Tok Deraman Daun - Keris Kundur and The Return of Kerambit Warrior.
Tok Deraman Daun tenang mengasap keris di anjung rumahnya sambil diterangi cahaya matahari berorganik. Amalan mengasap keris dengan kemenyan serta limau dan kemudiannya dibalut dengan kain kuning merupakan amalan khurafat kegemaran beliau. Tok Deraman Daun percaya dengan ritual seperti ini keris tersebut akan memberinya kekebalan bukan kebebalan.
Sebenarnya Tok Deraman Daun masih lagi kecewa. Kecewa kerana bubu, labu sayung dan buah kelapa beliau habis dihanyut ombak lautan pasifik. Dia masih ingat lagi bagaimana ketika dirinya diselamatkan sekumpulan ikan lumba-lumba. Tok Deraman Daun yang ketika itu hampir-hampir mati, bernyawa semula selepas ikan lumba-lumba itu membawanya ke Pulau Lord Howe. Pulau Lord Howe adalah sebuah pulau kecil di Lautan Pasifik 600 kilometer di timur tanah besar Australia.
Di Pulau Lord Howe, Tok Deraman Daun dipertemukan dengan Peter North, Tok Batin pulau tersebut yang sudah 2 penggal mengetuai pentadbiran kerajaan Pulau Lord Howe. Peter North dan orang bawahannya telah berusaha menyelamatkan nyawa Tok Deraman Daun. Dan mereka berjaya.
Selepas 3 purnama, Tok Deraman Daun meminta izin untuk pulang ke Kampung Buaya. Sebelum mereka berpisah...
"Kau amek Keris Kundur ni wahai Tok Deraman Daun. Dahulu ada seorang pendekar yang terkandas sampannya di sini ketika dalam perjalanan menghantar ufti dari Botany Bay ke Pulau Norfolk. Selepas ini kau bukan sahaja dijauhi daripada penyakit barah. Malahan turut menjadi kebal. Tapi ingat...jangan lupa perasap keris ini dengan kemenyan serta limau dan kemudiannya balut dengan kain kuning. Nak lagi mujarab khurafat dia, kau buat malam Jumaat, " Peter North bernada angkuh sambil masih mengekalkan ketegasan beliau dalam berkata-kata.
Tok Deraman Daun hanya mengangguk kepala sebanyak 3 kali. 1, 2, 3...
"Tok!!!! Oooooooooo...Tok!!!", sayup-sayup kedengaran suara Idlan Khozim dari jauh. Seorang kutu yang berwawasan tetapi bermasalah dalam perihal disiplin bangun pagi.
Tok Deraman Daun memandang sinis perubahan mendadak pada penampilan Idlan Khozim. Berjubah labuh dan berserban. Ini kalau bukan syiah, mesti mencandukan agama. Detik Tok Deraman Daun di dalam hati.
"Tok. Marile kita ke mesojid. Ramadhon dah nak dekat ni. Apa kata Tok tinggalkan amalan khurafat Tok tu semua dan kembali ke jalan Allah. Jalan yang di redhoi oleh-Nya."
Tok Deraman Daun tersentak. Mukanya merah padam menahan marah. Dia berdiri dan menjerit ke arah Idlan Khozim yang masih berada di hadapan laman rumahnya. Tangannya masih kuat menggenggam Keris Kundur.
"Kau memang suka buat aku sakit hati ye. Memang ini hobi kau kan? Kalaulah kawan-kawan bomoh aku dengar mesti depa tersinggung dengan kata-kata kau ni. Kau mungkin boleh cakap, 'kenapa nak terasa hati?'. Tapi kau tak tahu ke kami bomoh-bomoh khurafat ni punya hati dan perasaan jugak. Ingat...kerana mulut badan binasa. Kalau kau tak suka dengan kami golongan bomoh ni, janganlah sampai mengutuk kami sesuka hati engkau. Please give respect to others. Janganlah melampau sangat."
Tok Deraman Daun nekad. Dia mahu merodok perut Idlan Khozim dengan Keris Kundurnya. Akibat kerasukan syaitan dan iblis, dia tidak mampu menahan kemarahannya. Tok Deraman Daun berlari memecut laju ke arah Idlan Khozim. Keris Kundur benar-benar hauskan darah.
Idlan Khozim terpana dan kakinya seperti melekat di atas tanah tidak mampu berbuat apa-apa. Kaku. Dia pasrah. Hanya nama Allah sahaja sedang membasahi lidahnya. Matanya turut terpejam rapat sambil tidak henti-henti membaca zikir pelindung diri.
Zaaaaaaaaaaaaaaaaz!!!!!!
Kerambit terbang melayang tepat ke dahi Tok Deraman Daun. Mata orang tua berbadan gempal itu terbeliak naik ke atas. Darah membuak membasahi lamannya. Dalam kiraan 5, Tok Deraman Daun sudah tidak bernafas. 'Sudden Death' kata orang putih.
Samar-samar kelihatan satu susuk tubuh di sebalik cahaya matahari yang berorganik itu. Dari situ muncul Taruddin dengan penuh gaya dan berwawasan.
Dia menghampiri Idlan Khozim.
"Udah-udahle tu..bukak mata kau tu. Aku dah setelkan Tok Deraman Daun." tenang Taruddin berbahasa menyapa sahabat karibnya itu.
Idlan Khozim membuka matanya perlahan-lahan. Satu susuk tubuh yang tidak asing lagi sedang berdiri di hadapannya.
"Taruddin!!!!!," mereka berpelukan kerana sudah 10 tahun tidak bertemu. Lebih kurang 2 minit jugaklah mereka dalam keadaan sebegitu.
Apabila merasakan sesuatu yang lain macam mula terbit, Taruddin pun cepat-cepat melepaskan pelukan tersebut. Lalu bertanya kepada sahabatnya Idlan Khozim.
"Amacam power tak aku buat kambek?"
"Kau memang POWER Taruddin." jawab Idlan Khozim.
"Kah...kah...kah..kau pun apa kurangnya. POWER jugak." puji Taruddin pula.
Begitulah mereka memuji POWER masing sehingga matahari terbenam.
TAMAT.
hahahah..power siot...#prayfordaie Berjaya..hahahah
ReplyDelete