang besar dan kalau disembelih biasanya untuk makan anak beranak sahaja. Nanti adalah yang terlebih-lebih dan membazir. 

Jadi diorang akan berpakat-pakat la satu kampung berkongsi untuk membeli lembu atau kerbau untuk disembelih. Dan dibahagilah kepada semua. Maka merasalah semua makan daging pada bulan puasa atau pada hari raya.

Tapi sekarang sayangnya dah takde amalan berkongsi-kongsi nak beli lembu lagi. Mereka beli dekat pasar je. Banyak yang jual. Tapi mantai tu tetap dipanggil mantai kerana kebesaran dan sambutan hari-hari tersebut.

Nota: Hari mantai adalah 1 hari sebelum 1 Ramadhan atau 1 Syawal.  Terima Kasih.

3 comments:

  1. hahahah..syok bace post ni..taun ni jom raye jemapoh lg..dan mantai taun ni..hahahaha

    ReplyDelete
  2. tu comment dr puan feeza..pergghhh syokla leh komen..hahahaa

    ReplyDelete