Woih Like Lah!!!

Thursday, April 24, 2014

Tok Deraman Daun - Soldadu Upahan

Tok Deraman Daun - Soldadu Upahan 

Tok Deraman Daun masih mendayung sampan kecilnya. Dayungannya tidak terlalu kuat. Tidak pula terlalu perlahan. Cukup hanya sekitar 60 km sejam. Kini sudah masuk 6 jam pelayaran beliau. 

Beliau mendongak ke langit yang cerah. Sambil memerhati burung helang, Raja Bomoh tersenyum. 

"Kali ini penduduk Kampung Buaya mesti terkedu dengan kejayaan aku. Masing-masing dahlah pemalas. Asyik nak buat spekulasi ajek. Turun ke laut mencari idak le mau. Diorang ni ibarat baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi). Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution," bisik Tok Deraman Daun seorang diri. 

Dia meneruskan pendayungan menuju 2,170 kilometer lagi ke arah barat laut. Misinya ialah menjejak Kapal Layor yang dilaporkan hilang dari radar kerana ditahan lanun. 

Bubu dicampak ke dalam laut dan dibiarkan tenggelam. Begitu juga dengan labu sayung. Kedua objek tersebut tenggelam sebaik sahaja mencecah air laut. Dahsyat. 

Tok Deraman Daun menggeliat meregangkan urat-urat badan. Sebatang rokok daun yang sudah siap gulungannya dikeluarkan dari poket baju 1 Malaysia beliau. Hujung rokok dinyalakan. Tembakau Indonesia mengeluarkan aroma yang sangat lazat. Tok Deraman Daun menghisap rokok daun dengan penuh nikmat. 

Tiiiiit....Tiiiiit....Tiiiiit.... 

Isyarat ping diterima. Bubu dan labu sayung diangkat semula ke permukaan laut selepas melangkaui had kedalamannya iaitu sekitar 4,500 meter ke dasar laut. Tok Deraman Daun tersenyum melihat bacaan data pada bubu dan labu sayungnya. 

"Kah..kah..kah..kan aku dah kata," ujar beliau sambil terseyum manis. 

Tok Deraman Daun kemudiannya pantas mengerluarkan teropong. Dia meneropong. Meneropong jauh seluas lautan pasifik yang sedang dia jajahi dengan sampan kesayangannya. Nun di hujung sana, berdiri seorang pemuda berambut pendek kerinting warna kuning tidak berbaju. Tubuhnya berpeluh. 

Bot laju yang dinaiki pemuda berambut pendek kerinting warna kuning tidak berbaju dan tubuhnya berpeluh itu semakin menghampiri sampan Tok Deraman Daun. Semakin lama semakin dekat. Tok Deraman Daun menjadi tidak keruan dan berdebar-debar. 

Blurrrrrrrrrsssssssh!!! 

Bot laju itu berhenti betol-betol di depan muncung sampan Tok Deraman Daun. 

"Aku nak pergi Vietnam dan Taiwan. Boleh saudara tunjukkan arah, "  tanya pemuda berambut pendek kerinting warna kuning tidak berbaju dan tubuhnya berpeluh itu kepada Tok Deraman Daun dalam nada tegas. Sambil itu juga tangannya pantas menghulurkan pen dan kertas. 

Tok Deraman Daun menulis secara teliti tanpa bersoal panjang. Beberapa titik hitam dilukis di atas kertas putih tersebut. Tok Deraman Daun kemudiannya meniup titik hitam tersebut berkali-kali. Setelah dipastikan titik hitam itu betol-betol kekal dan tak boleh hilang punya, Tok Deraman Daun pun menghulurkan kertas itu kembali kepada pemuda berambut pendek kerinting warna kuning tidak berbaju dan tubuhnya berpeluh itu. 

Pemuda itu mengambil kertas tersebut dan menyimpannya di dalam bekas buluh yang cantik dan rapi. Mungkin untuk mengelakkan daripada terkena air laut yang masin bagaikan garam. 

"Wahai anak muda. Tok lihat kamu ini sangat selekeh dan hodoh wajahnya. Kelihatan seperti kamu ini tidak sama level dengan Tok baik dari segi pakaian mahupun mentaliti. Tok bukannya nak show my envy on you. Tapi ia memang hakikat yang jelas lagi nyata," Tok Deraman Daun cuba menjadi peramah tapi mungkin dalam cara yang salah. 

Pemuda berambut pendek kerinting warna kuning tidak berbaju dan tubuhnya berpeluh itu kelihatan marah dengan sapaan sebegitu rupa dari Tok Deraman Daun. Dadanya berombak menahan sakit di hati. Tangannya menggigil. 

Tiba-tiba ingatannya kembali kepada kata-kata seorang Bentara Guru di tempat beliau menuntut ilmu 12 tahun yang lalu. 

"Ingat Raisuddin M. Janganlah kamu berhasad dengki. Macam mana kamu marah sekalipun, doakan musuhmu itu agar mereka diberi hidayah untuk berubah. Sentiasalah bersangka baik. Anggap semuanya dugaan buat kamu. Dan sebaiknya kamu anugerahkan doa buat musuh-musuh mu itu nanti.

Secara tiba-tiba air mata Raisuddin M menitis. Berjujuran bagaikan hujan yang dihiasin pelangi senja. 

Tok Deraman Daun yang berdiri di atas sampan yang terhoyong-hayang sangat terkejut. Beliau cuba mengimbangi badannya secara cermat. 

"Wahai Tok yang tua. Saya memang tidak mengenali Tok. Tapi gaya Tok bercakap dengan saya umpama kita sudah kenal mesra bertahun lamanya. Tok juga bernasib baik kerana kerambit pusaka saya sudah lama saya buang jauh-jauh ke Segitiga Bermuda. Senjata yang tinggal pada saya sekarang ini hanyalah kesabaran. Saya tahu ini adalah ujian dari Tuhan untuk saya. Jadi saya maafkan Tok hari ini. Tok bernasib baik, " berbuih sedikit mulut Raisuddin M di sebelah kiri dan kanan dengan hujah panjang lebar tersebut. 

Raisuddin M menyetat enjin bot. Deruman enjin bot membawanya ke arah utara. Sasarannya masih sama. Untuk ke Vietnam dan Taiwan. Menuntut ilmu berdagang dan menimba peluang untuk berjaya. Dengan tenang dia bersiul kecil..."End of day...end of day.....end of day...Demi masa....sesungguhnya manusia kerugiiiiiaaaaan". 

Tok Deraman Daun terkedu dan terperanjat berok. Tidak pernah dia berhadapan dengan manusia setenang dan sesabar Raisuddin M. Nafasnya berombak kencang. Dadanya terasa sakit. Sakit yang amat sangat. Tok Deraman Daun rebah. Rebah ke dalam lautan pasifik. 'Cardiac arrest' kata orang putih. 

No comments:

Post a Comment