Pada suatu pagi yang sejuk selepas hujan di Warong Nasik Lemak Janda Lopa.
"Amacam makwe Perancis depan rumah kau tu?" tanya Idlan Khozim kepada Taruddin.
Taruddin hanya tersenyum nipis sambil berhati-hati menuang air milo panas di dalam piring. Cekodok udang panas dipegangnya berlapikkan kertas surat khabar. Kurang sikit panasnya di jari.
"Kau dah dapat nama dia ke belum?" sambung Idlan Khozim lagi.
Taruddin senyum nipis sekali lagi. Piring berisi milo ditariknya sampai ke buju meja. Kemudian air milo itu dihirupnya perlahan-lahan macam kucing.
Idlan Khozim diam memerhatikan Taruddin. Tiba-tiba Taruddin turut diam selepas hirupan terakhir. Wajahnya kelat. Mengimbau kenangannya terserempak dengan Nathalie Durand ketika di pasar malam.
*******
Taruddin berjalan deras menyusuri laluan yang di kiri kanannya dipenuhi warga emas yang duduk bersila di atas karung guni menjual lada kecil, jering, kerdas, asam keping, gula kabung dan serai bagai sehinggalah sampai ke kawasan gerai kuih-muih. Di kawasan kuih-muih inilah yang selalunya paling sesak. Cuma yang baiknya sesak di sini boleh mencuci mata.

“Bagi saya seringgit, mak cik.”
Mak cik kuih sopang yang sibuk membalik-balikkan kuih sopang di dalam kukusnya hanya mengangguk sekali. Masih ada dua tiga pelanggan yang menunggu sambil merenung kukusan. Menyedari gilirannya tidak begitu cepat dan memikirkan bahawa merenung kukusan denga muka yang tegas boleh menyebabkan mak cik kuih sopang berasa tertekan, Taruddin meliarkan matanya memandang sekeliling.
Sepuluh saat pertama tiada apa yang menarik perhatian Taruddin, namun selepas itu tiba-tiba pandangannya terhenti pada sekujur tubuh yang menawan dan mendenyutkan. Tubuh yang berdiri dengan gaya berat disokong lebih oleh kaki kiri berbanding kaki kanan itu sedang membeli kuih seri muka. Serentak dengan itu sebuah lagu cinta dari Sheila Hamzah berkumandang masuk secara latar belakang.
Nathalie Durand seorang gadis Perancis yang berjiran dengannya. Dia anak tunggal yang tinggal dengan ibunya, seorang peguam. Rumah mereka betul-betul bertentangan dengan rumah Taruddin. Dahulu setiap pagi gadis ini gemar bersidai di balkoni rumahnya sambil melayan rokok sebatang dua.
“Dia masih seperti pari-pari,” hati kecil Taruddin berbisik.
Sebenarnya Taruddin sudah begitu lama tidak terlihat Nathalie Durand di balkoni rumahnya. Boleh kata hampir dua atau tiga hari juga.
“Nah!”
Suara mak cik kuih sopang yang parau mengejutkan Taruddin. Taruddin kucar-kacir mencari duit di dalam kocek seluarnya.
“Amboi sibuk ke makwe sampai lupa duit letak di mana,” seloroh mak cik kuih sopang.
Taruddin tersengih lalu cepat-cepat menghulurkan wang kertas seringgit. Sambil dia beredar dari gerai mak cik kuih sopang itu, dia berpaling semula ke arah gerai kuih seri muka. Taruddin hampa. Tempat Nathalie Durand berdiri tadi kini berganti dengan tubuh seorang polis berperut buncit berpangkat inspektor.
Nathalie Durand hilang lagi....
No comments:
Post a Comment