Woih Like Lah!!!

Tuesday, January 5, 2016

YAPEIM - The Babi Awakens.

YAPEIM - The Babi Awakens. 

Pertamanya aku nak ingatkan bukanlah aku suruh engko percaya sangat apa yang NOW dedahkan (walaupun YAPEIM sudah mengaku). Dan aku bukanlah nak engkau pertahan mati-matian tindakan si YAPEIM ni. Cuma aku harap engko buat penilaian sendiri dengan apa yang telah berlaku ketika ini. 

Mula-mula kita kena tahu YAPEIM ni binatang ape. Apa kerja dia. Tugas dan tanggungjawab dia. Jenis institusi dia juga kita kena tahu. Kerajaan, separuh kerajaan atau swasta. Okeh, dah tahu semuanya. Kemudian kita nengok apa pula gossip yang melanda YAPEIM lewat masa ini.

1. Kursus Kahwin Di Paris. 

Nama penuh : Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahwanan dan Pengurusan.

Penganjur : Jakim, JAWI, Yapeim, MAIWP dan PKPU.

Nilai kos : RM290,000 (selama 14 hari)

Siapa yang terlibat : 150 orang pelajar luar negara dengan dua hingga tiga orang penceramah.
Alasan: Menjimatkan perbelanjaan bagi pelajar luar negara supaya tidak perlu balik ke Malaysia untuk mengambil kursus.

2. Simulator Golf.

Nama penuh : Pusat Latihan INPUT Golf.

Milik : INPUT - Institut Penyelidikan dan Perundingan Yapeim.

Nilai kos: Ada berbagai jenis dan harga sebenarnya. Bergantung kepada KEPAWERAN simulator itu sendiri. Secara kasar aku anggarkan dalam 40-60 Ribu Dollar. (engko convert sendiri duit Malaya)

Sumber kewangan untuk beli : Melalui perniagaan dan ada juga menggunakan sumber-sumber kewangan sendiri.

Alasan: Untuk membentuk masyarakat bersukan termasuk golf dan menerusi pembelian simulator itu, permainan tersebut boleh dimain tanpa mengira cuaca kerana ia ditempatkan dalam bangunan.

Okeh. Berikut antara persoalan yang boleh kita jadikan renungan bersama. Adakah rancangan bersamamu masih ada di tivi tiga? Berapa ramai pula pemain golf dari Malaysia yang berada dalam ranking 10 pemain terbaik dunia? Dalam ranking 10 pemain terbaik ASIA pun takde woih!!!

Adakah kita cemburu dengan kekayaan orang Melayu dalam perniagaan? Ataukah memang Melayu itu tidak boleh langsung pegang duit banyak dalam tangan? Mulalah nak beli dan buat benda merepek yang bukan-bukan?

YAPEIM dah jawab segala tuduhan dalam wesite mereka. Engko bacalah dan nilaikan sendiri.

Cuba nengok sekeliling kita sekarang. Situasi ekonomi. Yang mana satu keperluan. Yang mana satu keinginan. Masing-masing ada otak dan boleh fikir.

Errrmmmms...sudahlah aku nak pegi makan nasik lemak telur goyang.

No comments:

Post a Comment