Woih Like Lah!!!

Wednesday, March 19, 2014

LOST

Hari 1 (8 March 2014) 

Aku mendapat berita LOST selepas terbaca satu post di FB. Terus aku google sendiri bagi nak mengesahkan berita ni. Ya, dan ia memang betol. Dan aku rasa rangkuman hari pertama boleh kita rujuk di sini. (http://www.astroawani.com/news/show/kehilangan-mh370-perkembangan-hari-pertama-31508). Yang paling best adalah melihat reaksi rakyat Malaysia. Ada yang kata 'padan muka'. Tak kurang juga yang menjadikan ia bahan gurauan seperti 'ditelan segitiga bermuda'. Itu bab gurauan. 

Kemudiannya muncul ramai pakar penerbangan. Semua benda hendak dikomen. Dari enjen pesawat membawalah ke ekor kapal terbang. Mereka seolah-olah graduan jurusan kapal terbang walhal sekolah dulu sikit punya 'cerdik'. Kesian juga aku nengok orang macam ni. Aku masih lagi bertenang dengan keadaan ini. Aku cuma jadikan ia sebagai bahan hiburan aku sahaja dan terima pandangan dan komen mereka dengan hati yang terbuka. Bertenang. 

Hari 2 (9 March 2014) 

Rasanya tak manis kalau aku nak cerita pasal operasi menyelamat. Lagi bagus engkorang baca di sini (http://www.astroawani.com/news/show/ringkasan-hari-kedua-misi-mencari-pesawat-mh370-31570). 

Masuk hari kedua aku sudah mula hafal dan kenal wajah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Walaupun update beliau tak power sebab cerita benda yang berulang-ulang. Tapi sekurang-kurangnya lebih elok dari dibiarkan Hasan Malek yang bagi update. 

Di laman maya sudah sibuk manusia bertelagah pasal kapal selam. Benda ni pun aku malas nak cerita. Kau orang boleh baca sini. (http://amanz.my/2014/03/tragedi-mh370-persoalan-penggunaan-teknologi-terkini-dan-menangkis-salah-faham-umum/). 

Begitu ramai pakar penerbagan lahir di laman maya bagaikan cendawan tumbuh. Aku naik risau. Sifat bertenang aku makin terhakis. 

Hari 3 (10 March 2014) 

Pengaruh DVD dan filem banyak menusuk dalam jiwa umat Malaysia. Masing masing gelisah apabila sudah masuk 2 hari LOST. Kau ingat benda ni boleh setel 2 jam ke? 

Gerakan mencari juga makin rancak di hari ke-3 ni. (http://www.astroawani.com/news/show/hari-ketiga-kawasan-mencari-mh370-diperluas-termasuk-daratan-31633). Seluruh negar dipergiatkan dengan Holat Hajat. Hanya kepada ALLAH kita berserah. 

Di samping itu perang di laman maya makin rancak. Aku perhati jek perangai sekor-sekor. Tangan dah menggigil. Mana pulak aku letak kerambit pusaka ni? 

Hari 4 (11 March 2014) 

Sudah mula muncul pelbagai alternatif lain untuk mencari MH370 yang hilang. Solat hajat dan doa merupakan perkara pertama yang dilakukan sejak hari pertama. Namun apabila masuk hari ke-4 sudah ada bomoh-bomoh yang tampil pula. Ibrahim Mat Zin, atau lebih dikenali Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP tiba di KLIA. Bagi aku ia sudah mula lorat. Kalau TV3 pula buat dokumentari pasal ni lagi haru. Ini belum masuk MASTIKA lagi. 

Bagi aku TIADA ISTILAH BOMOH dalam ISLAM. Pelik jugak Jamil Khir diam ajek dalam hal ini. Tapi tak berapa pelik sangat pun lepas aku kaji balik apa yang dia pernah buat sebelum-sebelum ni. 

Tetapi hari ke-4 ini membawa aku untuk mengenali Kapten Norudin Majid. Penampilan pertama beliau di sini (http://www.youtube.com/watch?v=qu-alEFu2zA). Diikuti dengan (http://m.youtube.com/watch?v=t3K57t_PzPE&sns=fb). Aku terkagum dan kehilangan kata-kata. 

Hari 5 (12 March 2014) 

Hari kelima masih buntu. Terkini India pula menyertai misi mencari. Semakin banyak negara luar memasuki perairan negara kita. 

Ada pula nelayan di Terengganu yang terdengar letupan. Percanggahan kenyataan dari PDRM dan macam-macam lagi kisah di hari ke-5 ini. Tapi hari ke-5 ni mengajar erti aku erti kePOWERan bidang matematik dan ramalan sejagat. Ini hasilnya. 

Allah maha kuasa.
MH370 
Kapal mas pertama terhmpas tahun 1977
Kedua 2014
Ditolak 2014-1977 = 37
MH 370 
37 tahun
#MH370
M-Masih
H-Hilang
3-bulan march
7- 7 haribulan
0-x dapat dikesan
Allahurabbi
Dan 1977 tu PM Malaysia Tun Razak, 2014 PM anak dia
YDP Agong pula orang sama 

Dan sebagai tambahan pula: Tahukah anda size kasut ketua pramugara MH370 adalah size 37..Dan dia dah sepuluh tahun kerja dgn MAS? Maka 37×10=370. Tu belum aku keluarkan pengiraan melibatkan hari lahir pemegang passport palsu, bilangan tayar spare part MH370, koordinat ia hilang, bilangan anak lelaki milik penumpang row ke 25 etc. 


Hari 6 (12 March 2014) 

Malaysia dan dunia masih mengharap. Isu bomoh hampir menenggelamkan perihal kapal terbang hilang. Jadik, tanggungjawab umat Malaysia makin bertambah. Selain daripada #PrayFor MH370, kita jugak kena #PrayForBomoh supaya depa ketemu hidayah dan sinar Islam yang sebenarnya. 

Tak banyak benda yang aku nak cerita pada Hari-6 ini. Jerebu makin tebal. Namun harapan makin tipis untuk menjumpai pesawat MH370 dengan selamatnya. 

Hari 7 (13 March 2014) 

Boleh dikatakan hampi 90% masjid di seluruh Malaysia mengadakan solat hajat selepas selesai solat Jumaat. Sudah genap seminggu kehilangan MH370. Aku dah makin sayu ni. Engkorang pulak macam mana? 

No comments:

Post a Comment