Woih Like Lah!!!

Saturday, May 17, 2014

Tok Deraman Daun - Sembilan Nyawa

Tok Deraman Daun - Sembilan Nyawa


Bomoh Buaya - itu gelaran bagi Tok Deraman Daun, berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat dan dikatakan mempunyai warisan susur galur Johan Mikel yang meninggal dunia sekitar tahun 1519 akibat ciri birit. Seorang perantau di Kampung Buaya ini. Bernikah dengan seorang perempuan minang yang sungguh rupawan, hatta berharta.

Tok Deraman Daun membuka matanya yang berwarna biru air laut itu secara perlahan-lahan. Kelopak matanya terasa amat berat sekali. Kejap terpejam, kejap celik. Nafas ibarat ikan di darat. Tercungap-cungap. Namun sisa semangat dalam dirinya masih ada. Ketika ini badannya sedikit kebas, tetapi terasa nyaman sekali. Apabila dilihat secara teliti, seluruh badannya kini sedang dibalut dengan selimut. Ya, barangkali selimut ajaib yang mampu menyembuhkan segala macam penyakit di muka bumi ini.

"Ooohhh...patutlah rasa sedap jek tidur tadi," gumam Tok Deraman Daun di dalam hati.

Bomoh terkemuka Kampung Buaya itu memandang ke luar jendela. Melihat tepat ke arah matahari berorganik. Setelah beberapa minit terkebil-kebil merenung luar, barulah Tok Deraman Daun tersedar yang dirinya sedang melalui satu proses penyembuhan yang amat teliti. Tapi siapa pula yang cuba menyembuhkan beliau?

Hiaaaaaaaaaaap!!!

Pemuda berambut pendek kerinting warna kuning tidak berbaju dan tubuhnya berpeluh muncul secara tiba-tiba daripada jendela bilik Tok Deraman Daun dirawat. Pemuda berambut pendek kerinting warna kuning tidak berbaju dan tubuhnya berpeluh itu mendarat steady betol-betol di hujung katil Tok Deraman Daun. Hanya berdiri dengan sebelah ibu jari kaki sahaja. Lagaknya tak ubah bagai Pendekar Kundur.

"Amacam bomoh tua? Ada bagus?," sinis teguran daripada Raisuddin M.

Tok Deraman Daun tidak menjawab soalan pemuda tersebut. Dia lebih memikirkan tentang 9 nyawa miliknya. Jika tidak salah, dia sudah menggunakannya sebanyak 2 kali. Maknanya masih ada lagi 7 nyawa yang boleh dijadikan taruhan.

"Kenapa kau selamatkan aku? Apa yang kau nak dari aku?," bentak Tok Deraman Daun sedikit kasar.

"Aku mahu kau tolong aku rampas semula Keris Kundur dan Kerambit Pusaka daripada Taruddin."

Tok Deraman Daun ketawa berdekah-dekah.

"Wahai anak muda. Tok lihat kamu ini sangat selekeh dan hodoh wajahnya masih sama seperti dahulu ketika kita mula-mula berjumpa. Tok rasa kamu ini memang tak sama level dengan Taruddin baik dari segi mentaliti mahupun ilmu kebatinan. Seperti biasa Tok bukannya nak show my envy on you. Tapi ia memang hakikat yang jelas lagi nyata. Hah, kau nak lawan Taruddin dengan hape? Selimut Ajaib? Buloh Runcing? Atau Pedang Bergigi?

Raisuddin M hanya menggelengkan kepalanya sebanyak 5 kali. 1,2,3,4...5. Raisuddin M kemudiannya membuka mulut dan bersuara tegas.

"Aku cadang nak lawan Taruddin dengan Pancuran Hikmat Sakti Tahap Super Gaban."

Tok Deraman Daun terkejut gila khinzir punya. Tidak pernah dia jumpa manusia secerdik ini. Apakah Raisuddin M ini pendekar yang disebut oleh Kesatuan Bomoh Sedunia yang akan muncul tatkala matahari berorganik menyinari bumi? Tok Deraman Daun tersenyum puas sambil otaknya laju memikirkan langkah seterusnya. Kalau tak bergeliga otaknya, jangan panggil beliau Lelaki Bijaksanana Dari Bumi Minnesota.

No comments:

Post a Comment