Semalam aku isi minyak dekat esso. Lepas tu pergilah buat kerja amal serba sedikit. Punyalah baik hati sampai dua bijik kereta aku tolong pam angin kat esso tu. Satu kereta milik makwe mana entah, satu lagi kereta makcik tua berkedut seribu. Aku harap makcik tu jelmaan lailatul qadar. Nak kata makwe tu macam susah sebab dia pakai short dengan singlet je.
Woih Like Lah!!!
Wednesday, July 31, 2013
Tuesday, July 30, 2013
Cinta
Cinta
Orang kata cinta tak bermata. Abang pun rasa benda yang sama. Semua orang kat luar sana tak kisahlah dara, teruna, janda, tunang malah suami atau isteri orang pun masih berpotensi menjadi milik kau. Kalau tak kena gaya pun, berpotensi buat kau terbunuh jugak.
Jika Adam untuk Hawa, Shah Jehan untuk Mumtaz, Uda untuk Dara, Majnun untuk Laila, Najib untuk Rosmah, Rozita Cik Wan untuk Zain Saidin, kau pula masih berpotensi menjadi Rumi dan pandai-pandailah kau cari kau punya Juli. Siapa kita nak menidakkan potensi tentang cinta? - By Abang Asmara -

Jadual Bertugas
Kalau zaman sekolah dulu mesti ada jadual bertugas. Antaranya padam papan hitam, sapu kelas, susun meja, buang sampah, lap tingkap. Jadual bertugas kat sekolah dulu, aku asyik dapat kalau tak buang sampah, mesti susun meja. Padahal aku teringin jugak nak sapu kelas. Tugas padam papan hitam pulak selalunya dapat ke budak-budak yang pailang je. Kasta paling rendah pulak biasanya dapat tugas lap tingkap. Pernah la ade member aku sampai terluka jari dia lap tingkap. Sikit lagi nampak tulang. Selaku ketua darjah yang budiman, kenalah aku bawak dia berubat kat dalam bilik guru.
Jelebu
Jelebu
Untuk yang belum pernah sampai Jelebu atau belum pernah dengar pasal jelebu ni sebenarnya selain daripada Dr. Rais Yatim, Jelebu juga terlebih dahulu terkenal sebagai kawasan paling kering di Malaya. Kalau kau sempat belajar Alam dan Manusia maka kau mestilah pernah dengar pasal Jelebu.
Selepas itu muncul pula Dr. Rais Yatim, sampaikan orang ingat dia ni sahaja seorang penduduk Jelebu yang dapat masuk Universiti. Jadi selepas Dr. Rais Yatim ni pencen maka Jelebu dah takde benda lagi orang nak sebut.
Selain itu Jelebu juga hanya mendapat siaran TV3 pun bermula pada tahun 1990. Bayangkanlah betapa lambatnya. Kena pula kalau kau sekolah di Jempol, masa tu memang celaka menganga jelah kalau member sekolah borak pasal muzik-muzik dengan Wan Zaleha Radzi. Rancangan Sekapur Sirih? Apa benda tu haram tak tahu. - By Libyaman -
Sunday, July 28, 2013
Menganjak Usia
Bulan depan Nur Hasya Zafira akan berusia 2 tahun. Aku dah sediakan pelbagai program untuk dia. Sudah tentu ia adalah program pendidikan. Paling utama sekali aku akan ajar dia ilmu matematik. Statistics, Area and Volume of Irragular Shapes, Progression, Matrics, Numerical Methods antara silibus yang perlu diambil.
Selain itu aku akan sentuh sikit pasal Sejarah Islam. Bagaimana ia berkembang selepas zaman Khalifah berempat. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Ini Hasya perlu tahu.
Aku juga akan terangkan sedikit teori bagaimana sesuatu Reformasi boleh bertukar menjadi Revolusi dalam konteks sosio politik. Hasya juga perlu tahu perjuangan Leon Trotsky, Ketua Tentera Merah Soviet yang berjuang atas nama Revolusi Bolshevik suatu ketika dahulu. Sistem Tata Ekonomi seperti Kapitalisme, Sosialisme, Komunisme, Liberalisme dan Sekularisme semuanya akan menjadi subjek wajib lulus untuk dia. Kemudian buku The Asian Renaissance akan dijadikan antara buku teks rujukan kelak.
Perlahan-lahan subsidi hak tontonan umum kartun Boboi Boy, Upin dan Ipin akan aku tarik jauh-jauh dari dia. Apa macam?
Friday, July 26, 2013
Renew Road Tax.
Tempohari aku sudah renew insurans. Dah siap bergaduh pun dengan staff kat situ. Dah kurang pun pahala puasa aku masa tu. Sekarang masa untuk collect road-tax pula.
Ceritanya macam ni. Aku dah minta road-tax diposkan terus dari branch Petaling Jaya ke pejabat aku. Duit courier pun aku dah bayar. Email confirmation pun ada. Tapi ia tidak berlaku. Sebaliknya budak dekat PJ dengan selamber hanjeng suruh aku collect sendiri dekat HQ. Katanya dia tak dapat email tu. Dekat sini saja darah aku dah naik sehasta tingginya.
Nampaknya hal mudah macam ni aku sendiri kena setelkan. Aku kena cari Remy. Sebab itu hari dia yang uruskan proses renew road tax ni. Sampai di HQ aku kena ambil nombor giliran seperti biasa bila aku nampak Remy sedang kusyuk melayan pelanggan.
5 minit menunggu, sampailah giliran aku. Apabila aku nyatakan tujuan aku ke sini, petugas kaunter itu pantas menyuruh aku pergi ke satu lagi kaunter iaitu khidmat pelanggan.
"Encik pergi kaunter khidmat pelanggan tu. Tanya kat sana. Tapi takde nombor giliran. Kalau ada kosong, masuklah"
Aku akur sambil melangkah longlai. Zikir Hasbi Rabbi Jalallah tidak lekang dari mulut aku. Ini aku jadikan perisai membendung naluri kemarahan aku.
15 minit beratur dengan penuh sabar, barulah aku dapat masuk kaunter khidmat pelanggan.
"Oooo...yang ini encik kena jumpa Kudin. Naik escalator tu, masuk kiri. Lepas tu carilah insan bernama Kudin."
*****
Aku tarik nafas dalam-dalam apabila kini betol-betol berada di depan insan bernama Amirulrashid. Apabila dia menyerahkan road tax kepada aku selepas 10 minit dia menggeledah mencari dokumen itu, aku bersuara tenang luar dari kebiasaannya.
"Dengar sini wahai Kudin..aku betul-betul terkilan dengan servis kamu semua. Kau orang semua ni bawa nama BANK ISLAM dan bukannnya BANK ATHEIST atau BANK DARWIN. Jadi, jagalah amanah dan tanggungjawab ini dengan baik. Semoga kita berjumpa lagi setahun dari sekarang"
Aku puas kerana dapat membendung amarah aku hari ini. Tiada yang kena tumbuk rusuk ataupun dimaki hamun.

Thursday, July 25, 2013
Tragedi 2005
Kisah ini berlaku sekitar tahun 2005.
"Saya tak dapat pilih awak. Sebabnya awak tak ada kereta kancil enjin turbo. Awak tu kalau nak balik Tangkak kena naik Metrobus tunggu depan sekolah antarabangsa Gombak, lepas tu terus ke Pudu. Kalau awak demam pulak, PEQ dan WHN yang terpaksa bawak awak pergi klinik. Susahlah saya kalau dapat orang macam awak yang takde transport ni. Lagi satu, pointer awak tu cukup-cukup makan jek. Nanti apa orang kata pulak bila saya ni tiap semenster naik stage angkat anugerah dekan sedangkan awak terhegeh-hegeh dengan bola sepak gelanggang kecik belakang hostel tu. Macam takde wawasan. Eeeeeeeeeewwwwww!!!."
Aku terus duduk bertahiyyat atas lantai. Sayup kedengaran dengar lagu "Show me the meaning of being lonely" nyayian BSB dari lubok hati yang kecewa ini. Mungkin ini kifarah buat aku selepas mengecewakan beribu-ribu hati.
Aku renung diri sendiri. T-shirt Adidas hitam aku ni pun berlubang kecil dekat pusat. 3 tahun dah aku pakai T-shirt ni. Ini sahaja yang aku mampu adakan. Ternyata aku tewas dalam pertarungan 'Best Man Win'.
Aku akhiri perjumpaan itu dengan meminta diri naik ke surau untuk menunaikan solat. Bagi aku hanya rumah Allah itulah yang memberikan aku ketenangan abadi. Sejak itu aku menjadi ahli tetap surau sehingga tahun 2006.

Misiku Kuza.
Misiku Kuza.
Suatu malam seorang anak bertanya pada bapanya:
"kenapa kita jadi orang Melayu ayah?"
Bapanya menjawab dengan tenang:
"Sebab kita selalu mengarut, buang masa dan suka buat benda merepek".
***
Mereka pun sambung balik tengok tivi cerita Misiku Kuza.

Tuesday, July 23, 2013
Bekal Zaman Sekolah
Sekitar tahun 1995 dahulu aku sering membawa bekal ke sekolah. Comel bukan? Nak dijadikan cerita, suatu hari tu aku tertinggal bekal di rumah dan terlupa bawa duit untuk membeli makanan di kantin. Datanglah seorang sahabat lalu duduk di sebelah aku. Dia mengeluarkan sebekal makanan.
Aku yang sedang pura-pura khusyuk membaca buku "Allah, Cinta dan Kebebasan" sempat menjeling ke tupperware biru, berisi nasi goreng. Aroma dia..tak payah cerita kat sini. Buat Makroh jek.
Melihat nasi goreng, timbul pula rasa teringin nak sikit. Tapi aku masih lagi pura-pura membaca buku dengan serius.
Sahabat aku tiba-tiba bersuara:
"Kalau aku makan nasi goreng ni, dia akan jadi bekal aku pada hari ni"
"Tapi....."
"Kalau aku bagi kau nasi goreng ni...dia akan jadi bekal aku di akhirat nanti"
"Nahh ambil..."
Tanpa banyak soal..aku ambil nasi goreng, suap ke mulut, lalu meneruskan pembacaan buku "Allah, Cinta dan Kebebasan" sambil menitiskan airmata.
Monday, July 22, 2013
Suara Khatib
"Genaplah 10 Ramadhan kita berpuasa dalam keadaan aman dan makmur. Semuanya kerana kebijaksanaan pemerintah menjaga negara ini." - lantang suara khatib membacakan satu baris ayat dari khutbahnya.
Aku yang mendengar dari jauh ni mendidih telinga. Bukan ke baru semalam seorang cikgu di Kulim kena tembak? Aman yang macam mana khatib ni maksudkan? Ataupun aku kekurangan sifat kesyukuran?
Hendak di rebel, dalam masjid. Paling tidak pun mesti aku dihukum pasung sambil kerengga menjadi teman setia. Aku segera ambil pendekatan bertenang sambil mulut terkumat kamit berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

Friday, July 19, 2013
A La Chef
Pagi hujung minggu memang kebiasaanya amat tenang bagi aku. Di bulan Ramadhan ni lagilah bertambah-tambah tenang. Aku duduk atas sofa seperti biasa gaya firaun sambil punat remote control astro pantas aku tekan pada saluran 702 - Asian Food Channel. Nah kau!! Farah Quinn sedang sibuk memasak ikan goreng tepung bersama nasi minyak palembang.
Aku tidak berpikir panjang. Terus aku lontarkan satu hasrat suci murni tanpa ada maksud tersirat tertentu kepada Puan Feeza yang sedang berdiri meng-iron baju betol-betol belakang aku.
"Sedapnya kalau bukak puasa ni dapat makan nasi minyak palembang Farah Quinn" - sungguh ikhlas lontaran hasrat aku itu.
Tiba-tiba panas aku rasakan pada belakang tengkuk aku. Sedikit berasap pun ada jugak aku rasa. Aku macam nak pengsan. Dengan sahur hanya sebijik kurma dan seteguk susu memang betol-betol tak dapat melawan bencana yang sedang aku lalui ketika ini. Aku pengsan.
****
Aku bangkit dari pengsan betol-betol nak masuk waktu berbuka. Aku bangun dan pergi ke dapur. Ade nota atas kertas.
"Abang pengsan lama sangat. Kami pergi berbuka Ayam Penyet kat seksyen 7. Ada kurma dengan air suam atas meja untuk abang buka puasa" - nota ringkas tapi cukup membuatkan ulu hati terasa pedih bagai dihiris sembilu.
Rokok
Hari ini aku bertambah tenang dalam berpuasa. Semakin steady tak macam masa awal Ramadhan itu hari. Jiwa kena tenang. Hati mesti bersih. Barulah boleh raya sakan serupa Syaitan. Astaga..jauhkan.
Memandu tenang ke pejabat. Sampai di lampu isyarat, bewarna merah. Kereta berhenti dan pandangan aku tertarik dengan kereta di sebelah aku. Bukan main kuat lagu Gila Judi dari M Daud Kilau yang brader tu pasang. Tingkap kereta terbuka. Tangan dilempaikan keluar tingkap. Hujung jari terselit sebatang rokok yang berasap-asap. Muka brader tu memang langsung tiada ciri-ciri pan-asia bagi menghalalkan dia berkelakuan begitu. Tapi setahu aku pan-asia macam Maya Karin pun berpuasa jugak.
Seperti biasa aku kalau bab-bab macam ni cepat jek DNA kejahatan aku nak bertindak. Aku turunkan tingkap kereta aku sebelah kiri. Sambil melambai-lambai tangan ke arah brader tu aku pun bersuara separa garau sedikit menjerit ala Jamal Abdillah masa chorus lagu Bunga Pujaan.
"Brader rumah Shah Alam, kerja dekat Klang pun musafir ke? Ke MUKAPIR?" - selamber aku rebel sama itu brader. Masa tu jugak lampu hijau. Aku tak tunggu lama dan terus menekan pedal minyak sekuat mungkin. Meter dari 20 km/j terus naik ke 100 km/j. Kereta nasional ni memamg power.
Sebelum aku memecut laju tadi aku perasan muka brader tu merah padam serupa anak khinzir kena panggang.
Nota: Benda ni jangan selalu buat kalau ilmu di dada senipis kulit bawang.
Thursday, July 18, 2013
Istilah
Kali ini hendak aku terangkan, bahawa berkira, kedekut dan bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya adalah tiga (3) perkara berbeza. Mari aku bentangkan perbezaannya.
Kalau engkau membebel seperti ini:
"Kedai mamak Khalifa nasi putih ayam goreng dengan sayur RM3.50, mamak Mohsen benda sama sampai RM3.60. Padahal kedai mamak sama je, bukan ada bagi service GRO pun mamak Mohsen ni".
Yang perangai atas ni, nama dia kau berkira.
Kalau engkau membebel seperti ini pula:
"Makan nasi putih ayam goreng, dengan sayur RM3.50. Cehh mahal! Ahh aku makan nasi putih dengan telur goreng je lah, baru RM1.80. Sama je, kenyang jugak"
Yang perangai atas ni, nama dia kau kedekut.
Namun, kalau engkau membebel seperti ini:
"Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur kat Khalifa sampai RM10.50?? Makahaaiii mampus la kau cekik darah, syaitaan!"
Yang perangai atas ni, nama dia..kau bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya. Maka kau boleh dianggap berjaya dalam memerangi tentera-tentera prebet kapitalis.
Tuesday, July 16, 2013
Ramadhan 2012
Puasa pada 2012 berbeza dengan puasa-puasa aku yang lain. Mana tidaknya selama 2 minggu itu aku menjawat jawatan sebagai suami rumah. Bila dah jadi suami rumah ni makanya sudah tentu akulah individu yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan berbuka puasa.
Masakan aku bukan kecil-kecil anak. Antaranya udang masak lemak dicampur nenas. Kalau dapat udang galah lagilah afdal. Ikan merah masak asam pedas yang ditabur bunga kantan di dalamnya. Lagi menangkap kalau kita makan dengan sambal belacan yang diadun rapi bersama asam kuini. Pergggh..dia punya pergi memang takde kesian punya. Meleleh...
Kalau kena angin rajin aku. Aku akan mengembara pula ke negara ASEAN. Aku hidangkan pula tom yam kung beserta air kelapa sejuk. Ada peluang lagi aku masak nasi minyak palembang ala Farah Quinn sambil diringi sirap bandung ais. Asyiiiiiiiiik..
Aku perati selama 14 hari juga Puan Feeza menitis air mata kegembiraan tatkala berbuka puasa. Baru dia tahu untungnya bersuamikan lelaki Johor. Lelaki Nogori Sembilan? Kita cerita lain kali sahajalah.
Nota: Ade perbezaan yang besar antara lelaki Johor dengan lelaki JDT. Itu cerita kita bukak table lain.
Monday, July 15, 2013
Lelaki Perempuan
Suatu petang yang hening di pejabat isteri Puan Feeza.
Kak Ton: Feeza dah buat scan perut? Anak lelaki ke perempuan?
Feeza: Dah kak..Alhamdulillah...lelaki.
Kak Ton: Ooooh..baguslah dapat sepasang...orang kata kalau anak perempuan ni romantik, anak lelaki dirogol.
Kak Ton terus berlalu pergi dengan muka tak bersalah gaya menteri umum suruh boikot ayam dipasaran. Meninggalkan seribu satu persoalan.
Nota: Kak Ton ni ada 4 orang anak. Selang-seli lelaki, perempuan. Maknanya Kak Ton = dirogol, romantik, dirogol, romantik. Tak pernah pulak aku jumpa kat dalam kitab Munakahat fahaman fesyen macam ni. Mungkin barangkali Kak Ton ni berhajat nak merasa patah tulang rusuk.
RENDANG TOK (DAGING CINCANG)
Ramai yang terkejut tak percaya daging cincang boleh digunakan untuk memasak rendang. Ya!!Daging cincang boleh menggantikan ayam dengan sempurna dan berkesan. Jadi, sempena harga ayam yang naik mendadak tanpa usul periksa ni, pihak kami berbesar hati menyediakan resepi rendang tok menggunakan daging cincang.
RENDANG TOK (DAGING CINCANG)
Bahan :
1 kilo daging lembu - daging cincang.
santan dari sebiji kelapa - agak tuang sampai daging tu tenggelam
2 sudu besar kerisik - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar gula merah - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar membumbung serbuk kari daging - boleh tambah jika perlu
kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris 2 nipis
1/4 inci halia - hiris2
1 helai daun kunyit - hiris
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1/4 inci halia
3 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - hiris2 dulu
1/4 inci halia
3 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - hiris2 dulu
Cara memasak :
Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2,daun kunyit, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.

Masukkan kedalam kuali bersih, tuang santan hingga daging tenggelam, kacau sebati.
Buka api perlahan dan biarkan mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering. Semasa memasak imbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu supaya seimbang.....gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan....masak hingga rendang tok kering, boleh juga lembab jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut.
Saturday, July 13, 2013
Kaset Eisya - Nurani
Aku balik kampung. Tadi masa aku kemas bilik terjumpa balik kaset Eisya original yang aku beli sorok-sorok dari emak aku masa darjah enam dulu.
Aku geleng kepala perlahan. Nak menyesal pun dah terlambat rasanya.
Patutlah senang sangat aku tangkap lagu Hafiz- Bahagiamu Deritaku. Sekali dengar pun dah boleh ingat. Masa karaoke pulak pitchingnya haram tak lari langsung. Kaset KRUMANIA pun ada lagi ni haa..kena sorok cepat-cepat sebelum Puan Feeza jumpa. Mahu berguling dia gelakkan aku nanti.
Ketika ini juga aku rasa macam cilaka!!
Friday, July 12, 2013
Buku Biodata
Kau tahu diri kau super hot stuff masa zaman sekolah era 90-an dulu bila ada aweks-aweks yang suruh isikan details korang dalam buku biodata depa. Eh of course lah benda ni orang perempuan yang buat. Kira jambu kalau budak lelaki yang ada buku biodata. Kalau aku tak payah bagitaula berderet yang mintak suruh tulis dalam buku biodata diorang. Sampai ada yang terpaksa aku tolak bulat-bulat.
Budak-budak sekarang mana ada dah buku biodata macam era 90-an dulu. Sekarang pakai BB je. Tak pun Whatsapp. Bajet celik IT sangatlah ye? Bawah ni contoh yang biasa ditulis dalam buku biodata.
Nama: Kamarol Aslam Indera Rashid
Nama panggilan: Aslam Bhai
D.O.B: 30.2.1984
P.O.B: Wad 2, Atas katil Hospital Besar JDT.
Hobi: Membaca buku Avon
Cita-cita: Belum tahu..mungkin model.
Makanan kegemaran: Asalkan halal
Minuman kegemaran: Asalkan halal
Orang yang disayangi: Rahsia
Orang yang dibenci: Rahsia
Ucapan: Semoga berjaya kahwin dengan Datuk yang kaya raya bila besar nanti.
Renew Insurans
Ini kali pertama aku pergi renew insurans kereta. Selalunya Puan Feeza yang rajin dan sabar buat kerja macam ni semua. Entah apa cahaya keagungan yang muncul dalam diri aku pun tak tahulah. Dengan rela hati aku tawarkan diri aku untuk berbakti pada keluarga tercinta.
Sampai saja di tempat renew insurans tu aku terus menuju ke arah mesin nombor giliran automatik. Aku tekan butang yang sepatutnya. Tak berfungsi. Aku dapat rasakan satu permulaan yang malang sekali lagi untuk aku. Tapi hati ini tetap bersabar. Segera aku laungkan zikir penenang di dalam hati sempena Ramadhon yang Mubarak ini.
Tiba-tiba datang seorang lelaki macho gaya Remy Ishak kepada aku sambil bersuara garau tapi dalam nada lembut bak Azwan Ali.
"Abang..sistem kita ada sedikit masalah. Buat masa ni kena guna manual. Abang boleh tunggu dekat dalam dulu ye. Nanti kami panggil" - masa itu juga aku tulis nama, IC pada sekeping kertas putih dan aku serahkan pada beliau. Terpegang tangan. Lembut yang amat. Aku jadi geli-geleman. Segera hati aku mengingatkan diri. Ramadhan ni Ramadhan..
Selepas 20 minit aku tunggu, aku nampak monitor yang papar nama customer tu dah mula berfungsi. Tapi aneh, nama aku tak juga kunjung tiba. Aku tabahkan hati untuk menunggu lagi 5 minit. Sebuah akhbar yang penuh dengan penipuan sudah aku khatamkan. Dekat 10 tweet aku up-kan juga. Aku hampir-hampir nak update blog dah ni..Eh, tak boleh jadi ni. Kena tanya Remy Ishak a.k.a Azwan Ali. Aku pun berjalan longlai ke kaunter pendaftaran. Bulan puasakan...semuanya jadi perlahan.
Belum sempat aku nak buka mulut, Remy Ishak a.k.a Azwan Ali pun bersuara sambil tersenyum manis bajet comel.
"Saya baru register nama abang..siapa ya nama abang?"
Perasaan aku bercampur baur. Hairan dan marah makin sebati dalam adunan. Baru register nama aku, tapi tanya semula nama aku? Kalau ada baby dalam perut aku ni maunya dia gimnastik berirama sebab dah kelaparan menunggu.
"Berapa lama lagi nak kena tunggu?" - Tanya aku dengan nada tak mahu kasik muka punya.
"Kita ada 3 kaunter jek. Lagipun customer ni macam-macam hal. Lambat lagi turn abang. Maaf ye bang" - tertunduk-tunduk dia memohon ampun.
Penjelasan maaf dia aku tidak dapat terima. Bila dia salahkan customer lagilah darah baran aku ni menyirap naik sampai ke otak. Ketika ini DNA kejahatan aku telah berjaya menang dalam pertarungan menentang DNA kebaikan. Aku hilang kawalan. Terlupa pasal Ramadhan yang sedang aku lalui ni. Dengan satu hela nafas aku berkata:
"Ini yang gua berang betol dengan pengurusan Etiqa. Dah tahu kapasiti pengguna Etiqa ni tinggi, apa salahnya bukak kaunter barang tiga puluh bijik. Ini tidak, memadai dengan tiga bijik, woiii lu pikir ini macam jamban pejabat ke?? Takdak pemikiran strategik langsung. Hal-hal kecik macam tu pun gua nak kena tegur".
Remy Ishak a.k.a Azwan Ali melatah terperanjat. Akibat ketakutan, cepat-cepat dia bawa aku potong barisan. Aku sempat jeling umat yang dah 40 minit menunggu akibat sistem Etiqa yang perlahan dan kadangkala sangkut terus. Ataupun dalam bahasa IT-nya 'System Hang/Down'.
Selesai segala urusan. Aku melangkah keluar dari bangunan konkrit ini sambil tersedar bahawa pahala puasa aku baru sahaja berkurang.

Pantun Raya
Suarez kacak berbaju melayu,
Sagna terseyum menganyam ketupat,
Apalah dimahu pada yang satu?
Sasaran kita tempat keempat.
Sagna terseyum menganyam ketupat,
Apalah dimahu pada yang satu?
Sasaran kita tempat keempat.
Kuih semperit pilihan Rooney,
Dodol pula santapan Persie,
Saling bermaafan di aidifitri,
Itu sudah satu tradisi.
Pilihan utama tat nenas gebu,
Janganlah genggam di dalam tangan,
Mourinho jauh beribu batu,
Hilang mata di hati jangan.
Membeli mercun katak di Kedai Pallegrini,
Bermain pula di rumah Kompany ,
Bila bermain bising sekali,
Inilah raya di Man City.
Membeli diesel di kedai Gerrard,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si Joey Barton mahupun Lampard,
Mohon ampun maaf dipinta.
Bila diumum esok nak raya,
Yaya dan Kolo beriye-riye,
Di hari raya Nasri bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.
Reina dan Johnson berjabat tangan,
Hari Raya jalan seiringan,
Liverpool sebati dengan kekalahan,
Akibat sandarkan pada kenangan.
Wenger beraya di rumah Villa,
Dibawa juga mercun ketupat,
Sokerkid Arsenal tiada piala,
Hanya gembira di nombor empat.
Pisang Messi dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang La Liga boleh dibayar,
Hutang EPL kita berentap sampai mati.
Kalau Hazard jalan ke hulu,
Carikan Moyes bunga kemboja;
Kalau Manchester United mati dahulu,
Nantikan Ferguson di pintu neraka.
Nasi lemak buah bidara,
Sayang Neelofa Mikel lurutkan;
Buang Fazura buang Rozita,
Sebab kasih Terry turutkan.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh Anelka bersama mandi;
Kalau ada ehem-ehem yang panjang,
Boleh Eva berjumpa lagi.
Kajang Liverpool kajang berlipat,
Kajang Arsenal mengkuang layu;
Bodoh Liverpool bodoh bertingkat,
Bodoh Arsenal terkulai layu.
Nasri ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pallegrini, 2 ringgit je?.
David Luiz berbaju melayu,
Anzalna Nasir berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.(John Terry)
Lemah lembut Suarez berlari,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Peter Cech datang bertandang
Adik Ribery segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Guardiola riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Pepe Reina menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Thursday, July 11, 2013
Roti Cokelat dan Susu Strawberi
Aku sedang lena diulit mimpi masa aku dengar suara kecil Hasya....- "Nak..nak..nak.."- sambil goyang-goyang badan aku minta ehsan temankan dia ke peti ais. Mana pulak Puan Feeza ketika aku benar-benar perlukan kehadiran beliau? Sikiiiit lagi Shila Hamzah nak muncul bergitar sambil dendang lagu Ombak Rindu dalam mimpi aku tadi. Kacau!
Dalam separa sedar aku gagahkan diri temankan Hasya ke peti ais bagi mengelakkan aksi hentak-hentak kaki berirama berlaku selepas itu. Hasya ambil air susu strawberinya. Dalam perjalanan dari dapur ke ruang tamu, beliau singgah sebentar mencapai roti cokelat gardinia yang masih kemas bersalut.
Kami duduk di sofa. Televisyen di buka. Tak sampai seminit Hasya pun bersuara.
"Nanak..nanak..nanak.." - geleng-geleng kepala sambil hulur roti cokelat dan susu strawberi.
Ini yang aku pantang kalau membazir. Aku pun apa lagi bagilah tazkirah pagi pada anak aku yang baru nak masuk 2 tahun tu. Aku jelaskan macam mana susahnya orang kat Somalia tu nak makan. Bla..bla..bla..Dekat 5 minit jugak aku merungut panjang. Hasya hanya mampu terkelip-kelip memandang muka aku dengan wajah sayu. Mungkin sebentar lagi akan berlaku jeritan setinggi 113 dB dari beliau.
Sambil terus merungut, aku masukkan roti cokelat dalam mulut aku. Aku kunyah penuh nikmat. Aku hirup air susu strawberi dengan perlahan demi menikmati kesejukkannya melalui kerongkong aku yang kering. Burrrp..aku sendawa kecil.
"Abang!!!Puasalah!!!" - satu suara yang cukup aku kenal kedengaran dari belakang aku. Aku terkedu. Bulan Ramadhan rupanya. Macam mana aku boleh lupa. Ni macam mana kira puasa aku ni? Nak kena pergi mamak order beriyani kuah campur ayam madu dengan teh ais ke?

Wednesday, July 10, 2013
1 Ramadhan
Hari ini 1 Ramadhan. Seperti biasa aku ke tempat kerja. Tapi lain sikit hari ni sebab kenderaan tak berapa nak banyak. Mungkin ada yang bercuti nak sambut hari pertama berpuasa bersama keluarga tercinta.
Masuk kereta aku pasang lagu kegemaran aku tanpa ragu. Volume radio aku pulas semaksima mungkin. Layan. Kepala sedikit terangguk-angguk. Pedal kereta aku tekan sampai meter naik takat 50 km/j sahaja (AES bersepah-sepah ni woih). Agak perlahan.
Tiba-tiba entah dari mana datang kereta dari belakang sailang depan kereta nasional milik aku. Aku tekan brek serta-merta. Seorang brader bermuka ganas keluar dari Bugatti Veyron berwarna biru putih. Muka berjambang macam bangla jual karpet naik motor. Pakai t-shirt ada tulis Southern Tigers. Dia melangkah angkuh ke arah aku. Apa yang dia tak puas hati pun aku tak tahu.
Aku masih tenang ketika dia mengetuk cermin kereta nasional aku tanda suruh turunkan tingkap. Aku turunkan tingkap automatik aku perlahan-lahan. Lancar dan tidak sangkut seperti hari kebiasaanya. Aku turunkan tingkap, tapi aku lupa turunkan volume lagu kegemaran aku. Lagu yang berkumandang sampai ke part chorus.
"Obey your master! Master! Master of puppets I'm pulling your strings" - beria-ria James Hetfield melaungkan bait-bait lagu tersebut.
Brader yang tadinya bermuka angkuh tiba-tiba pucat lesi. Jambangnya seakan-akan gugur ke tanah. Renungan matanya tidak lagi melambangkan ada tanda amukan amarah melainkan ketakutan yang amat sangat ibarat dikejar JPJ. Tiba-tiba air matanya menitis seraya berkata.
"Maafkan saya bang. Selamat berpuasa" - salam cium tangan aku dan berlalu pergi.
Aku sempat melihat nombor plat kereta brader tersebut. TM...

Tuesday, July 9, 2013
Selamat Berpuasa
Siap solat asar. Masuk dalam lif dengan seorang kakak.
"Selamat Berpuasa" - sambil senyum-senyum simpul.
Aku tersenyum. Dalam hati aku - "Arrrggggh..wajah aku tak cukup Italian lagi ke?"
Mantai
Menurut orang tua-tua di Nogori Sembilan, aktiviti atau adat memantai ini bermula dari kegemaran orang negeri sembilan yang suka sangat makan daging lembu atau kerbau (tapi ia tiada kena mengena dengan amalan menghirup darah kambing ala-ala black metal ye). Daging-daging ni kalau dibuat rendang mesti best.
Dia punya bestnya, kalau khinzir sondol dari belakang pun kita tak perasan. Lagipun rendang dahulu boleh simpan lama kadang-kadang sampai sebulan. Boleh la buat buka puasa. Haaa..baru korang tahu power ke tak power orang Nogori ni!! Lepas ni jangan tanya aku kenapa aku pilih gadis Nogori Sembilan sebagai isteri.

Amalan mantai ni sebenarnya salah satu cara untuk dapatkan bekalan daging mentah (dulu kat kedai takde freezer, sekarang ni kalau kedai takde freezer baik kau suruh dia tutup jek kedai tu). Daging dan kerbau ini binatang yang besar dan kalau disembelih biasanya untuk makan anak beranak sahaja. Nanti adalah yang terlebih-lebih dan membazir.
Jadi diorang akan berpakat-pakat la satu kampung berkongsi untuk membeli lembu atau kerbau untuk disembelih. Dan dibahagilah kepada semua. Maka merasalah semua makan daging pada bulan puasa atau pada hari raya.

Tapi sekarang sayangnya dah takde amalan berkongsi-kongsi nak beli lembu lagi. Mereka beli dekat pasar je. Banyak yang jual. Tapi mantai tu tetap dipanggil mantai kerana kebesaran dan sambutan hari-hari tersebut.
Nota: Hari mantai adalah 1 hari sebelum 1 Ramadhan atau 1 Syawal. Terima Kasih.
Monday, July 8, 2013
Pejabat Pos
Aku selaku seorang yang masih mempunyai sifat konservatisme yang tebal dalam diri memang suka berurusan secara terus ke kaunter berbanding secara online. Ya walaupun nampak kuno tapi ia masih lagi praktikal untuk sesetengah manusia seperti aku.
Pagi tu aku becadang nak masukkan sedikit duit dalam tabung haji anak aku. Dengan tenang aku ambil nombor giliran dan tunggu dipanggil. Sampailah giliran aku. Aku berjalan ke arah kaunter dengan langkah kaki yang kemas bagaikan seorang peragawan Victoria Secret sambil aku lontarkan satu senyuman semanis kurma madu. Korang jangan ingat aku senyum sebab muka petugas kaunter tu iras-iras Kilafairy pulak.
Sesampai di kaunter aku sempat melihat nama petugas tersebut.."Syafa Aqira". Macam biasa dengar. Ahhh pedulikkan!! Aku serahkan borang tabung haji. Syafa Aqira tatap borang tu lama-lama. Masih tidak key-in sebarang data ke dalam sistemnya. Tiba-tiba dia bersuara.
"Nur Hasya Zafira binti Muhammad Hadri. Amboih panjangnya nama" - Zasssssss....satu das tembakkan depan-depan yang aku langsung tak terduga. Sambil-sambil tu juga Syafa Aqira ni rakus menggerakkan jarinya di atas keybord murah jenama HP di atas mejanya itu.
Aku masih tenang. Manusia berjiwa murni macam aku ni kena kuat bersabar. Entah kenapa tiba-tiba aku tergerak nak mintak borang tabung haji dan mara yang sudah kehabisan stok dekat rumah aku.
Aku tarik nafas dalam-dalam dan dengan nada tegas tapi masih sopan aku lontarkan permintaan aku itu..
"Cik, mintak borang tabung haji dengan mara dalam 10 keping"
Syafa Aqira merenung mata aku dengan tajam macam nak telan aku pun ada. Dunia aku rasakan penuh dengan guruh berdentam-dentum. Kalau dia tak nak bagi borang itu pun aku redha saja ketika ini. Syafa Aqira pun membalas permintaan aku dengan satu lagi jawapan yang membuatkan ulu hati aku terasa pedih.
"Waaaaah..banyaknya!!!"
Aku kaget sedikit dengan jawapan Syafa Aqira itu. Tetapi otak aku yang cerdas bak kancil ni terus berfikir apa yang aku perlu lakukan. Aku pandang kalendar kuda cina di dinding, jelas menunjukkan Ramadhan makin hampir. Jadi aku tak boleh tumbuk rusuk Syafa Aqira ni laju-laju.
"Ada had ke mintak borang tu? Percumakan? Ke saya kena bayar?" - aku keluarkan sekeping duit RM100 yang masih kuat bau banknya sambil aku hayun-hayunkan wang tersebut gaya Barney Stinson di 'strip-club'.

Aku lihat wajah Syafa Aqira muncung mencuka. Aku ambil resit dan segala borang yang aku minta tadi. Sebelum berambus...
"Selamat Ramadhan Syafa Aqira. Kirim salam pada Firash Arshad"
Aku syak muka Syafa Aqira bertambah kelat selepas itu. Sekarang baru dia tau siapa lebih annoying.
"Selamat Ramadhan Syafa Aqira. Kirim salam pada Firash Arshad"
Aku syak muka Syafa Aqira bertambah kelat selepas itu. Sekarang baru dia tau siapa lebih annoying.
Wednesday, July 3, 2013
Doktor Mata
Lebih kurang seminggu Idlan Khozim terlantar di hospital kerana menderita sakit mata selepas menjalani pembedahan membersihkan selaput matanya. Seminggu jugalah beliau diberi steroid. Seminggu jugalah dia disuruh berjalan turun naik ke ENT klinik. Yelah..yang sakit bukan kaki, tapi mata. Mata makin teruk, lagi lama ambil steroid entah apa pulak jadinya pada Kassim Zailani nanti. Aku tekad untuk membawanya ke Pusat Pakar Mata Antarabangsa (Isec) di Boulevard Mid Valley City.
Seperti biasa sebelum check-out aku pun berjumpalah dengan doktor di situ dan menyatakan hasrat suci murni aku itu. Lepas saja dengar luahan aku itu, doktor tu pun berpesan kepada aku secara bersemuka. Lontaran suaranya kemas dan seimbang.
"Bawaklah dia ke Isec. Itupun kalau awak betol-betol mampu tanggung kos rawatannya"
Aku yang mendengarnya terkesima 5 saat. Perangai hero aku masa tumbuk rusuk seorang doktor tempohari hilang serta merta. Bukan sebab wajah doktor kali ini iras-iras Neelofa, tapi aku terasa macam diri aku ini ibarat budak miskin dimata doktor tu.
Sempat aku menjeling pakaian aku di cermin milik nurse di situ. Baju t-shirt leher bulat tulis 'Luaskan Kuasamu'. Ada koyak sikit kat ketiak. Seluar jeans lusuh dah iras mat indon yang repair jamban rumah. Pakai pulak selipar jepun..kalau kucing tengok pun boleh amnesia.
Arghhh Shitt..!! Sedihnya!!.hati aku berbisik perlahan. Laju aku berjalan meninggalkan hospital itu. Seperti kebiasaanya juga aku toleh belakang. Di bawah logo bulan sabit, tertulis satu nama.
"HOSPITAL AMPANG"
Tuesday, July 2, 2013
Doktor Rusuk
Setelah seminggu Taruddin terlantar di Hospital, masih tiada rawatan pada tulang rusuknya yang patah. Malah luka kesan kemalangan di kakinya juga tidak dibersihkan.
Lalu kami semua bersepakat untuk membawanya keluar sahaja dari hospital untuk mendapatkan rawatan
tradisional. Semasa hendak keluar dan berjumpa doktor buat kali pertama dan
terakhir. Doktor yang berwajah iras-iras Dr. Derek Shepherd itu pun berkata dengan
nada suara yang rendah:
"Bagus juga awak bawa dia ni keluar hospital. Hospital pun penuh ni"
Serta-merta darah dalam badan aku naik sampai ke kepala. Aku genggam penumbuk kanan
aku kemas-kemas. Satu tumbukan padu aku lepaskan tepat kerusuk kanan doktor tu.
Dia tersungkur. Mulutnya sedikit berbuih serupa seorang menteri kabinet. Aku cekak leher dia lalu aku bisik ke telinganya gaya Nicholas
Cage dalam filem Conair.
"Sekarang kamu rasa bagaimana sakitnya patah tulang rusuk"
Aku berlalu meninggalkan hospital itu. Aku toleh belakang. Terpampang besar
satu objek tulisan rumi.
"HOSPITAL SUNGAI BULOH"
Subscribe to:
Posts (Atom)