Woih Like Lah!!!

Friday, August 29, 2014

Menyambut Kemerdekaan Dengan Kehadiran Akademi Fantasia Yang Penuh Barokah




Menyambut Kemerdekaan Dengan Kehadiran Akademi Fantasia Yang Penuh Barokah 

KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), telah diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Doubletree By Hilton di sini pada Khamis. 

"Agak mencabar juga mahu mencari 12 pelajar yang terbaik. Banyak saringan yang perlu dilakukan.
 
"Alhamdulillah, pihak kami memilih pelajar daripada pelbagai latar belakang selain mempunyai bakat yang berbeza," katanya pada majlis pelancaran tersebut.
 
                                                   --------------------------------------------------

1. Melayu Memang 'Super Freak' Dengan Agenda Yahudi.
 
Adakah anda tahu Akademi Fantasia itu haram?
 
Eh, ye ke haram? Mana ada haram. Setakat budak-budak menyanyi duduk serumah sekelas menari bersama, berlatih bersama..apa yang haramnya? Diorang bukannya buat maksiat pun dalam tu. Semua sekadar belajar menyanyi. 

Melayu selalu takut dengan penyebaran agenda Yahudi dan Freemason. Takut yang takan ada kesudahannya. Sedangkan Melayu itu sendiri lupa mereka begitu leka mentaati corak hidup yang boleh menghakis akidah. 

Konsert-konsert JomHeboh, konsert selepas perlumbaan F1, majalah Mangga, disko-disko yang berlambak dekat KL ni, pemimpin-pemimpin Islam yang menghina agama diorang sendiri, MTV serta Channel V, filem-filem komedi romantik, seram, aksi Melayu, dan pelakon Melayu yang menghalalkan sentuhan bukan muhrim kerana mencari rezeki. 

Ini semua engko mahu gelar apa? Gerakan Penyebaran Islam? 

Pada aku, takde bezanya agenda Yahudi dengan Akademi Fantasia. Tapi sebab Akademi Fantasia adalah produk untuk orang Melayu (dari orang Melayu kepada orang Melayu). Jadi, ada antara kita yang mampu pejam sebelah mata ssambil menghantar SMS AFUNDI. Ada jugak yang ketagih kalau tak dapat menonton diari dan konsert mingguan. Apa yang lebih menyedihkan, golongan-golongan pengamal tegar Akademi Fantasia inilah yang akan jadi orang pertama tekan butang share dekat facebook kalau berkenaan dengan boikot barangan Yahudi. 

Eh, bila Akademi Fantasia ni nak habis? Apa benda yang best sangat pasal AF ni? 


2. Berfantasilah Wahai Anak Mude. 

Memang bila seseorang itu ingin jadi terkenal, diorang akan sanggup buat tak peduli dengan pandangan masyarakat, tak peduli langsung dengan pandangan orang sekeliling dia. Sebab itulah wujudnya program realiti TV semacam Akademi Fantasia ni dekat Malaysia. Tujuan dia tak lain tak bukan adalah untuk membuatkan orang-orang yang tak sedar diri ni rasa diri mereka dihargai dan membuatkan orang yang tengok tu wish diorang adalah mereka yang di kaca TV tu. 

Kita suka lari daripada realiti. Sebab tu kita ada banyak rancangan realiti TV. Nak membuatkan ramai manusia tak kenal mana satu realiti, mana satu fantasi. Duit buat perabis SMS AFUNDI tak rasa membazir. Benda-benda lain banyak pulak fikir berjimatnya. Kenapa dipanggil rancangan realiti kalau tujuan sebenar nak buat rakyat hidup dalam fantasi? 

Yang aku tak faham sampai sekarang ni pasal apa Kim Kardashian pun perlu ada realiti TV? Tak cukup popular ke dengan video itu hari? Heh!! 

3. Bantah Secara Menyeluruh, Janga Separuh-separuh. 

Dulu ada orang PAS dan badan-badan NGO yang bantah konsert Rihanna, Avril Lavigne, Beyonce, Elton John, Jennifer Lopez dan terkini Mariah Carey. Ramai jugak yang kutuk kata tak open minded dan itu adalah hak individu. Majoriti yang mengutuk ni tak sedar ke Akademi Fantasia dan konsert-konsert ni haram? 

Tapi bantah sahajalah yang boleh dibuat. Pada penghujungnya konsert tetap jugak berjalan sebab nak selamatkan poket-poket orang tertentu yang dah berabis banyak duit rakyat untuk bawak masuk artis-artis ni. 

Eh? Bukankah kita ni negara Islam? Ape hal bawak masuk bentuk hiburan macam gini? 

Aku tanya engko balik. Tang mana Islamnya negara Malaysia? Cukupkah sekadar lambang bulan bintang atas Jalur Gemilang? 


4. Kau Selalu Laungkan Pembentukan Masyarakat. Macam mane tu? 

Apapun, bagi aku program-program realiti sebegini kalau dihentikan terus lebih berfaedah, sebab ianya tidak bersifat mendidik masyarakat melainkan hiburan kosong yang hanya menjanjikan fantasi dan menggalakkan orang melayu berangan dan dan terus berangan.  Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan remaja. Hiburan yang bersifat mendidik akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara positif. 

Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang bersifat hendonistik semata-mata, ia akan mendorong golongan muda untuk bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata. 


5. Kau Merungut Tapi Kau Langgan.
 
Astro adalah mastermind dalam hal ini. Mereka berjaya melalaikan Melayu dengan cukup sempurna.

Bagaimana kita boleh jadi masyarakat yang gemar berbelanja walhal sebenarnya kita tak mampu? Pelik bukan? BR1M kita ambik sebab layak tapi pakej Mustika Astro ada dekat rumah supaya senang nak nengok Akademi Fantasia. Padahal kalau kau layak ambik BR1M. Manakala Astro itu sendiri adalah satu bentuk kemewahan yang expensive untuk kau. Hairan betol aku. 

Nota tambahan : Jangan lupa saksikan diari AF minggu hadapan untuk mengetahui apakah yang Cikgu Fatimah sedang sembangkan di dalam gambor di atas. Ingat...bukan mudah menyusun tanggaaaa ke angkasaaaaa...uuuuyeeeaaaah!!!!!

1 comment:

  1. hahahaha..power..meh sambung bukan mudah mencapai mimpi jd reality...kah..kah...cam hareeemmmmm...f332z..

    ReplyDelete