Woih Like Lah!!!

Wednesday, February 10, 2016

Status Pilihan Januari 2016

2016 Please BeGood To Me‬ 

Hai adik kakak abang sekalian. Dah berdoa dekat facebook ke belummmmmm?

‪#‎2016PleaseBeGoodToMe‬


Freedom

 
Sedang aku tunggu bola Watford vs ManCity, tiba tiba terbukak tivi satu.

Sekali Kompolan Feedom pulak daaaah. Ranggi. Energetik. Power. Rileeeks jek muka Seha tarik tang chorus.

Kau orang tak habis habis kagum dengan Fynn Jamal lagik keeeee?


TADIKA 1

"Takpe, mulai hari ini biar saye yang hantor jemput anak-anak kita dari sekolah. Awak duduk rumah jeeeek masak. Ini semua kerja orang lelaki. Heh!"

Begitulah kata aku secara tegas selepas dua hari menghantor anak-anak ke tadika. Sambil lagu Ayda Jebat tak lekang aku humming di hujung bibir.


TADIKA 2

Nak pergi jemput anak-anak dekat tadika, tapi baru 3.30 petang. Hurrrrrmmmmmms...


13 Januari 2016.

Aku terjaga dari tidor yang nyaman selepas dilawati oleh Amyra Rosli dalam mimpi yang penuh warna-warni. Namun apabila aku bangun, sekelilingku gelap. Dari kedudukan baring yang sedap aku bingkas duduk di hujung katil. Aku cuba melakukan balik kuang untuk ke bilik air tetapi gagal. Kudratku sudah tidak mampu melakukannya lagi. Barulah kini aku sedar usiaku sudah bertambah setahun lagik. Aku menggeleng-geleng kepala perlahan. Lincahku tidak seperti dahulu lagi. Beraksi untuk sukan bola sepak sahaja sudah hampir empat tahun aku tinggalkan secara serius. Sesekali rasa macam ketagih juga untuk beraksi. Namun aku tidak mampu dan hanya meluahkan ketagih aku itu di atas tetikus dan papan kekunci.

Selepas berjalan longlai dalam tiga belas langkah, aku sampai di bilik air. Susuk tubuhku yang sedang berada di hadapan cermin itu aku tatap lama-lama secara mendalam. Inilah dia wajah yang berjaya memancing entah berapa ramai makwe pun aku tak tahu. Tak terbilang dek jari bak kata orang. Tiba-tiba aku tersenyum nakal apabila teringatkan Pamela Anderson. Heh!

Pipiku yang dahulunya kempong macam Izo XPDC kini semakin membulat. Perutku yang ketak macam Hritik Roshan turut sama naik tanpa rasa segan silu. Mujur rambut aku masih steady. Boleh buat modal jugak ni. Eh tidak! Tak boleh! Aku sudah beristeri yang POWER dan dua orang anak-anak yang lincah. Segera zikir pendinding diri aku lafazkan agar dijauhi daripada godaan mahasiswi Uitm Shah Alam dan minah rempit.

Selepas fikiran aku tenang, aku terus bersiap-siap untuk ke pasor dan kemudiannya balik ke rumah memasak. Kalau sempat selepas itu buat kacau sikit dekat facebook. Hidup masih diteruskan seperti biasa. Tiada yang berbeza. Kitaran yang sama. Selamat Hari Jadi Aku.


Menghitung 40 hari.

Percayakah kita?

Fasha Sandha dah janda. Apakah maknanya?


Suamiku Encik Angkawasan.

Dalam filem Hollywood nurkilan Nolan bersaudara ada bercerita tentang angkasawan dan teori Black Hole yang mana pertama kali disebut secara rasmi oleh Albert Einstein pada tahun 1916 dan kemudiannya dipopularkan pula oleh Stephen Hawking.

Terbaru dalam filem Hollywood versi Ridley Scott tanpa Tony Scott pula menterjemahkan novel tulisan Andy Weir yang mana menunjukkan cara-cara Matt Damon meneruskan survivalnya di Marikh termasuk menanam kentang berbajakan najis manusia.

Okeh, itu dalam filem dan novel. Macam mana pula jika kita diberi kesempatan untuk melakukannya di dunia nyata? Begini caranya ya wahai adik abang kakak.

Kita hantar angkasawasan ke ruang angkasa untuk menjalankan eksperimen sel barah bagi leukemia dan hati. Juga kesan mikrograviti dan radiasi di angkasa lepas terhadap sel dan mikrob serta uji kaji pengkristalan protein untuk kegunaan industri. Dan jangan dilupa kajian berkaitan gasing, yoyo dan air di angkasa lepas. Selain itu angkawasan Malaysia turut membawa rendang daging, tempe goreng, nasi beryiani, sate ayam, kuih bangkit dan pisang salai untuk di makan di ruang angkasa. Sekali imbas nampak PAWER bukan?

Kini hampir genap 10 tahun kajian yang beliau lakukan. Ia masih dikaji dan terus dikaji. Mungkin aku terlalu gelojoh dan tazabar nak membaca hasil kajian beliau. Cuma aku mahu bagitahu jika kita mahu menghantar seorang lagi angkasawan, kos kira-kira AS$30 juta (RM102 juta) akan diperlukan. Jadi lebih baik engkau setelkan kajian pertama ini dahulu. Jadikan ia modul dalam pendidikan. Selepas tu kalau dah PAWER, nak hantar angkawasan kedua buat ujikaji congkak dan hisap vape lepas tu buat huruf 'O' pun aku tak kisah. Heh!

No comments:

Post a Comment