Woih Like Lah!!!

Tuesday, September 30, 2014

Syrik

Syirik

Suatu petang yang damai ketika Joe Merpati dan Rizky Hamdy sedang ghalit melakukan persediaan menyambut Aidiladha.

"Apa yang engko pakai dekat leher engko tu Joe Merpati?" Tanya Rizky Hamdy sambil tangannya pantas menganyam ketupat.

"Inilah tangkal penunduk buaye engko tahu? Aku ada macam-macam tangkal lagi dekat rumah tu. Tangkal penunduk makwe Pan Asia, tangkal pelaris, tangkal penunduk Siti Saleha dan bermacam-macam lagi tangkal syirik yang aku ada. Heh!! Engko ade?" Panjang lebar si Joe Merpati menjelaskan hujahnya dengan senyuman bingai tidak lekang dari bibir beliau.

Rizky Hamdy yang sedang asyik menyumbat beras ke dalam kelongsong ketupat terus berhenti daripada melakukan kerja tersebut. Dia berdiri dan melompat setinggi 50 meter dan mendarat ampuh di dahan jambu. Dipetiknya 5 biji jambu lalu dibaling terus tepat ke kepala Joe Merpati. 1,2,3,4,5. Rizky Hamdy kemudiannya kembali melompat kemas di atas pangkin. Dia menarik nafas panjang lalu berkata.

"Adapun syirik itu ertinya adalah mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain atau dalam lain perkataannya ialah menduakan-Nya. Syirik termasuk di dalam perkara-perkara yang membatalkan iman ko tau tak? Engko punyer syirik ni dalam kategori mempersekutukan Allah secara terang-terangan. Engko percaya kepada tangkal yang kononnya boleh membawa berkat. Ko dah mabok ketum ke hape?"


Rizky Hamdy masih tidak berpuas hati dan terus berceramah panjang.

"Allah berfirman dalam surah an-Nisa, ayat 48 yang bermaksud, sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa selain itu bagi orang yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang syirik kepada Allah, maka sesungguhnya mereka sudah melakukan dosa sangat besar."

Joe Merpati hanya tertunduk lemah. Tidak mengiyakan atau menafikan kenyataan Rizky Hamdy. Dia melangkah longlai sambil bayangnya hilang di sebalik asap bakor sampah secara terbuka oleh Lebai Seman, jiran Rizky Hamdy.

3 bulan selepas itu Joe Merpati dilantik sebagai Ketua Pemuda Mandi Mayat dan Solat Jenazah, AJK Persatuan Penyembelihan Haiwan Korban dan Aqiqah serta Juri Tetap Pencarian Imam Cilik Peringkat Daerah Kampung Buaya. Fuuuhhh...

Sunday, September 28, 2014

Maaf Andai Aku Bukan Abang Senior Yang Sempurna.

Maaf Andai Aku Bukan Abang Senior Yang Sempurna.

Seorang makwe junior BMI masuk kerja dekat tempat aku mencari rezeki. Bila aku bagitau dia aku pun dari BMI, dia dengan pantas kata...

"Ooooo...patutlah macam pernah nampak"

Daripada kedudukan duduk yang sangat sedap aku bangun lalu memberi satu pandangan yang tajam dan senyuman yang manis. Aku bangun dengan cara yang sangat sopan sebab aku lelaki yang matang. Aku keluarkan wang kertas kaler ungu dari poket seluar kerja aku sebelah kanan dan aku berikan pada dia.

"Wahai anak mude..amek duit ni dan bergembiralah"

Nota: Masa budak ni masuk BMI, aku dah pun keluor dari BMI. Entah masa bila dia nampak muka aku pun aku tak tahu.

Friday, September 5, 2014

Abang '84 Arrogant Cilake Itu Perentas Masa dan Bukan Suami Aku Pun.

10:00 Pagi - National Mall Washington, D.C.

Tenang dan mendamaikan. Rizky Hamdy benar-benar menikmati suasana itu. Dari jauh kelihatan Kapten Amerika sedang berlari kencang.

"Sebelah kiri engko. Jaga-jaga sebelah kiri engko woih."

Meluat Rizky Hamdy melihat perangai  Kapten Amerika. Setiap pagi dia mesti nak show-off. Mengikut perkiraan Rizky Hamdy pagi ini sahaja  Kapten Amerika sudah menyelesaikan larian sejauh 20 kilometer hanya dalam masa 30 minit. Heh!! Show off nak mampos!!!

Sambil Rizky Hamdy termenung melihat gelagat orang Amerika yang entah mende, tangannya ligat mengetuk-ngetuk kulit buku Hikayat Tok Kenali yang kebetulan tadi sedang dibacanya dengan tekun. Dia mengetuk mengikut rentak irama "Cinta Muka Buku" yang tidak semena-mena berkumandang di cuping telinganya.

"Bodoh punya lagu....dah 2 tahun aku tinggalkan Malaysia pun engko sibuk nak kacau aku," bisik Rizky Hamdy yang juga pernah menjadi mangsa blind date melalui Facebook sebanyak dua kali sebelum dia berhijrah ke Amerika.

"Assalammualaikum awak"

Sapaan Rose Rubiah menamatkan caci maki Rizky Hamdy di dalam hati. Ya Rabbi....punyelah hijabista Rose Rubiah pagi ini. Di mata Rizky Hamdy, segala hijabista stailista yang  Rose Rubiah gayakan adalah sempurna di matanya. Rose Rubiah mengenakan loose blouse kaler hijau katak beracun dengan Palazzo corak harimau tigris. Shawl kaler pelangi stail pashmina pula menjadi pilihan di kepalanya. Baju dah, seluar dah, shawl dah. Jadi sekarang kasut dengan beg pulak kan? Kahkahkah..cilake.

Beg yang Rose Rubiah bimbit adalah yang jenis tiruan punya. Tapi cukup elegan. Manakala di kakinya tersarung flatshoe yang jenis senang nak cabut lari kalau-kalau Rizky Hamdy mula buat perangai setan. Aksesori tambahan pula rantai labuh panjang serupa rantai basikal , bangle, charm bracelet Tiffany dan cincin penuh di semua jari. Sekali imbas macam pokok krismas bergerak. Ya, pokok krismas teletubies yang bergerak sebenarnya.

"Awaaaak..apesal ternganga? Tutuple mulot awak tuuue...Nah saya bawakan sandwich budu dengan teh tarik. Makanlah.." Lemah lembut tutur bahasa si Rose Rubiah mengalahkan Tori Black.

"Rose..saya nak cakap satu benda ni. Jaga-jaga ek...."

"Apa dia?"

"Jika kamu merupakan 'ad' di Youtube, aku rela tidak memilih 'skip ad', asalkan dapat melihat kamu hingga ke hujung waktu"

Rose Rubiah menjadi malu-malu tidak keruan. Mukanya merah padam.

"Awaaaaak...walaupun muka awak merah. Merah membara lagi cinta saya kepada awak"

Sekali lagi Rose Rubiah terkesima dengan ayat-ayat pujian gampang dari Rizky Hamdy.

"Gedegang!!!!!!!"

Tiba-tiba kilat beserta cahaya yang terang benderang berlaku di hadapan mereka berdua. Asap berkepul-kepul memenuhi ruang tempat mereka duduk. Dari kepulan asap tebal itu kelihatan satu susuk kereta DeLorean. Kemudian muncul pula seorang anak muda yang kacak bergaya berpenampilan pelik tapi penuh ceria. Anak muda itu pantas berlari mendapatkan Rizky Hamdy.

"Rizky Hamdy, engko kena ikut aku sekarang"

"Pegi maneee leeee?"

"Ke tahun 2058"

"Apehal?"

"Engko diperlukan untuk selamatkan dunia"

"Hekeleeeh...pasal ape aku pulak?"

"Sebab engko adalah Tuan Presiden Amerika  Syarikat yang ke-55"

"Apa????? Apa dah jadi dengan Amerika? Apa yang loghat sangat sampai pilih Presiden bukan kalangan rakyatnya? Aarrrrrrrrrrrrrrhhhhhhhhhhhhh..."

Kepala Rizky Hamdy terasa berdenyut-denyut lalu dia pengsan.

..........tamat buat masa ini.......