Hari ini mendapat khabar gumbira bahawanya Hadri Junior akan menjengah dunia pada bulan November kelak. Alhamdulillah..
Woih Like Lah!!!
Friday, June 28, 2013
Friday, June 14, 2013
Nadir Bumi
Semalam masa aku tengah kushuk tawaduk buat kerja, tiba-tiba henset aku berbunyi tanda pesanan ringkas masuk. Aku tengok nama wife aku yang keluar.
"Abang, minggu ni ingat nak beli pasula..Nak tanam bunga, pokok-pokok dengan hasya. Barulah dia tak stress duduk rumah. Lepas tu nak beli ikan jugak nak letak dalam balang.."
"Okeh boleh"
Pendek sahaja aku jawab. Dalam hati aku "Rumah tingkat 18 ni celah mana pulak nak bercucuk tanam. Projek nadir bumi apakah ini?" Berkerut aku memikirkan cabaran yang bakal mendatang.
Beriyani Gam Ganja
Beriyani gam ganja ni lebih berkesan kalau kita makan dia dengan lauk kambing. Ya hanya kambing sudah mencukupi. Tidak perlu yang lain. Dia punya naik nafsu lain macam. Kalau ada objek merah melintas depan mata selepas kita selesai menyantap hidangan tersebut, sudah pasti objek itu akan disondol tanpa rasa ragu.
Ini adalah satu lagi contoh kehebatan orang Johor. Merevolusikan nasik beriyani sehingga ke tahap tertinggi dan dipandang mulia oleh generasi dulu, kini dan selamanya.
Songsang Sing A Song
Aku terpaksa buat blog baru untuk mengasingkan dari blog lama aku yang dah penuh dengan cerita bola. Tidak manis pulak kalau bercampur aduk bukan muhrim ni.
Masa terciptanya blog ni, tiba-tiba blue screen PC aku. Adakah ini petanda satu lagi gegaran SAKAI akan berlaku?
Subscribe to:
Posts (Atom)