Raisuddin M - Susur Keretapi Malam.
Raisuddin M sangat kecewa. Kecewa dengan individu yang kejap-kejap dipanggil 'Nyonya'. Kejap-kejap digelar pelancong Korea. Dia jadi buntu.
Menurut satu kumpulan wasap yang Raisuddin M turut serta, individu ini memakai ayat Surah Al-Fatihah pada bajunya. Adakah kita sebagai umat Islam dapat membenarkan perkara ini berlaku? Sudah banyak insiden yang puak-puak ini mencabar kesucian agama Islam antaranya mendesak orang Kristian menggunakan kalimah Allah, mendesak kerajaan membenarkan bible-injil dalam Bahasa Melayu, menghina agama Islam dalam laman sosial seperti facebook, twitter dan blog.
Persoalan dalam kepala otak Raisuddin M sekarang, adakah kita sebagai majoriti di negara ini okay jika agama kita dihina sebegini rupa?
Raisuddin M masih ingat lagi kejadian beberapa hari sebelumnya apabila rakyat Malaysia bersatu hati menghina Kiki Kamaruddin 'hanya' kerana beliau mengamuk dengan seorang pakcik tua dalam satu kemalangan kereta.
Adakah kita akan berdiam bila agama kita dihina oleh orang bukan Islam?
Sekali lagi Raisuddin M jadi buntu. Dia melompat dari katilnya. Melakukan 2 kali balik kuang sambil mencapai kunci moto EX5-nya yang tergantung di atas dinding sebelah pintu biliknya yang terhias rapi poster Metallica tahun 1992. Raisuddin M nekad mahu ke Bahau malam ini jugak dengan menaiki keretapi.
Ketika di atas motor. Raisuddin M masih lagi berfikir tentang agama Islam yang dihina oleh orang bukan Islam. Biasanya dengan pantas tindakan akan dilakukan oleh badan berwajib. Baju dirampas, lesen perniagaan disita dan pelbagai lagi denda dikenakan. Tetapi bagaimana pula sekiranya agam Islam ini dihina oleh mereka yang tulen Islamnya? Lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesucian agama ini?
Dua minggu lepas ketika Raisuddin M melepak hisap rokok di tepi tembok sambil melayan lagu Cindai dengan gitar ibanez akustikya, dia didatangi oleh seorang jurujual berkopiah yang menjual air yang telah dijampi dengan pelbagai jenis doa. Apabila Raisuddin M pasti malam itu bukan masanya untuk Malam Lailatul Qadar, habis patah 3 rusuk si penjual itu diterajangnya. Air jampi tu pula selamat dibancuh dengan sirap. Lalu terhasilnya air Sirap Limau Ais. Selepas meneguk air jampi tersebut. Tak pula Raisuddin M terasa seperti meningkat IQ-nya. Sifir sembilan masih terkial-kial hujung lidah beliau. Rukun negara apatah lagi.
Raisuddin M menjadi semakin buntu. Ketika ini masih ada Permaisuri Sultan di beberapa buah negeri yang tidak memakai tudung. Tiada siapa mahu tegur ke? Bukankah suruhan menutup aurat itu terkandung di dalam Al-Quran yang suci? Kitab yang kita semua Agungkan?
Raisuddin M percaya masih ada anak Sultan yang minum arak. Di mana pula pejuang ketuanan Melayu? Adakah mereka keliru antara kepentingan Melayu dan Islam? Aaaaaaahhhh....Raisuddin M lagik bertambah buntu.
Kalau ada kabinet arak dalam Istana pula? Mana pula pergi Mufti negeri? Sibuk mengira duit zakat barangkali. Raisuddin M cuba bersifat husnuzon di situ.
Lebih kurang 15 minit pemanduan motorsikal pada kadar kelajuan mencecah 150 kilometer sejam, Raisuddin M sampai di stesen keretapi dan terus membeli tiket untuk ke Bahau. Mujur ada lagi.
Masuk dalam gerabak, Raisuddin M duduk menyandar tanpa mempedulikan manusia disekelilingnya.
"Abang....nak kacang pistachio tak?"
Susah Raisuddin M hendak membayangkan bahawa dia mampu berjumpa Malam Lailatul Qadar apabila makwe di sebelah yang mempelawanya kacang pistachio hanya memakai short dengan singlet ajek.
Perjalanan ke Bahau sudah pasti akan menjadi seperti adegan lagu Chaiya Chaiya dalam filem Dil Se.
TAMAT ke...atau kena bersambung?
Agak...nak balik kmpung k si Raisuuddin M tu..cer kabo...hahahaha..F332a
ReplyDelete