Matahari panas mencanak betol betol di atas kepala. Lagak padang mahsyar bagi mereka yang kurang amalannya.
Teh ais dihirup laju oleh Mahali. Begitu juga dengan sahabatnya Buyong. Mereka berdua rakus menghirup teh ais yang dikatakan paling sedap di Tangkak.
"Kau ingat macam mana kau 'matang' dulu?" Buyong tiba tiba bertanya kepada Mahali.
Mahali melepaskan satu pandangan jauh. Keningnya yang Elfira Loy berkerut seribu. Ingatannya terimbas pada zaman dahulu.
1999.
"Aku ada filem sedap ni. Sengaja aku bawak bekal dari rumah sebelum kita sampai sini tadi. Lagipun dekat rumah kau ni tak ada orang. Layaaaaan," kata Leman kepada Mahali sambil dihulurkan VCD tanpa tajuk.
Mereka terus memasang CD tersebut tanpa berlengah. Filem bermula dengan kelibat seorang lelaki bercawat tergaru sana, tergaru sini. Tiba tiba muncul seorang wanita. Mahali jadi berdebar. Aksi lelaki dan wanita di dalam skrin itu membuatkan jantung Mahali berdegup kencang. Matanya berpinar. Seraya itu juga kepalanya menjadi pusing dan pening lalu pengsan.
Boooom!
Meja makan ditumbuk Buyong.
"Woi Mahali, kau ingat tak macam mana kau 'matang' dulu?" Buyong tiba tiba bertanya kepada Mahali.
Mahali menjawab dengan senyuman manja..
"Tarzan-X."
Otak Si Kelabu Asap
Sakai - Hebat - Belacan
Woih Like Lah!!!
Saturday, June 2, 2018
Menuju Kematangan
Sunday, October 8, 2017
Jumlah Najib
"Najib ada berapa ayah?"
Secara tiba tiba tadi Hasya bertanya kepada aku. Hampir hilang kawalan steren perodua aku. Bait lirik lagu Marcell - Hampa habis hilang berterabur entah ke mana-mana.
"Najib ada sorang jela Hasya."
Jawab aku secara yakin, tenang dan berwatak ayah yang berketerampilan jitu. Aku renung mata hitam anak aku yang berumur 6 tahun itu secara mendalam.
"Bukan tiga ke?"
Soalan dugaan apekah ini? Aku turunkan tingkap automatik sebelah pemandu agar aku dapat bernafas secara tertib. Sesak lohong trakea aku. Sempit tiub bronkus aku. Dengan sekali nafas aku menerangkan kepada Hasya.
"Najib ada satu ajek anakku. Yang wahid itu pun kita susah nak handel. Tak dapek ayah bayangkan kalau ada 3 Najib."
"Abis tu dia asyik keluar tivi jek ayah?"
"Dah memang keje dia keluar tivi bercakap hari-hari."
"Banyak pulak dia cakap. Geram pulak Hasya."
"Saborlah anakku."
Petang ini satu pandangan sayu aku lepaskan pada matahari yang terbenam di ufuk langit nan merah.
Wednesday, July 12, 2017
Tribute To Chris Cornell
Chris Cornell ni dulu aku kenal dari seorang member tabligh aku. Satu hari tu dia kelam kabut masuk ke dalam bilik dengan menjinjing sekeping CD. Bukan di gigi tapi di hujung jejarinya yang runcing. Sahabatku yang lincah bagai pendekar tangan satu ini kelihatan termengah-mengah. Mungkin beliau baru selesai usroh dan solat jemaah di surau asrama.
"Woih ni ada band baru Audioslave. Supergroup dari RATM + Soundgarden," kata beliau dalam nada kelam kabut dengan kopiah putih masih melekat atas kepalanya.
Aku yang sedang mengarang puisi segera berpaling memandang wajah beliau secara mendalam. Atas bibirnya ada titisan peluh. Mungkin akibat adrenalinnya yang sedang laju merembes dek kerana begitu gigih dan semangatnya beliau mahu menyampaikan kehebatan muzik supergroup ini.
Tak menunggu lama aku terus copy album tersebut ke dalam PC seorang lagi member aku. Ya, aku memang takde PC masa tu. Menumpang simpan lagu pun dekat PC member. Sejak dari itu aku mula mengkaji siapa sebenarnya pemilik suara hebat ini. Lagu ciptaan dan tulisan liriknya tak terkalahkan. Figura muzikal bernama Chris Cornell ini berjaya mengikat halwa gegendang aku.
Dengan usia aku yang sesedap ini aku terpaksa rewind segala karyanya sebelum Audioslave. Sebenarnya agak lambat aku mengenalinya sebab grunge bukan jenis muzik yang aku fanatik minat. Takpelah pun lambat asalkan bukan minat jenis yang Aiman Tino.
Selepas dari itu aku tak pernah berhenti mengagumi hasil seni beliau. Dan akhirnya beberapa hari lepas aku menerima berita sedih kehilangan beliau dari dunia ni. Emosi bercampur baur dan tak semua orang dapat merasai perasaan seperti ini.
Selamat jalan Chris Cornell.
Tuesday, July 11, 2017
Mira Filzah II
Mira Filzah cuba memegang dan meramas tangan aku yang berurat seribu. Secara santun aku membalas dengan tolakan ikhlas. Tidak mahu bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Dalam hatiku menjadi pelik. Kenapa makwe bertudung sepertinya mahu melanggar batasan agama Islam? Adakah aku sehebat Sulaiman? Setampan Yusof? Seteguh Ibrahim? Segera aku beristighfar panjang agar togel riak dalam hatiku ini.
"Sebenarnya Mira..sebenarnya..sebenarnya.."
Aku mula menutur kata sehabis manis sambil memejam rapat mata bundar ini.
"Sebenarnya Mira..sebenarnya..sebenarnya.."
"Sebenarnya apa bang? Sebenarnya dah 6.15 pagi. Bangun bang. Bangun. Mandi besiap pergi kerja."
Suara yang paling aku kenal terus menusuk ke lobang telinga aku secara tegas bagai askar pencen.
Perlahan-lahan aku membuka mata. Terpacak Feeza di depan aku. Terus aku menjadi segar bugar dan melakukan balik kuang ke bilik air. Huh!
Sunday, July 9, 2017
Mira Filzah
Semalam aku dengan HadsyaLurve Feez rileeeeks tengok drama raya seketol lakonan Mira Filzah dengan Syafik Kyle. Bukan calang-calang pelakon yang boleh bukak hijab aku untuk menengok drama Melayu ni.
Dalam drama ni Mira Filzah jadi buta. Atok dia yang jaga. Watak ini dipegang oleh Razak Ahmad. Sedang aku leka menengok lenggok Mira Filzah teraba-raba berjalan dengan tongkat sambil ditemani atoknya, aku terus bersuara secara cermat.
"Sedap jugek dapat berlakon jadi atok ni ek."
Masih tak ada respon dari Feeza.
Drama berjalan seperti kebiasaan drama raya melayu sendu yang lain-lain. Anak kurang ajor dengan mak tak nak balik raya. Mak nangis mintak duit anak nak buat kenduri. Hero kurang ajor angkuh dan eksyen. Biasa. Tiada yang luar biasa. Sehinggalah satu babak Mira Filzah duduk termenung sopan di tangga rumah dengan berbusana baju kaftan kelawar. Namum santunnya tetap dijaga dengan memakai baju inner berwarna hitam di sebelah dalam.
Semakin dalam aku menengok Mira Filza, aku jadi semakin gelisah. Aku mesti bertindak. Aku membuka mulut dan bersuara gelojoh.
"Sedap jugek kalau dapat berlakon jadi inner ni. Hnnnnnnnshhh..hnnnnnnshhh."
Tiba-tiba pedih terasa seluruh belakang dan perut aku. Sudah ada respon dari Feeza. Sedap jugek kena cubit bertubi tubi tanpa belas kasihan ni. Padan.
Thursday, June 8, 2017
Drama Pesbuk Waktu Maghrib
Drama Pesbuk Waktu Maghrib.
Madison Street, New York: 6.45 PM.
Masa semakin suntuk. Waktu berbuka mungkin sudah berlalu. Namun perut Idlan Khozim masih belum terisi. Mukanya pucat bibirnya kering. Matanya merah cengkung ke dalam. Kelaparan. Sudah habis bakul sampah sekitar Madison Street ini diselongkarnya. Tiada sebarang sisa makanan ditemui.
Dia berjalan menyusuri kedai mencari-cari serpihan makanan barang secebis cuma. Kaki diheret kerana tiada daya hendak melangkah. Walaupun sengsara laparnya tiada tara, puasanya tetap terjaga. Marahnya terpelihara. Burungnya dibendung walaupun setiap pagi terpaksa menengok makwe New York berskirt pendek menayangkan peha nan putih gebu dengan baju koprat sendat ke pejabat masing-masing.
Longlai langkah Idlan Khozim terhenti apabila dia terbau aroma roti semerbak Izara Aisyah menerobos ke dalam lobang hidungnya yang mancung bak seludang. Dia menoleh pantas ke arah kedai tersebut yang kini betul-betul berada si sebelah kanannya. Tersergam papan tanda bertulis. 'JOHN SUNSHINE BAKERY'.
"Tidak boleh tidak aku musti rompak kedai roti ni. Perut pun kebulor nak mampos ni."
Idlan Khozim nekad. Tetapi dia tidak ingat bahawa perbuatannya itu menyalahi hukum Allah. Puasanya akan menjadi sia-sia. Ia umpama berpuasa tetapi mengumpat. Berpuasa tapi tak sembahnyang. Berpuasa tapi menengok instagram janda anak satu dengan renungan mendalam. Ermmss...Berpuasa tapi memaki presiden FAM. Ya, puasa itu akhirnya akan menjadi sia-sia.
"Keriuuuuuuuk...keting! keting! keting!"
Pintu kedai dikuak cermat oleh Idlan Khozim. Besi yang tergantung di pintu berlaga sesama sendiri. Bernada sayu menyambut kehadiran Idlan Khozim yang berbau hapak. Secara pantas bau tungkik tersebut memenuhi ruangan kedai. Setiap mata di situ kini fokus terhadapnya. Ada yang secara spontan terus menutup hidung. Ada juga yang kelam kabut mengeluarkan telefon pintar sedia untuk merakam sebarang aksi yang mungkin akan berlaku. Kemudian post di fesbuk dengan tajuk merepek menagih tular. Idlan Khozim jadi tak tentu arah.
Dia sedar dirinya perlu bergerak pantas. Sepantas halilintar. Matanya kini fokus pada dua buku Garlic Bread Berinti Cheese Berger. Satu biji untuknya. Satu lagi untuk sahabatnya yang penuh filosofi hidup iaitu Taruddin.
Lincah bagai pelesit kote. Eh kota. Idlan Khozim menyambar dua buku roti tersebut dan melompat keluar merempuh tingkap kedai. Bersepai cermin tingkap tersebut. Dia gagal mendarat kemas kerana kekurangan tenaga. Biasanya dia akan mendarat seperti Farah Ann Hadi. Kemas dan melentik. Idlan Khozim sempat menyapu serpihan kaca yang ada di bajunya. Mencabut kaca sebesar ibu jari yang melekat di kelopak matanya. Lalu dia bingkas berlari meninggalkan kedai tersebut.
Tuan punya kedai tidak membuang masa dan segera melepaskan 5 ekor anjing Doberman Pinschers - Anjing yang sangat pintar dan setia. Mereka akan menjadi sangat aggresif jika di provokasi, mereka menyerang jika yang dia pikir itu ada berkaitan dengan milik ataupun keluarganya.
Idlan Khozim memecut laju apabila tersedar 5 ekor anjing sedang mengejarnya. Dia melintas jalan yang sesak tanpa menoleh kiri dan kanan. Lalu sebuah teksi melanggarnya. Mujur Idlan Khozim lincah. Mengapungkan berat badannya dengan graviti bumi supaya impak perlanggaran itu tidak teruk. Badannya tergolek ke belakang kereta. 5 ekor anjing tersebut masih memburunya sambil menyalak sakan.
"Kong! kong! kong!"
Idlan Khozim masih berlari kencang diekori rapat sekompolan anjing. Lebih kurang 5 langkah di hadapan Idlan Khozim ternampak putung rokok yang masih berapi di atas lantai. Apabila menghampiri putung tersebut beliau pantas menguisnya dengan tapak kaki lalu putung rokok itu melayang laju ke arah belakang dan tepat masuk ke dalam mulut salah seekor anjing Doberman itu. Ia tecekik dan mati sekelip mata. Padan.
4 ekor anjing yang lain terpinga-pinga melihat kawannya yang mati secara tiba-tiba. Namun mereka tetap meneruskan buruan selepas bagaikan terkena 'pause' selama dua saat. Langkah anjing berempat diatur seragam. Rahang masing-masing berjuntaian dengan air liur.
"Kong! Kong! Kong!"
Anjing berempat bernada garang dan lapar. Pantang mereka kedai roti tuannya dirompak. Jiwa sentimental sang anjing jangan diusik. Jangan berani dibuat gurau. Kelak membawa musibah dan padah.
Menyelinap lincah di celah-celah keramaian manusia ialah Idlan Khozim. Tenaganya mencanak naik secara luar biasa walaupun sedang berpuasa. Mungkin disebabkan motivasi ingin menyelamatkan nyawanya dari sakaratul sang anjing.
"Excuse me. Excuse me."
Idlan Khozim memohon laluan. Santun Melayu masih menjadi keutamaannya. Serta-merta laluannya dikuak. Di hadapannya kini ada sebuah bakul sampah. Apabila diamati secara teliti ia siap sekali dengan penutupnya. Akal Idlan Khozim pantas berfikir. Dicapainya penutup bakul sampah itu lalu dilempar ke belakang sambil dia meloncat dua pusingan di udara agar lontaran itu menjadi lebih kuat laju dan padu. Dilepaskan dengan hayunan penuh tenaga.
"Zuuuuuuup! Tang! Tang!"
Sasarannya tepat mengenai kepala dua ekor anjing rakus itu. Serta-merta ia koma di tempat kejadian. Beberapa warga New York yang berada di situ pantas mengeluarkan telefon pintar masing-masing dan mula merakam gambar anjing mati. Tak jauh beza benaknya otak orang putih dengan kita. Sama sahaja. Nampak orang mati rakam. Nampak orang eksiden rakam. Orang bergaduh rakam. Rakam dulu dan sebarkan. Lerai dan tolong itu kemudian. Yang penting berapa like dah share yang boleh dikumpul. Untung-untung boleh masuk Siakap Anjeng.
"Alhamdulillah..tinggal lagi dua ekor."
Lega kesyukuran dilafazkan oleh Idlan Khozim hanya di dalam hati. Lariannya masih kemas. Namun dua ekor anjing yang masih hidup itu cergas mengejarnya. Amarah dan dendam sang anjing makin meluap-luap.
"Pop!"
Malangnya Idlan Khozim secara tiba-tiba mengalami kecederaan belakang peha. Bunyi 'pop' itulah yang paling dia takuti. 5 tahun tidak berlari secara serius benar-benar membawa petaka. Tidak mampu memecut lagi Idlan Khozim membelok ke kiri yang membawanya kepada lorong mati.
Idlan Khozim berasa kaget tak tentu arah. Di hadapannya tiada jalan keluar dari cengkaman sang anjing. Dahinya mula berpeluh. Namun tidak pada telurnya yang masih mampu menahan gerun. Tiada setitis urine pun yang terpancut keluar. Akal lincahnya pantas teringat pada pesan seorang pendekar lama dalam sebuah kitab ilmu persilatan alam haiwan. Bab 4 baris kedua perenggan ketujuh (baca gaya Zakir Naik).
'Maka bacalah ayat-ayat ini dengan tekun dan bergaya. Nescaya anjing itu akan menggelupor'
Baris ayat seterusnya tertancap tepat pada bayangan di kepala Idlan Khozim. Seperti ada skrin sedang menayangkannya. Dia memejam rapat matanya. Kedua tangannya diangkat tinggi mengepak menjulang ke langit. Turun perlahan-lahan dengan jari telunjuk kiri dan kanan diletak tepat ke bahagian otak gaya jutawan mahsyur Azizan Osman.
Dua ekor anjing menjelirkan lidah seperti mengejek gerak gaya Idlan Khozim. Ia hanya menanti tindakan seterusnya dari manusia yang ligat itu. Tahap keyakinan anjing ini sudah sampai tahap 8. Tahap yang paling konfiden untuk menghabiskan riwayat mangsanya. Mereka menunggu dengan penuh eksyen sambil menggoyangkan ekornya secara serentak.
Idlan Khozim menarik nafas sedalamnya. Berombak dadanya seraya melepaskan satu dengusan kencang berserta dengan ayat pelindung diri dari cengkaman sang anjing.
🎶🎻Semua yang ada ada pada dirimu🎵🎸🔊🎶
🎵🔊Membuat aku ku aku jatuh cinta🙆🗄😥😙
😍💑🤳Come on baby say you love me📯💦☻🙌
🎶🎵👉💰🙌Love me say you love me❤💓💕💖
Tepat pada perkataan 'love' tersebut Idlan Khozim pun membuat simbol hati dengan merapatkan tangannya sambil jemari separuh genggam.
"Ewaah..ewaaah.." Bergelek sakan Idlan Khozim di hadapan anjing tersebut.
Tidak semena-mena kedua ekor anjing itu termuntah. Berketol-ketol darah beku membuak keluar dari mulut mereka.
"Bluuuuerrrrrrrrrrk!!!"
Bagaikan terkena santau, muka kedua anjing itu serta-merta menjadi pucat. Ia lalu tumbang dan tidak berkutik walau sekelumit.
Idlan Khozim tersenyum bangga sambil menimang Garlic Bread Berinti Cheese Berger dengan bahunya. Hajatnya untuk makan berbuka bersama Taruddin ala orang putih akan tercapai.
"Ini Idlan Khozim lah. Hanya anjing yang datang berkumpulan. Singa Aslan kalau dia datang sendirian. Heh!"
Tuesday, May 30, 2017
Babak Hujan
Hari ni aku pulang dari kerja dengan mengharungi hujan yang lebat. Lama jugak aku tersangkut dalam jem. Menengokkan hujan lebat di luar kereta aku terus teringat kepada beberapa babak sedap dalam filem Hollywood yang berlatar belakangkan hujan.
Antaranya babak peperangan epik yang diketuai Aragorn dalam filem Lord of the Rings The Two Towers. Juga aksi Neo bertarung sambil berhujan dalam filem The Matrix Revolutions.
Tengah sedap aku mengelamun tiba-tiba ada sebijik kereta volkswagen rosak di tepi jalan. Aku berhenti secara mengejut namun masih tertib gerakannya. Aku melangkah dengan penuh yakin. Terus memeriksa enjin kereta bernombor plat GA 800. Hujan lebat tidak aku hirau dan aku tekun melakukan kerja yang selayaknya sebagai seorang lelaki yang mengambil berat dan berjiwa bapa bapa. Kini baju kemeja putih aku lencun melekat badan.
Secara tiba-tiba keluar seorang makwe bergaun serba hitam dari kereta tersebut beserta payung yang hitam juga warnanya. Mungkin kesian melihat aku kebasahan lalu dia berdiri di sebelah sambil memayungi aku. Dia menunduk memandang aku. Aku mendongak memandangnya. Tanpa berlengah aku pun terus membuka mulut.
🎤🎼🎵🎙Janam janam janam saath chalna yunhi
Kasam tumhe kasam aake milna yahin🎸🎷🥁🎻
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa🎙📣📢🔊🎵🎻
🔊🎛🎺🎤💿Meri hoke humesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida⚡☔🌧🚗
"Piiiiiiiin!!!! Piiiiiiin!!!!"
Terkejut aku dari lamunan babak hujan bila ade kereta membunyikan hon dari belakang. Dah jauh jarak aku dengan kereta depan rupanya. Harapnya berangan aku ni petanda elok akan bertemu malam yang lebih mulia daripada seribu bulan.