Peringkat Tertinggi
Hari Jumaat seperti biasa aku akan berjalan-jalan ke pasar malam. Tapi tak malam sangat. Lebih kurang jam 5 petang gitu. Ini adalah benda klise buat warga Shah Alam yang menerapkan wasatiah saranan Perdana Menteri dalam kehidupan seharian. Engkorang aku tak tahulah.
Jam 5 petang masih lagi panas sebenarnya. Ye panas macam biasa. Tekak aku jadik haus secara tiba-tiba. Mujur ada gerai Coconut Shake. Aku tak bagi peluang, terus beli. Sekali sedut...legaaaaa. Aku tersenyum puas.
Talipon pintar aku keluarkan dari poket seluar. Lalu aku hantar SMS kepada Puan Feeza.
"Minum Coconut Shake ni memang mengimbau kenangan silam zaman sebelum kahwin betol"
Dengan penuh yakin dan matang aku tekan butang 'SEND'.
Tak sampai seminit Puan Feeza balas.
"Bila masa pulak kita minum Coconut Shake? Bukan ke kita selalu makan rangka ayam jek?!!!! Hah?"
Gulp!! Serta merta mata aku melilau mencari surau yang terdekat. Aku cadang nak solat sunat 2 rakaat sebelum balik.
Macam mana aku boleh salah makanan ni? Eh, macam mana aku boleh salah makwe ni?
No comments:
Post a Comment