Woih Like Lah!!!

Thursday, March 31, 2016

Status Pilihan Mac 2016

Politik Senja

Muhyiden Yassin tak mahu keluar UMNO sebab dia taknak orang cakap begini pada dia..

"Daripada keluar masuk UMNO, lebih baik keluar masuk masjid."

Begitulaaaaaaaaah.


Kendurkan Playboy Itu

"Esok abang nak bangun tidor jam 5 pagi. Tepat 5.30 abang gerak pergi kerja dari rumah. Semayang Subuh dekat masjid," lancar sahaja aku menuturkan setiap perkataan yang muncul dari hujung lidah aku sambil tekak meneguk secara gelojoh air sejuk dari mesin penapis Coway. Musim panas macam gini memang sedap minum air sejuk. Kalau dapat cendol lagi bagus.

Feeza tak mahu kalah. Dia terus bertanya pantas.

"Apehal awal benor? Ada pickup makwe dekat mana-mana ke?"

Ini soalan berbentuk serangan peribadi ni. Aku cuba bertenang dengan menengok perut aku yang semakin membuncit. Aku cuba-cuba cari ibu jari kaki. Tapi tak nampak. Hairan jugak aku dengan fizikal macam gini masih lagi mendapat tuduhan sebegini rupa. Tiba-tiba aku tersenyum merasa bangga diri.

"Mana ada makwe. Abang mana reti makwe-makwe ni semua. Sejak sekolah sampailah sebelum jumpa awak, abang MANA PERNAH ada makwe. Tak retilah benda ni semua. Awaklah satu-satunya makwe abang di muka bumi ini. Awak tak hengat ke dulu awak pernah tanya abang kalau awak menjadi Rosmah, sayalah Birkin-nya," kata aku lagi sambil menggoyang-goyangkan kaki sebelah kiri menahan debor di hati.

"Itu apehal goyang-goyang kaki tu?"

"Lenguh. Nah hambeklah tablet dengan henpon ni. Checklah semua instagram, facebook ke hape...memang takde makwe jururawat pun dalam tu. Abang nak ke depan menengok Uqasha Senrose berlakon. Heh!!!"

Terkebil-kebil Feeza melihat keberanian aku dalam menegakkan kebenaran. Engkau orang lainlah. Masuk jamban berak pun bawak talipon. Takut bini terjumpa gambor Teacher Debra le tuuuuu.

Chelsea
 
Abah aku fans Arsenal. Tapi dia tetap beli majalah Manchester United (sebab masa tu aku rasa agak susah nak dapatkan majalah Arsenal).

Habis pintu dinding bilik aku penuh dengan poster Beckham, Giggs, Neville bersaudara, Peter Schemichael. Aku pulak secara peribadi mengidolakan Zidane dan Henry.

Namun sejak 1996 aku dah menyokong Chelsea atas sebab yang aku sendiri pun kurang jelas. Mungkin barangkali sebab Glenn Hoddle dan Gavin Peacock.

Jujur. - Mungkin ini balasan atas sifat jujur.



Yang ini aku dapat dari kejiranan setempat. Biasalah sebagai manusia kita kadang melencong, bukan semuanya lurus dan masih dalam petak.

Bila dapat nota macam gini, geli usus kechil aku dibuatnya.


VSS

Mahathir kena vss pulak ke?
Berat betol dugaan yang diterima Penyelamat Rakyat ni.


Adenan Satim Mahu Najib Jadi Perdana Menteri Sampai Kiamat

#KekalNajibSampaiKiamat‬
Akhirnya ada pun yang sama pendapat macam aku. Heh!


Kerajaan jimat RM240 juta setahun dengan pembatalan 744 biasiswa luar negara.

Bila takde orang pandai. Senang keje penindas kelak.
Semua akan percaya freemason. Lipat duit pun freemason. Semua salah yahudi.


Selamat Bersemadi Adnan Abu Hassan

Tidak ku duga meeeeeengapa beginiiii
Berakhirlah kisah ciiiiiiinta nan luka
Tamungkin akan bersinar kembali
Tamungkin kau sedariiiiii


Musnah semuaaaaaa jaaaaaanji yang terucap
Dalam senyum menyusuuuk di dada
Dan kiniiiii kau telah pergi
Tinggalku sendiri.....


Memori Keinsafan

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam downline, dalam poket seluar suami mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.


Pegawai Kementerian Belia dan Sukanmenggelapkan wang kira-kira RM100 juta sejak tahun 2010.

Betol kata sang pujangga. Kecik kecik takmau mampos. Dah tua menyusahkan orang.



Tepi semua! AJ nak nyanyi niiiiiieeee..

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby please don't hate me

Love me, love me oh
Love me, love me
Love me, love me oh
Love me, love me ah (ulang sampai mampos)


Malaysia Kedua Paling Banyak Rasuh

Pawer. Kalau main bola nombor dua di belakang Brazil ni boleh jugak tumpang bangga. Ini tidak. Kuat rasuah, main bola pun bodo.
Aku harap ni fitnah palsu yahudi dan freemason dalam mencemarkan nama baik NajibulMukminin...

Semua pun bodo. Sama dengan penyokong engkau jugak. Bodo dedak.

Soltan Power

Engkorang sibuk gadoh sana sini pasal soltan belasah rakyat dengan kayu hokilah, libas dengan kayu golf, bawak kepala lori jalan jalan hirup udara segor, JKR boikot istana dan macam macam hal lagilah.

Jadik orang Melaka jugak rileeeeksss..sekali sekala jek muncul bila orang petik nama Hang Tuah dengan Hang Jebat.


Apa Yang Isteri Ini Buat Akan Memeranjatkan Kamu!!!

Sekarang aku perhati bangsa facebook mula kemarok dengan 'conversation' yang di print screen dari weechat, wasap dan sebagainya. Tanpa mengetahui sumber tu benar atau tidak, depa terus share bagi seluruh bumi menangis mata masuk habuklah, suruh suami jadi sweet romantik dan lain-lain lagi kisah yang menggemparkan kasik leleh punya.

Sebelum benda ni jadik wabak sosial. Baik aku bagitau rahsia sebenarnya semua ini adalah fitnah dajjal. Tapecaya? Engko try nengok bucu henpon yang engko gunakan untuk buat kerja penyebaran berita tu. Ade segitiga di hujungnya. Ia menyerupai piramid dan lambang dajjal.

Padanlah muka.

Kerajaan Tembikai

Hujan lagi pagi ni. Silap silap Raja Bomoh naik ke langit jugak dia ni kang bina kerajaan tembikai


Jumaat Barokah

Hari Jumaat. 15 tahun dulu.

"Kau tepi, kau tepi. Aku nak rebut solat Jumaat saf depaaaaaaan sekali."

"Hah? Kau ingat nanti dekat padang mahsyar nama kau dapat kena panggil dulu ke untuk masuk syurga? Heeeek!"

Masa ni aku terkedu dan terus lepak dekat sungai belakang masjid cari ikan gapi dengan member aku tu.

Baru-baru ini aku dapat info member aku tu sekarang dah jadi ejen freemason. Begitulaaaaah.


Penasihat Petronas

Tak cukup lagik ke duit pencen Pak Lah?


Fasha Sandha habis Iddah

"Abang dapat info Fasha Sandha sudah hampir mahu habis iddah. Heh!"  

Rileeeeks jek aku bagitau Feeza sambil juggling asam jawa yang kemudiannya aku tenduk sendiri masuk tepat ke dalam kuah asam pedas ikan tenggiri yang sedang dimasak. Asam jawa antara elemen penting dalam masakan asam pedas. Kalau nak pawer lagi campur dengan daun kesom. Dari segi khasiat pemakanan pula, daun kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus. Kajian lain menunjukkan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat-sifat antimikrob. Begitulah pawernya daun kesum.

"Banyaklah rusok kiri lelaki yang bergetar skang ni." Feeza juga masih rileeeks menambah rencah pebualan.
 
"Hehe..ye ye..banyaklah kot."
 
"Bergetar takpe. Jangan ada yang patah pulak tulang rusok tu dahlaaa."
Dengan kadar segera aku meloncat ke kiri dan kanan lincah memasak di dapur. Malam itu selain asam pedas ikan tenggiri daun kesom, aku hidangkan jugak pajeri nenas, Nasik Arab bersama Kambing Golek Abu Dhabi, Sayur Goreng Asem Betawi dan air sirap bandung JDT. Harapnya tak patahlah tulang rusok aku.


Kendurkan Playboy Itu II

"Esok abang nak bangun tidor jam 6 pagi. Tepat 6.30 abang gerak pergi kerja dari rumah. Weekend senang sikit kalau ikut paderi dengan lebih cepat. Heh!"

Seperti biasa dengan konfiden aku melafazkan setiap perkataan yang muncul dari mulut aku yang manis macam madu ni.

Feeza merenung aku dari atas ke bawah dengan pandangan yang penuh makrifat. Atas bawah. Renungannya secara tiba-tiba berhenti di tengah-tengah. Dan aku terus tersipu-sipu malu macam Shah Rukh Khan kali pertama kena panahan arjuna Kajol.

"Apehal ikut paderi pulak? Paderi mana ni? Cakap tersasul ni mesti ada bendalah ni nak sorok."

Alamak macam mana boleh tersasul dari federal jadi paderi ni. Aku redho jek. Kali ini aku tadapat nak meloncat ke kiri dan kanan melincah memasak di dapur. Modal tu dah taboleh pakai.

Harapnya dengan tawakal aku ni tak patahlah tulang rusok ni.

No comments:

Post a Comment