Riak, Ujub dan Takbur.
Taruddin sudah selamat berkahwin. Segala benda yang dia risaukan tempohari telah berjaya diharungi dengan mantap dan steady. Mengalahkan Petr North khabarnya. Kini dia tidak sekusut dahulu lagi. Seperti biasa juga beliau tidak pernah jemu untuk melepak dengan aku. Apa keistimewaan yang ada pada aku pun tak tahu. Nak kata funny, takdelah sangat.

"Okay, aku jumpa kau dekat mamak Ayza macam biasa tengahari ini" - ringkas SMS yang aku terima dari Taruddin.
Aku tersenyum.
Gaya Taruddin menulis sms juga dah bersesuaian dengan statusnya yang kini sudah berkahwin. Lebih menampakkan kematangan dari segi ejaan dan penggunaan tatabahasanya. Kalau sebelum kahwin dulu...
"hOkay jpe au kt mmk Ayza cam bese tghari niew" - serupa GAMPANG punya bahasa.
Sampai di kedai mamak, kami memilih meja tepi yang dapat memandang terus ke arah televisyen. Kebetulan televisyen sedang menayangkan drama TV3 yang berkonsepkan kekeluargaan merepek dan perebutan peniagaan serta harta pusaka. Klise. Tapi drama klise macam inilah yang buat umat manusia lebih redha memenuhi ruang tamu rumah berbanding surau dan masjid.
Sekali imbas aku tengok hero dia punyalah perlahan bercakap. Tak dengar sepatah langsung butir perkataan yang dari mulutnya. Geng makwe gedik kata lelaki macam ni 'soft spoken'. Ini pun serupa gampang.
Perhatian aku pada drama TV3 yang memaparkan heronya memegang watak Daniel Zafriel Ierham Fakrullah Adrian Benjamin terganggu apabila Taruddin mula berbicara.

"Kau tahu, semalam aku baru jek hadiahkan wife aku 3 jenis handbag. Louis Vuitton, Channel dengan Prada. Bagi aku 'harga dia ok' ajek.
"Kau pakai tunai ke kredit kad?" - Satu soalan maut separa padu dari aku. Almaklumlah aku tahu sangat gaji dia sebulan cuma lebih kurang RM2 ribu bersih lepas tolak EPF dengan hutang kereta sekali.
Kali ni aku nampak muka Taruddin berubah sikit. Dia tidak menjawab terus soalan aku tadi. Mungkin dia tak selesa dengan soalan aku. Lalu Taruddin mengalih pandangannya melihat makwe seksi yang duduk di meja sebelah. Mungkin dia nak tengok peha putih makwe dekat sebelah ni. Cilaka jugak Taruddin ni. Inai masih merah di jari, kau pulak dah mula pandai nak menggatal.
Lahanat lama betul Taruddin usha makwe tu!
Ketika ini aku juga turut terpengaruh memerhatikan makwe berkenaan. Namun cukup hanya sekadar menggunakan ekor mata sahaja. Bila tersedar dari hambatan dosa, aku pantas beristighfar dan mengurut dada sendiri. Nasib baik aku gunakan ekor mata, jadi takdelah berapa nampak sangat.
Taruddin masih lagi tidak menjawab soalan pertama aku. Kini dia kelihatan sudah bersedia hendak membuat kenyataan kedua pula. Dengan wajah jujur, dilimpahi keikhlasan, sambil mata menjeling manja ke amoi pakai baju body-fit di meja sebelah lain pula, Taruddin pun bersuara.
"Aku ingat nak buat "Haji back-to-back" lah nanti mulai tahun depan. Kalau dapat buat marathon setiap tahun pun lagi bagus."
Sekali lagi Taruddin berjaya menghidupkan sisi jahat aku. Tanpa membuang masa, aku terus simbah kepala Taruddin dengan teh tarik panas sebab suka membohong macam ahli politik.
"Taruddin...Aku tahu niat pergi Haji kau tu suci. Tapi sebelum kau kena sambar petir dekat Mekah sebab perangai riak kau ni, adalah lebih baik kau rasa kepanasan tek tarik mamak ni dahulu."
Sekali lagi aku tinggalkan Taruddin terkebil-kebil seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.
TAMAT

No comments:
Post a Comment