Woih Like Lah!!!

Wednesday, December 31, 2014

Masihi Bertukar Lagi dan Perihal Lapok Jadik Perhatian.


Masihi Bertukar Lagi dan Perihal Lapok Jadik Perhatian.

Menjelang tamatnya kalendar masihi Tahun 2014, umat Malaysia dikerah untuk menjadi pakai geologi, aviation dan juga kadangkala welfare ministry. Ahlil politik dan ostad google kita tak payah cerita. Bersepah-sepah. Walaupun ini satu tugas yang berat sebenarnya, tapi ia mesti dilakukan demi menjaga hagemoni Tanah Melayu yang begitu harmoni dalam hidup bermasyarat. Tak selesa dengan benda ni semua? Terpulang pada cara masing-masing hendak menapis dan menghadam segala info maha dahsyat ni. Terlalu banyak fitnah disebarkan? Apa mahu dihairankan? Di dada akhbar dan televisyen hari-hari sebar fitnah. Engkorang jugak yang baca. Engkorang jugak yang tonton. Engkorang jugak yang tekan butang share. 1 share 10 doa. Siapa tak share nescaya ketiak hitam selama 10 hari. Jadik aku okay jek sebenarnya dengan penyebaran berita palsu dalam facebook niiiiiii.

Banjir datang menduga. Umat Malaysia sekali lagi membuktikan kita mampu bersatu dan bertelagah dalam masa yang sama. Multitasking kata orang putih. Sesuatu yang sukar dilakukan oleh kebanyakan manusia normal. Beras tempek muka menteri pun jadik hal negara. Bukankah lebih bagus dan senang kita nak mengucapkan terima kasih kepada si pemberi dengan adanya muka sebesor kampit beras mahupun gula? Yang menjadi persoalan aku ialah, kenapa engko tak tempek jek muka engko dekat pampers sekali tu haaaa?
Aku perhatikan ada juga menteri yang melawat kawasan banjir sambil tangan kiri seluk kocek dengan muka berkerut kononnya prihatin. Jari telunjuk tuding sana, tangan kana tunjuk sini. Gosok-gosok hidung sikit tanda ada penyakit resdung. Baju seluar bersih bukan main. Entah istilah 'turun padang' yang mana satu dia guna pun aku kurang pasti. Tapi tak kurang juga ada yang bersungguh benar membantu sehingga sakit-sakit kaki dan berbuih mulut. Semuanya dilakukan dengan penuh dedikasi. Heh!
Masa ni sudah mula kedengaran cakap-cakap di perhentian bas yang semuanya adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan supaya kita patuh pada ajaran Islam. Supaya kita segara laksanakan Hudud. Dan pelbagai supaya lagilah. Yang menjadi kepelikan ialah Tuhan marah apabila bulan Disember sahaja. Dan pada bulan Disember sahajalah ada yang baru terhegeh-hegeh nak ingatkan ajaran Tuhan. Mende ni? 

Tiada yang mengaku dengan kesalahan yang mereka lakukan sendiri. Bila tersebar kegondolan hutan di kawasan teruk terkena banjir, Serambi Mekah masih berdiam durja. Masa ni aku termenung jauh. Negeri yang ditadbir si janggut panjang berjubah putih berseri pun boleh berlaku benda macam ni. Apatah lagik negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional? Terlihat jelas masa depan negara kita semakin malap. Aku pun dah naik penat kutuk BN ni. Aku merasakan BN ni bukan tahap dimaki dan dikeji lagi. Tetapi lebih kepada dibuat kajian dan arkibkan ke dalam muzium. Benda ni jugak aku rasa patut dilakukan kepada PR. Dua-dua pasokan ni boleh pergi mereput. Tak berguna. Kepada pengampu-pengampu mereka pun boleh pergi mereput. 

Sementara itu, aku difahamkan Maybank ada menangguhkan bayaran ansuran pinjaman kepada mangsa banjir. Tetapi aku tak nampak benda yang sama dilakukan oleh  ASTRO dan TM. Kenapa aku pilih dua entiti ni sahaja untuk mencari pasal? Sebab mereka adalah monopoli hanjeng dalam bidang ni. Tak adakah rebat atau pengecualian bil sepanjang lebih seminggu terlibat dengan bencana banjir? Kalau ada, sila bagitau aku. Tak perlu aku sebut kerosakan yang telah berlaku sebab kita semua sedia maklum apa yang telah terjadi. Aku dah tanya ASTRO. Tapi sehingga saat ini aku masih terkebil-kebil menunggu jawapan mereka. TM? Aku dah malas nak amek tahu pasal diorang. Lantak engkolah TM. 

Aku juga mendapat info akan ada majlis selawat dengan tajaan bernilai RM200K sempena Tahun Baru Masihi 2015. Sekali lagi aku terkebil-kebil sambil duduk meneran. Mungkin kita perlu membayar harga yang mahal untuk berselawat bersama Habib. Walhal kalau berselawat dengan imam tua di surau dan kampung masing-masing semuanya adalah percuma. Cumanya takdelah siaran langsung ataupun masuk YouTube. Penyudahnya aku tertanya-tanya apakah perasaan Rasulullah jika Baginda tahu wang sejumlah itu digunakan untuk berselawat ke atasnya? Jika ada tertulis dalam Al-Quran atau hadis yang membolehkan kita berbuat demikian, macam biasa sila bagitau aku ye. 

Dan akhir sekali ialah aku diberitahu sambutan NEW YEAR COUNTDOWN 2015 still on dekat KLCC. Waaaahhh...Nak kena mabok sampai merah mata ke macam mane ni? Boleh tahan layan jugak ni. Apa nak dirisaukan? KLCC mana boleh tenggelam sebab banjir. Lagipun untuk pelancongan semua boleh jadik HALAL. Alaaaah....Macam yang aku pernah cakap selalu. TANGGUNG RUGI kan lagi perit daripada TANGGUNG DOSA. Ye tak?

No comments:

Post a Comment