Woih Like Lah!!!

Thursday, May 21, 2015

Brader Berger Tembakau.

Brader Berger Tembakau.

"Bro, berger special ayam biasa satu." Aku memesan dengan tertib sambil aku lontarkan satu pandangan tegas kepada brader pembuat berger tersebut sebagai tanda aku sedang kebulor dan jangan main-main dengan aku.

Lalu aku ambil tempat duduk di atas kerusi plastik tanpa tempat bersandar. Kaki aku silangkan dengan penuh gaya. Mendongak ke langit. Cuba-cuba mencari bintang. Tiada.

"Malam Jumaat yang panas," kata aku di dalam hati.

Tiba-tiba aku terbau wangi. Bercampur aduk dengan bau daging. Aku mula tak sedap hati. Malam Jumaat ni woih!!!

Rupa-rupanya brader berger sedang lincah melompat ke kiri dan ke kanan memasak berger dengan penuh gaya.

Hidung aku terasa damai apabila aroma daging, roti, serbuk hitam dan pelbagai lagi campuran mula mendesir di atas kuali. Aku tersenyum manis. Semanis Fathiya Latiff dalam drama lagho waktu Maghrib. Inilah dinamamakan sebagai nikmat hidup sebenar di Malaysia. Bukan sahaja di dalam mulut. Tepi jalan pun penuh makanan. Kaya nak mampos negara aku ni.

Kedamaian aku dicuri apabila datang seorang lagi mamat entah dari mana turut memesan berger. Selesai memesan dia pun duduk di sebelah aku tanpa menarik keluar pun kerusi yang masih tersusun secara bertingkat -tingkat. Aku abaikan kehadiran beliau kerana dia bukanlah amoi bersiglet dengan seluar pendek yang muncul pada malam Jumaat yang panas ni.

Tiba-tiba brader tu pun mula mengeluarkan sebatang rokok dari kotak putih dan mula mencucuh hujungnya secara gelojoh sambil tangan beliau masih melekat pada telefon. Asap disemburkan dengan selamber hanjeng dan kepulan bergumpal-gumpal itu menusuk tepat ke dalam rongga hidung aku.

Aku tak berapa hairan dengan bau makanan Jin tu. Sebabnya aku dah pernah duduk sebilik dan serumah dengan perokok tegar, penghisap dadah, hisap syabu, hisap gam, hisap payudara (Itu cerita lain, cerita Abang John ni tak ramai yang tahu).

"Kong. Kong. Kong. Kong. Kong." Aku buat-buat batok secara manja tetapi masih ada tegas dihujungnya.

Brader perokok masih tenang menghembus asap dengan matanya tertancap pada skrin telefon. Aku tersenyum sinis. Lalu aku bangun dan berdiri menjauhi beliau. Ke belakang sedikit dengan batok buatan aku masih lagi kedengaran jelas. "Kong. Kong. Kong. Kong. Kong."

Aku mengambil berger yang dipesan dan membayar dengan duit secukupnya. Sebelum berambus aku berjalan melepasi brader perokok tersebut dengan mata aku memandang tepat pada susuknya yang gedempol. Aku merenung dengan penuh kemarahan yang berapi-api.

Sementara itu brader perokok tersebut masih tenang menghembus asap dengan matanya tertancap pada skrin telefon. Babi.


Posted via Blogaway

1 comment: