Woih Like Lah!!!

Wednesday, July 29, 2015

Berehatlah Muhyidin Yassin

Bangsa Johor harus bangkit!!!

Mesjid mana kita nak pergi laung Reformasi Asar nanti? Heh!

Sebenornya aku cukup faham perasaan Muhyiddin sekarang ni.

Dulu masa Tingkatan 4, aku penah kena pecat dari menjadi Konductor Choral Speaking. Bisa tetap terasa walau senyum terukir di bibir.

Choral Speaking tuuuuuu...

Majalah Mangga Terulung Di Alam Semesta.

Majalah Mangga Terulung Di Alam Semesta.

Setakat apa yang aku tahu, hanya negeri Kedah sahaja yang mengeluarkan fatwa berkenaan mengharamkan majalah Mangga. Peringkat kebangsaan macam tiada. Kalau ada sila betulkan aku. Kenapa Majalah mangga lebih terulung berbanding The Edge? Kenapeeeee?

1) Tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan majalah Mangga tidak menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat. Engko tayanglah apa yang patut asalkan pembaca dan pembeli sentiasa perfikiran positif dalam menghadam gambar artis mendedahkan aurat.

2) Cerita dan gossip yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang sah. Kesannya ia tidak akan memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara sekiranya kisah naik turun mahkamah kes penceraian artis menjadi sajian mata.

3) Setiap negara mempunyai undang-undang sendiri untuk menghalang sebarang syarikat penerbitan yang menyiarkan berita atau laporan palsu. Ia tidak berlaku kepada majalah Mangga yang mana sentiasa tulus dalam menyiarkan gambar artis lelaki bermandi-manda di kolam renang dengan badan kurus melidi.

4) Tindakan kerajaan membiarkan penerbitan majalah Mangga juga tidak mengejutkan dunia. Ini kerana ia jelas selari dengan polisi negara Malaysia yang menyokong kebebasan media. Dan majalah Mangga dilihat berada dilandasan yang betul dalam usaha menuju status negara maju 2020.

5) Perlu diingat yang majalah Mangga tidak mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

6) Majalah Mangga tidak mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara, Kalau dan menengok gambar artis seksi terdedah aurat pakaiannya serta berpeluk lelaki perempuan, celah mana pula yang memudaratkan? Ye tak?

Oleh itu mari kekalkan majalah Mangga ini kerana ia pemangkin kepada kemajuan negara. Ramai-ramai ikut saya...

SATUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!! MALAYSIAAAAAAAAAAA!!!!

Tuesday, July 21, 2015

Perbualan Pawer Raya 2015

Perbualan Pawer Raya 2015 (Nama dirahsiakan agar pihak lawan tidak berasa hati. Sedikit cerita juga ditokok tambah sebab aku punya sukelah)

- Pelari Jarak Jauh Dari Kenya -

"Kasut lari engko berapa pasang?"
"Tiga."
"Okeh, berbalik kepada persoalan asal. Berdasarkan sebuah kajian sekitar tahun 2012. Daftar 100 negara termiskin di dunia menyenaraikan Kenya sebagai salah satu negara termiskin dengan menduduki tangga ke-37 dunia. Manakala Malaysia yang aman damai harmoni ditadbir oleh Najib Razak yang hanya berbuka air suam dan buah kurma serta menteri sukannya yang rajin selfie dan berzumba hanya mampu mengimport atlit jalan kaki dari China bernama Yuan Yufang. Apakah kelebihan pelari jarak jauh dari Kenya ni sebenarnya? Hah?"
"Itu pun engko tak tahu? Mari aku terangkan. Depa ini dilahirkan di Kenya yang mana lokasinya berada pada altitude yang tinggi. Keadaan ini akan meningkatkan jumlah sel darah merah pembawa oksigen. Engko pernah dengor frasa 'altitude training'? Altitude training, atau berlatih di dataran dengan ketinggian 6.000 sampai 10.000 kaki (1.500 sampai 3.000 meter) di atas permukaan laut akan menjadikan hormon yang menstimulasi produksi sel darah merah, melonjak ke tahap maksimum dalam tempoh 24 hingga 48 jam apabila engko kita tiba di dataran tinggi. Itulah sebabnya pelari-pelari elit dunia seperti Mo Farah pergi ke Iten, Kenya, untuk berlatih di sana."
"Itu aje kePAWERAN pelari dari Kenya ni?"
"Bukan itu sahaja...selain itu mereka juga mempunyai badan yang berbau busuk serta rambut mereka yang bacin serupa tak basuh 10 tahun. Sebab itulah atlit dari negara lain payah nak potong mereka ketika perlumbaan."

- Makwe Kemboja -
"Bekas makwe Kemboja aku follow instagram aku. Dia like gambor akuuuuuuuuuuuuu." (sambil goyang-goyang henpon)
Ambil henpon dan merenung skrin secara mendalam. Serentak kepala digeleng-gelengkan dengan perlahan.
"Dia dah kahwin dan beranak tiga kan? Bak sini aku follow instagram dia. Bak sini."
Butang follow pun diklik secara santun.

- Water Cannon -
"Apahal guna water Cannon? Sudahlah mahal. Membazir ajek. Gunalah air sampah ke..air najis ke..Baru padan muka dengan perusuh jalanan tu semua."
"A'ah ek..betol jugak. Takpun guna Air Say Men."
"Kah..kah..kah.." Satu meja gelak serupa baru lepas pekena air ketum walaupun hambar.

- Adik dan Abang Ipar  -
"Dia kahwin dengan siapa?"
"Engko tak tahu ke?"
"Kah..kah..kah.." Dua orang yang lain ketawa dan tidak mahu meneruskan perbualan tersebut.

- Isteri Punya Pasal -
"Dia dah jarang talipon aku. Kalau talipon pun tanya benda-benda yang penting ajek. Nak tahu jalan ni kat mane..jalan tu kat mane...Yelaaaah...bini dia punya pasal..takpelaaah."
Satu meja tertunduk lesu sambil menguis-nguis hujung gelas masing-masing.

- Status -
"Status ni dia tulis pasal engko ke?"
"Pasal aku mende pulok ni? Aku fren dengan dia pun tak."
Cepat-cepat topik perbualan ditukar. Mungkin takut kena print screen lagik agaknya.

- Pramugari -
"Kalau engko nak tahu..uniform Malindo lah paling pawer sebenarnya."
"Eh, dekat mane ada jual? Online ada tak? Boleh buat adiah bagi dekat bini tu."
Semua yang berada di meja terus pura-pura memandang skrin talipon masing-masing sambil bersiul-siul lagu raya DJ Dave.

Banyak lagi sebenarnya. Pasal makwe Zouk, makwe Aspuri, makwe jande. Eh, yang lain-lain tu bagi aku simpan dulu.
Selamat Hari Raya 2015








Friday, July 17, 2015

Engkau Bila Nak Kawen.....? Lagi.....

Yang bujang tak payahlah risau kalau keluar soalan:

"Bila engko nak kahwin? Muka engko makin kerepot aku nengok."

Sebab yang dah kahwin pun sebenarnya lagik kena soal dengan pelbagai soalan. Antaranya:

1) Kau bila nak bernikah lagik satu? Aku nengok engko punya kaya sampai mencium duit kertas dalam facebook. Hah?

2) Takkan sorang jek anak engko? Ko tak mampu keeee nak beranak lagiiiii? (bercakap sambil goyang-goyang pinggang).

3) Kau okey ke berbini dua ni? Cuba berbini tiga pulak nengok macam mana...? Azhar Idrus steady jek. Kau pun kaki mesjid kan?

4) Cukup ke dua orang anak engko ni? Tambahlah lagi dalam dua tiga orang. Ingaaaaat..anak itu rezeki dari Allah tau.

Dan pebagai lagi soalan yang tidak masuk akal. Ada juga yang sering bertanya pasal bonus pekerja Bank Rakyat. Tapi itu cerita lain. Tak boleh tulis dekat sini.

Alaaaaah...entah entah takde siapa pun nak tanya engko bila nak kahwin. Perasan engko jek kot.

Selamat Hari Raya.


Posted via Blogaway

Perutusan Hari Raya

Perutusan Hari Raya.

Selamat Hari Raya Mahap Zahir Batin kepada semua. Segala salah dan silap harap dimaafi. Aku sentiasa maafkan engkau orang semua.

Drogba update status dimalam raya,
Sengaja nak menunjuk suasana malam raya,
Falcao Dibuang dipungut sahaja,
Tanda Chelsea kelab wibawa.

Esok lusa pagi dah raya,
Shopping last minit rutin Ospina,
This is our season katanya,
Hanya mampu tangga ketiga.

Jalan Tar sibuk tanpa mengira masa,
Just nak ingatkan shopping tu jangan tak ingat dunia,
Apalah ada pada Adam Lallana,
Sekadar pelengkap Liverpool juga.

Pejam celik esok dah nak Raya,
Jumpa Van Gaal di pagi syawal,
Banyak soalan pasti nak kena tanya,
Terumatanya bila nak resign awal?

Pagi raya dah update facebook,
Gambar selfie menjadi pilihan,
Macam biasa Man City sibuk,
Pallegrini dipecat jadi kenyataan.

Lelaki berjambang indah berseri,
Dambaan Fazura di aidilfitri,
Pantun ku hantar pengganti diri,
Tanda ingatan di aidilfitri.


Posted via Blogaway

Status Pilihan

Status Pilihan.

Bukti WSJ?

Ape benda bukti kertas yang WSJ bagi ni? Kami mahu 4 orang saksi yang berimanlah natang WSJ.

Macam mana aku tak percaya Lincoln Burrow dulu bunuh adik naib presiden Amerika, begitulah juga dengan kes Najib ni.

#TeamNajibRazak

100 Hari Dengan GST

Perlaksanaan GST sudah hampir 100 hari.

Masih ada yang berbuka kurma berulam air suam. Dan bersahur nasik goreng kampung. Dengan kekayaan hasil pungutan cukai, kita sepatutnya mampu makan lebih daripada ini.

Mampukah kita mencapai sasaran negara maju menjelang 2020? Hah?

Ranjau Perantau

Aku bagi budak baru opis aku ni tidur sebab kampung dia dekat Perlis.

"Kau tido. Kau tido. Biar aku buat semua kerja. Aku takpe. Aku meman terer."

Dia pun terus berdengkur tidak berbelah bahagi.

Ranjau Perantau II

Aku dah habis ikhtiar dah ni bertahan dekat opis. Budak Perlis tu aku dah lepaskan dia balik.

Semua lagu tak kena. Lagu Raya Sudirman tak kena, lagu P Ramlee jadik sayu, lagu Jamal terasa gian pulak.

Last sekali lagu Salman Bhai jugak aku layan. Heh!

Raya Low Yatt Hamzah.

Itu hari dekat Low Yatt bukan main kuat bertakbir.

Bila dengor esok kena Solat Raya dengan Solat Jumaat, menggelabah tanya hukum sana sini.

Heh!!!


Posted via Blogaway

Wednesday, July 15, 2015

Berbuka Cara Budak Berbadan Besor Macam Badak

Aku yang miskin pun bukak puasa tomyam udang, rojak petis timun tauhu, ikan kerisi goreng, air kelapa, air laici, biskut tam tam.

Kau punya menipu ni Michael Jackson dalam kubor pun berdekah dekah ketawa.

Entah sahur mendelah Najib Razak pagi ni.

Kurma lagikah? Air suam lagikah?

Ciaaaaaaaaaan...


Posted via Blogaway

Monday, July 13, 2015

Bergaduh Dengan Cina.

Bergaduh Dengan Cina.

Bergaduh dengan Cina ni aku cuma teringat satu kisah sahaja. Ceritanya begini.

Seorang member sekolah aku Radzi telah bergaduh dengan seorang budak Cina. Entah mende yang digaduhkan pun aku tak hengat. Sebab potong barisan masa membeli makanan ke...terlanggor makanan ke...antara gitulah kot punca dia.

Radzi yang berasa marah secara tiba-tiba melempar makanan mee tambah wantan ke arah budak cina tersebut. Habis berterabur makanan. Masing-masing kaget. Penumbuk dah siap tergenggam. Zikir pelindung diri tak tinggal kami lafazkan di dalam hati.

"Apa nak jadik-jadiklah. Ketuanan bangsa dan makanan harus dijaga!!!" Bisik Syam kepada aku yang duduk di sebelah aku. Aku hanya bersiul-siul kecil melagukan rentak lagu Negeri Johor.

Seorang lagi member aku, Anep yang berada berhampiran tempat kejadian itu juga secara tiba-tiba bangkit dan marah-marah. Rupa-rupanya baju dia turut terkena tempias makanan yang dilempar tadi.

Dia melangkah pantas ke bilik guru. Dalam hati aku "Habislah..."

Beberapa minit kemudian Anep muncul.

"Aku dah jumpa Cikgu Mustafa. Aku bagitau dia aku nak balik kejap tukor baju."

Perggghh...itulah antara langkah paling hensem dan berani yang pernah aku nengok Anep buat.

Maka tidak hairanlah pada ketika itu beliau mempunyai dua orang makwe secara serentak. Seorang makwe Aspuri. Dan seorang lagik makwe sekokah lain berbangsa Kemboja dan putiiiiih melepak.

Perihal Makwe Kemboja ni panjang ceritanya. Nanti-nantilah aku cerita.


Posted via Blogaway

Kerana Oppo Seketul Habis Rosak Elizabeth Tan Sebelanga.

Kerana Oppo Seketul Habis Rosak Elizabeth Tan Sebelanga.

1) Pada mulanya aku ingatkan Oppo ni jenama dari Negeri Berwibawa iaitu Negeri Sembilan. "Oppo kono ei jang?". Okeh, ini lawak recycle yang aku pernah baca. Harapnya dengan lawak ini dapat menenangkan kemarahan pejuang-pejuang bangsa sekalian alam.

2) Aku taknak sentuh bab bangsa kuat menipu. Dekat Malaysia bukan Cina jek yang menipu. Makcik Melayu pun rajin menipu bulan Ramadhan ni dengan menjual kuih muih hobbit. Kecik yang amat. Tapi harga tak masuk akal.

3) Sebenornya kita kena tahu hak kita sebagai pengguna. Tak kiralah engko beli barang jenama Abibas ke, Naik ke. Hak kita. Kita kena tahu.

4) Jika kita beli barang elektrik atau gajet-gajet kita kena tahu apa hak kita. Tahu warranti dia. Tahu hak untuk tukar ganti dan sebagainya. Tak ori? Pergi kedai tu semula dan mintak ganti. Tak dilayan? Pergi ke saluran yang betol. Tribunal Pengguna misalnya. Ermmmmms...ataupun pun jumpa Hasan Malek.

5) Aku ambil contoh dari diri sendiri. Aku pernah beli laptop dan kebetulan ada beberapa masalah. Oleh kerana masih dalam tempoh warranti, segala part dalam laptop itu boleh diganti dengan percuma. Tapi tulaaah..Budak tu terbeli barang yang tak original ye..Aku cadangkan gunakan point nombor tiga untuk penyelesaian. Bukannya buloh runcing. Ya, memang lambat. Tapi itulah hak yang kita ada sebagai pengguna sebenarnya.

6) Contoh lain yang kena pada diri aku sendiri ialah masalah selepas membeli rumah. Sebanyak dua kali kipas rumah aku rosak disebabkan kebocoran pada siling rumah. Dua biji pulak tu. Apa aku buat? Aku perambat developer dengan mengugut akan membawa kes ke Tribunal Pengguna kalau dia tidak mahu ganti rugi. Pasal apa sampai nak kena ugut? Sebab depa ambil acuh tak acuh sahaja dengan kita dan anggap majoriti kita tidak arif tentang hak sebagai pengguna. Depa-depa ni kita kena berkeras baru kita tak tertindas.

7) Selain itu adik aku jugak pernah terbeli cokelat yang di dalamnya ade beberapa ekor ulat. Punyalah real ulat tu siap melompat-lompat keluar dari cokelat. Apa yang adik aku buat? Dia report dekat Fomca. Kemudian Fomca berhubung dengan kompeni cokelat tu. Oleh kerana risaukan tindakan selanjutnya. Berebut-rebut kompeni cokelat tu bagi pampasan dalam bentuk cokelat berjemaah yang banyak kepada adik aku. Heh!!!

8) Tapi tulaaah..mungkin contoh yang aku berikan ni tak sama macam apa yang dilalui oleh pejuang-pejuang Low Yatt. Cuma ini panduan sahaja kalau ia terkena kepada kita. Sifat tenang, menarik nafas sedalam-dalamnya serta bergeliga dalam memikirkan cara menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis ini bukanlah ada secara semulajadi dalam setiap jiwa manusia. Ia perlukan latihan dan lebih daripada itu.

9) Cuma kalau engko terbeli Nasik Ambeng berperisa telur lalat. Aku terpaksa cadangkan engko gunakan kerambit sebagai jalan penyelesaian. Bab makanan kita tak boleh tolak ansur. Makanan woih. Makanan tu...

10) Nak boikot Low Yatt ke..ape ke..silakan. Tapi janganlah sesekali boikot Elizabeth Tan. Ciaaaaan dia.


Posted via Blogaway

Sunday, July 12, 2015

Berjasa Kepada Tanah

Berjasa Kepada Tanah.

Feeza dah mula menanam sayuran di atas rumah mengikut saranan Pak Menteri.

Bini engko masih beli tudung online ratus ratus ringgit lepas tu mengeluh salahkan kerajaan pasal GST lagi keeee?

Bersama-samalah kita Kais Pagi Bagi Makan Najib, Kais Petang Pun Bagi Makan Najib.


Posted via Blogaway

Thursday, July 9, 2015

Saya Hadri Dan Saya Juga Tertindas Di Bumi Malaysia.

Saya Hadri Dan Saya Juga Tertindas Di Bumi Malaysia.

1) Engko bayar RM500 dekat bapak engko tu dah kira bagus dapat naik kereta pergi kerja. Ada sesetengah orang takde kereta dan hanya mampu merempit EX5 masa mula-mula bekerja.

2) Naik LRT memalukan? Kau masih hijau wahai anak mude.

3) Pawer jugak engko survey harga rumah dekat kawasan Melawati dan Ampang.

4) Rumah sewa mende yang engko duduk sampai 8 orang dan kena bayor RM500 sebulan? Aku dengan Apoi berdua dulu duduk bilik kecik jek menyewa dengan Abang John. Punyalah kecik bilik tu sampaikan bila berjalan boleh terlanggar bahu. Mujur kami pawer.

5) Rileeeeksss...aku pun tak habis lagik bayor hutang belajor dengan MARA. Setiap bulan aku bagi MARA duit supaya depa boleh beli apartment dekat Australia. Biginilah caranya berjasa kepada KERAJAAN.

6) Certificate apa ek sampai 15K? Sekadar bertanya.

7) Zahra..Cubaan pancing Muhyiden tu macam berjaya. Cuma kalau boleh kurangkan sikit merungut boleh? Mengadu pada pemimpin ni aku rasa takde hasil sangat. 

8) Apa-apa pun tahniah dan pawer jugak engko cakap depan TPM. Tersengeh jek beliau. 

9) Nak setel masalah macam ni senang jek. Sama ada engko kahwin dengan orang kaya. Ataupun pemuda UMNO yang berpotensi jadi Perdana Menteri. Alaaaaah..contoh depan mata kan dah ada.

Tuesday, July 7, 2015

10 Malam Terakhir Lagi

10 Malam Terakhir Lagi.

Semalam aku beratur nak bayar parking dekat Jusco Bukit Raja. Depan aku ada amoi pakai dress mini pendek menampakkan pehanya yang putih gebu. Tiba-tiba dia toleh belakang dengan kelam-kabut.

"You ada wang kertas sehengget? Boleh saya tukar?"

Setelah memastikan amoi ini bukanlah jelmaan lailatul qadar, aku segera menghulurkan duit kertas kepadanya. Lalu duit syiling berjumlah yang sama turut bertukar tangan. Namum aku tetap mengelak daripada bersentuhan kulit dengan amoi yang memakai dress mini pendek menampakkan peha yang putih gebu ini demi menjaga pahala puasaku.

Tiba-tiba aku rasa perit di bahagian pinggang.

"Eh, macam kena cubit ni," kata aku secara berbisik.

Alamak macam mana aku lupa bini aku, Feeza ada dekat sebelah aku ni. Dan aku yakin malam ini memang bukan jelmaan lailatul qadar. Mungkin kena cuba di malam yang lain pulak.


Posted via Blogaway

Saturday, July 4, 2015

Semua Ahli Politik Sama. Hanya Engko Sahaja Yang Tidak Sadar Diri.

Rosmah disarungkan kasutnya. Alasannya dia berumur 64 tahun dan mengalami sakit lutut. Noted.

Nik Aziz juga pernah disarungkan selipornya. Dengan alasan beliau sudah uzur dan kurang upaya. Noted.

Belum lagik aku masuk cerita pasal Soltan-soltan dan anak raja yang diperlakukan juga sedemikian rupa. Ermmmm..Noted jugaklah.

Namun dalam perihal ini aku lebih risaukan tindakan si tukang sarung kasut. Bukannya yang disarungkan tersebut. Apa untungnya kalian berbuat sedemikian? Hah?

Okay baiklah...sekarang aku nak tanya, adakah Nabi Muhammad yang kita cintai pernah mendapat layanan seperti ini? Jika ada hadis atau riwayat yang sahih. Atau ada dinyatakan di mana-mana ayat dalam Al-Quran bahawa Nabi Muhammad pernah mendapat layanan seperti ini, sila penuhkan ruangan komen di bawah. Aku nak tahu jugak kalau ada. Maklumlah aku pun dalam proses pembelajaran.

Dan nasihat aku buat kesekian kalinya..berhentilah daripada menjadi pengampu ahli politik. Melainkan engko memang ada kepentingan berbuat begitu. Maaf, yang ini aku tak dapat nak komen panjang. Semoga berjayalah ye...


Posted via Blogaway

Friday, July 3, 2015

Cinderella

Selamat Berbuka.

Last last. Okaylah..memang kena orang sarungkan kasut sebab tak nampak kaki. Kita tak berada di situasi beliau.


Posted via Blogaway

Pemanduan Hiruk Pikuk

Pemanduan Hiruk Pikuk

'Tepi. Tepi. Aku nak pergi kerja. Sampai bila nak mengharapkan kos sara hidup menjadi rendah?'

Post.

Selesai up satu status di fb. Aku terus serius menghidupkan enjin kereta.

Macam biasa aku memandu kereta nasional untuk ke pejabat. Lagu di sistem pemain radio aku sukatkan sesedap rasa di telinga. Kedengaran lagu Balik Kampung dari Sudirman sedang berkumandang. Ini petanda raya semakin hampir. Aku tersenyum manis. Semanis Neelofa.

Apabila hendak mengahampiri tol lorong touch and go, aku memperlahankan kereta. Malangnya secara tiba-tiba kereta dari sebelah kiri lorong tunai masuk sailang di depan aku. Tanpa signal dan sebarang amaran. Selamber badak.

Mujur aku seorang yang tenang. Aku beri ruang pada beliau memandangkan sekarang bulan Ramadhan aku simpankan sahaja carutan di dalam hati walaupun masih ada rasa geram.

Dari cermin pandang belakang kereta tersebut aku nampak jelas wajah si pemandu. Lelaki berkepala botak. Juga seorang warga Inggeris jika aku tak salah. Aku abaikan sahaja perangai kuno beliau.

Kini beliau sudah berada di depan aku. Dia menurunkan cermin tingkap. Dengan jelas aku lihat dia menghulurkan dua helai wang kertas kepada mesin touch and go tersebut. Terkejut aku dibuatnya. Dekah aku tidak tertahan lagi. Lalu aku teruskan berdekah-dekah seorang diri di dalam kereta.

Tidak habis di situ. Aku mengambil peluang untuk menambah tekanan kepada beliau.

Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!!

Aku terus menerus menekan hon tak kasik chance punya. Muka beliau kelihatan bertambah merah. Sambil tangan dilambai-lambaikan keluar tingkap. Mungkin berasa marah dengan tindakan aku.

Beberapa kereta di belakang aku pula mula menekan hon. Ini membuatkan aku bertambah naik sheikh untuk turut membunyikan hon secara membingit.

Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!!

Selepas puas, barulah aku memberikan isyarat untuk mengundur kepada kereta di belakang aku. Aku mengundur dan masuk ke lorong sebelah. Touch and go.

Manakala si pemandu benak itu kelihatan masih di lorong tadi sedang bertekak pula dengan jurutol yang menunjukkan isyarat 'engko kena beli kad touch and go la bangang'.

Siapa kata orang putih itu semuanya bijak? Hah?


Posted via Blogaway

Sekali Lagi Najib Menjadi Mangsa Freemason

Apehal semua percaya Wall Street Journal?

Aku yakin ini semua kerja tangan-tangan dan jarum halus freemason yang hendak mengganggu gugat negara Islam Berdaulat iaitu Malaysia.

Apatah lagi negara kita dipimpin tabdir secara aman damai oleh Najib Razak yang sangat wasatiyyah, rajin ke Bazar Ramdahon, buat selawat perdana dan ambil berat pasal kesihatan Anwar Ibrahim.

#TeamNajib


Posted via Blogaway

Wednesday, July 1, 2015

Dua Ramadhan

Dua Ramadhan

Aku tidak bekerja dan tugas mengasuh Hasya dan Hilman aku pikul dengan penuh dedikasi dek kerana pengasuh mereka nak amek report kad anak katanya.

Awal pagi lagi aku dah bagi mereka makan. Corn flakes dengan susu strawberry. Aku sertakan juga sepasang cokelat kit kat buat mereka. Kami bertiga mengambil tempat di hadapan tivi. Alat kawalan jauh aku tekan. 1. 2. 3. Nah ko Malaysia Hari Ini. Kelihatan anak Kak Ton, Nadia Anuar sendang 'on air'.

Aku perhatikan secara mendalam pergerakan mulut Nadia Anuar, seorang janda beranak satu. Mujur aku tersedar sekarang bulan Ramadhan. Jadi aku pendekkan sahaja renungan aku itu tadi.

"Hasya tak nak ni. Nak katun."

"Kejap. Kejap," dengan muka tegas aku membalas.

Sementara itu Hilman sudah mula sepah-sepahkan corn flakes di atas lantai. Aku yang tidak sukakan pembaziran terus mengutip dan meniup corn flakes tersebut dengan penuh cermat dan sayu. Lalu aku suapkan ke dalam mulut aku. kali ini aku kunyah ia dengan perlahan dan nikmat tak terperi.

Aksi Hilman tidak terhenti di situ sahaja. Dia dengan pemurah menghulurkan pula kit kat kepada aku. Aku sambut dengan penuh hormat. Tanpa ada sebarang halangan aku masukan pula kit kat ke dalam mulut aku. Dan kini mulut aku sudah penuh dengan kit kat.

"Selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mana hari ini merupakan hari kedua di bulan Ramadhan," terbeliak mata aku mendengar ucapan Nadia Anuar.

Tiba-tiba bayangan imej secara slide berlayar di hadapan aku. Kelihatan aku menyuap dan menelan corn flakes serta kit kat dengan penuh nikmat.

"Puasa ye bang..jangan tak puasa," sekali lagi Nadia Anuar bersuara di kaca tivi. Namun nadanya kali ini lebih menghiris jiwa.


Posted via Blogaway