Aku sampai di rumah lebih kurang pukul 7.45 pagi, selepas aku bekerja selama 12 jam pada waktu malamnya.
Sesampainya aku di dalam rumah, aku terus mara ke bilik mandi. Mandi lebih kurang ala Rambo. Secara tiba-tiba aku merasakan ada antu berok mata merah cuba mengintai aku yang hendak keluar dari bilik mandi. Aku abaikan. Hanya manusia lemah sahaja yang takut pada hantu. Tetapi mulut aku tetap terkumat-kamit membaca ayatul Kursi.
Keluar sahaja dari bilik mandi aku terus memutarkan mesin basuh automatik untuk membasuh pakaian kotor yang melambak-lambak. Dari kedudukan berdiri yang mapan di sebelah mesin basuh, aku melakukan balik kuang sebanyak 6 kali. Zuuuup..aku samapai di balkoni dan aku mula menyiram pokok-pokok sayuran di ruang yang sempit itu.
Selesai menyiram pokok aku kembali melompat dengan lincah pula ke sinki dapur. Membasuh pinggan mangkuk dan botol susu anak-anak. Lebih kurang 20 minit kemudian baju yang dibasuh pun siap. Aku terus mengampainya dengan tenang sambil humming lagu Menuju Puncak dendangan Pelajar Akademi Fantasia.
"Menuju puncak!!! Gemilang cahaya...lalalala..hummmm...hummmm.."
Siap. Aku duduk di meja makan dan termenung seketika. Dan secara perlahan-lahan air mata aku jatuh berlinangan betol-betol di bucu meja makan tersebut. Sedih pula aku mengenangkan bila ada pihak yang mahu Malaysia melaksanakan masa beberja hanya terhad kepada 6 jam sahaja.
Lemahnya umat Malaysia. Macam mana mahu menghadapi dugaan Dajjal kelak?
Sekarang aku dah lapor. Aku nak keluar cari capatti. Hah!!!
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment