Melayu Memang Juara?
"Aku nak carutkan ajek" - Gambar profil perempuan bertudung dengan suaminya barangkali-
"Lancaulah" - Gambar profil seekor kucing belang yang comel. Cover photo gambar kanak-kanak lelaki berkopiah-
"Dah sah berak tengah jalan lagi tak mengaku" - Gambar profil family lengkap berbaju kebangsaan sedondon. Hari Raya Barangkali-
Di atas ini adalah antara contoh cara luahan perasaan masyarakat Melayu masakini. Melayu jenis celik IT. Tidak kira isu apa, perihal apa. Engkorang pasti akan nampak komen-komen seperti ini.
Tanpa kita sedari hidup kita dikelilingi masyarakat yang kurang civilized, kerana kita juga suka sifat tak civilized tu. Walau bagaimanapun, tanyalah diri sendiri, kalau Rasulullah berhadapan dengan perkara seperti ini, apakah yang dia akan buat? Adakah akan turut memababi buta mengeluarkan kata-kata tanpa menggunakan akal?
Melayu ni, mulut aje sebut "Rasulullah Idolaku" tapi itu ajelah yang dia buat. Amalkan? Engkorang fikirlah sendiri. Masing-masing sudah dewasa dan mempunyai akal yang waras.
Kutuk mengutuk, mengumpat, hina, kata keji, fitnah, dedah dan sebar aib, semuanya dilakukan tanpa diperhatikan terlebih dahulu hukum dan fikir apa hikmah dari segalanya.
Nasihat peribadi aku buat kesekian kalinya. Jika kamu tidak mampu berkata baik, hendaklah kamu diam dan sertakan senyuman semanis tebu.
Memang benar, terlalu banyak hal yang lain lagi yang lebih amat bermanfaat, dan cara yang lebih berkesan, dan bimbang kita telah lupa untuk muhasabah dan lunaskan kewajipan yang banyak dan besar lagi dalam hidup kita.
Marilah sama-sama kita muhasabah diri, tinggalkan sifat dan perangai Melayu klasik ni.
Bimbang kita telah memufliskan diri kita sendiri tanpa sedar.
“Bercakap yang baik-baik lebih baik daripada diam, dan diam itu lebih baik daripada bercakap yang sia-sia. Kerana bercakap yang baik-baik mendatangkan pahala dan bercakap yang sia-sia mendatangkan dosa”.
No comments:
Post a Comment