Sukan di Malaysia ni aku nengok makin nazak. Badminton kalah dengan Jepun. Hoki kena main dengan Trinidad Tobago. Takraw kena ayam dengan Korea. Bola sepak? Haaaaaaaaaa...lagi jahanam.
Melingkup dan terus melingkup. Aku rasa MOM/KBS/MSN boleh tutup terus mana-mana sukan yang memang dah jelas takde harapan dan lebih kerap bagi malu. Tinggalkan satu dua sukan yang betol-betol boleh bagi saingan di peringkat antarabangsa.
Sebagai seorang yang takde pendidikan dalam bidang sukan, aku bagi satu contoh yang agak bodoh, tapi cara mudah untuk kita dapatkan banyak pingat dalam satu-satu kejohanan.
Katakan engko fokus pada sukan badminton dan basikal sahaja. Dalam 2 jenis sokan ni kita boleh kaut 10 emas (lebih kuranglaaaa untuk satu kejohanan macam Sukan Sea. Komanwel, Asia). Jadikan kita POWER dalam 2 jenis sukan ni untuk tempoh 10 tahun. Lepas tu katakan selepas 10 tahun kita pulun, kita berjaya kaut 10 emas pada temasya sukan Asia 2026. Kemudian tambah lagi 2 acara, kasik POWER jugak dalam tempoh yang sama. Yang dah sediakala POWER tu engko menten jela. Takkan itu pun tak reti. Dan seterusnya teruskan cara paling bodoh ni sehingga kiamat.
Apa macam? Engko nak guna idea rongak macam gini? Atau sedia tanggung malu setiap kali negara Malasyia main sokan? Ingaaat...semua benda ni melibatkan duit. Duit siapa? Ko seluk poket seluor sebelah kiri tu. Ko seluk!!!
Nota: Aku dapat idea rongak ni masa nengok member aku makan Kuey Tiaw Goreng. Apa bende yang susah sangat ni?
No comments:
Post a Comment