Perbualan Pawer Raya 2015 (Nama dirahsiakan agar pihak lawan tidak berasa hati. Sedikit cerita juga ditokok tambah sebab aku punya sukelah)
- Pelari Jarak Jauh Dari Kenya -
"Kasut lari engko berapa pasang?"
"Tiga."
"Okeh, berbalik kepada persoalan asal. Berdasarkan sebuah kajian sekitar tahun 2012. Daftar 100 negara termiskin di dunia menyenaraikan Kenya sebagai salah satu negara termiskin dengan menduduki tangga ke-37 dunia. Manakala Malaysia yang aman damai harmoni ditadbir oleh Najib Razak yang hanya berbuka air suam dan buah kurma serta menteri sukannya yang rajin selfie dan berzumba hanya mampu mengimport atlit jalan kaki dari China bernama Yuan Yufang. Apakah kelebihan pelari jarak jauh dari Kenya ni sebenarnya? Hah?"
"Itu pun engko tak tahu? Mari aku terangkan. Depa ini dilahirkan di Kenya yang mana lokasinya berada pada altitude yang tinggi. Keadaan ini akan meningkatkan jumlah sel darah merah pembawa oksigen. Engko pernah dengor frasa 'altitude training'? Altitude training, atau berlatih di dataran dengan ketinggian 6.000 sampai 10.000 kaki (1.500 sampai 3.000 meter) di atas permukaan laut akan menjadikan hormon yang menstimulasi produksi sel darah merah, melonjak ke tahap maksimum dalam tempoh 24 hingga 48 jam apabila engko kita tiba di dataran tinggi. Itulah sebabnya pelari-pelari elit dunia seperti Mo Farah pergi ke Iten, Kenya, untuk berlatih di sana."
"Itu aje kePAWERAN pelari dari Kenya ni?"
"Bukan itu sahaja...selain itu mereka juga mempunyai badan yang berbau busuk serta rambut mereka yang bacin serupa tak basuh 10 tahun. Sebab itulah atlit dari negara lain payah nak potong mereka ketika perlumbaan."
- Makwe Kemboja -
"Bekas makwe Kemboja aku follow instagram aku. Dia like gambor akuuuuuuuuuuuuu." (sambil goyang-goyang henpon)
Ambil henpon dan merenung skrin secara mendalam. Serentak kepala digeleng-gelengkan dengan perlahan.
"Dia dah kahwin dan beranak tiga kan? Bak sini aku follow instagram dia. Bak sini."
Butang follow pun diklik secara santun.
- Water Cannon -
"Apahal guna water Cannon? Sudahlah mahal. Membazir ajek. Gunalah air sampah ke..air najis ke..Baru padan muka dengan perusuh jalanan tu semua."
"A'ah ek..betol jugak. Takpun guna Air Say Men."
"Kah..kah..kah.." Satu meja gelak serupa baru lepas pekena air ketum walaupun hambar.
- Adik dan Abang Ipar -
"Dia kahwin dengan siapa?"
"Engko tak tahu ke?"
"Kah..kah..kah.." Dua orang yang lain ketawa dan tidak mahu meneruskan perbualan tersebut.
- Isteri Punya Pasal -
"Dia dah jarang talipon aku. Kalau talipon pun tanya benda-benda yang penting ajek. Nak tahu jalan ni kat mane..jalan tu kat mane...Yelaaaah...bini dia punya pasal..takpelaaah."
Satu meja tertunduk lesu sambil menguis-nguis hujung gelas masing-masing.
- Status -
"Status ni dia tulis pasal engko ke?"
"Pasal aku mende pulok ni? Aku fren dengan dia pun tak."
Cepat-cepat topik perbualan ditukar. Mungkin takut kena print screen lagik agaknya.
- Pramugari -
"Kalau engko nak tahu..uniform Malindo lah paling pawer sebenarnya."
"Eh, dekat mane ada jual? Online ada tak? Boleh buat adiah bagi dekat bini tu."
Semua yang berada di meja terus pura-pura memandang skrin talipon masing-masing sambil bersiul-siul lagu raya DJ Dave.
Banyak lagi sebenarnya. Pasal makwe Zouk, makwe Aspuri, makwe jande. Eh, yang lain-lain tu bagi aku simpan dulu.
Selamat Hari Raya 2015
No comments:
Post a Comment