Woih Like Lah!!!

Friday, June 27, 2014

Pendrive

Pendrive

Dulu. Tak berapa lama dahulu ada seorang sahabat aku tanya soalan berkenaan pengkomputeran.

"Kenapa ek aku dah scan pendrive aku guna macam-macam antivirus. Tapi bila cucuk dekat PC, dia still ada virus. Masa scan tu dah bersih dah takde apa-apa pun."

Dengan ilmu yang ada, aku cuba menjawab persoalan sahabat aku itu dengan jujur supaya kelak dia berpuas hati dengan jawapan aku.

"Kau scan pendrive ajek. Tapi tak scan penutup dia. Kau mana tahu virus tu semua berkumpul dekat penutup pendrive tu. Tulah..Mahathir kenalkan wawasan 2020, kau tak mahu ikut."

Masa tu aku tengok muka sahabat aku tu dah mula merah padam. Aku rasa kalau letak ikan siakap atas muka dia, mesti jadi lauk siakap 3 rasa. Rasa marah, rasa tak puas hati, rasa nak terajang.

Wednesday, June 25, 2014

Akademi Fantasia dan Hiburan Kubor

Aku dengor cerita yang rancangan kegilaaan ramai Akademi Fantasia akan diadakan semula.

Aku nak tanya engkoranglah. Sampai bila engkorang nak berhibur dekat dunia ni?

Sebelum buang kulop dan akil baligh ko layan Bintang Kecil dengan Ceria Popstar.

Remaja sikit ko bejoget nengok The Band, gelak syaitan nengok Nora Danish sama Luna Maya dalam Maharaja Lawak.

Dah dekat umur nak mampos, ko nyanyi sama-sama ikut geng tua dalam Kilauan Emas.

Soalan lain untuk engkorang :

Engkorang dah siapkan 'HIBURAN KUBOR' ke belum?

Friday, June 6, 2014

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes II

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes II

Petang yang tenang. Kucing dan tikus tidak bergaduh berkejaran sesama mereka. Manakala anjing pula tersengih-sengih melihat karenah dua ekor makhluk Tuhan paling seksi tersebut.

Dalam ketenangan petang inilah kelihatan juga Idlan Khozim dan Taruddin sedang rancak berbual perihal Ekonomi, Indeks Harga Saham Gabungan, rokok dan hantu.

"Engko tau tak Kampung Rumput Lalang sekarang ni tengah hangat cerita pasal Antu Tetek?" Soal Idlan Khozim kepada Taruddin yang sedang leka menjolok buah manggis di hadapan rumahnya itu. Idlan Khozim segera turun dari motor EX5-nya dan melompat duduk bersila di atas pangkin sambil mata tak lekang mendongak aktiviti yang dilakukan oleh sahabatya Taruddin.

Taruddin tidak terus menjawab. Apehal pulak cerita pasal Antu Tetek ni? Langsung tak seram. Taruddin tidak mempedulikan soalan rakannya itu. Dia lebih tertumpu kepada kerjanya menjolok buah manggis. Tapi sejak dari tadi sebiji manggis pun tak mahu jatuh ke tanah. Taruddin menjadi bosan. Lalu dia menerajang pokok manggis tersebut secara tendangan sisi. 1,2...tak sampai 3 saat, berterabur manggis jatuh ke bumi. Adelah dalam 30 bijik kesemuanya. Selepas memungut semua manggis tersebut, Taruddin pun duduk mengambil tempat di sebelah Idlan Khozim di atas pangkin yang usang itu.

Tiba-tiba Taruddin terkebil-kebil berwajah serius. Mulutnya terkumat kamit berbisik seperti berzikir.

"1, 2,3,4,5...6...."

"Engko kira apa tu Taruddin?"

"Aku tengah kira lagik 22 hari ajek kita nak puasa ni. Tazabar aku nak menunaikan ibadat rukun Islam yang ke-4 tu. Lepas habis puasa, bolehlah aku pergi Haji dan ber-selfie di depan Kaabah."

Krik...Krik...Krik...Krik...

"Engko ni POWER betollah Taruddin. Boleh ramal masa depan, pandai terajang pokok manggis. Memang pakej le orang kate." Jelas nampak cubaan Idlan Khozim untuk menukar tajuk di situ. Sesekali dia menepis-nepis lalat yang cuba menghinggap di hidungnya yang mancung bak seludang itu.

Taruddin tiada riaksi. Masih diam membisu. Sambil menyuap buah manggis ke dalam mulutnya, Taruddin berkata kepada Idlan Khozim.

"Bukan itu ajek kePOWERan aku. Banyak lagi sebenarnya. Tapi biarlah ia menjadi rahsia." Tenang Taruddin melafazkan kata-kata sambil meludah biji manggis ke arah bakul sampah yang sudah tersedia di depan mereka. Tepat. Masuk.

Idlan Khozim bertambah teruja.

"Tapi aku suke benor POWER engko yang boleh nengok masa depan tu. Apa kata ko ramal apa yang akan jadik kejap lagi Taruddin?"

Taruddin mengecilkan anak matanya memandang tepat ke arah Idlan Khozim. Tangan kanan diangkat tinggi. Dua jarinya - telunjuk dan hantu diletakkan ke sebelah kanan kepalanya - seoalah-olah cuba menghampiri dan menyentuh otak kanannya untuk disuruh berkerja.  

Taruddin cuba mengawal 'Emotional Ouotient' di otak kanannya yang lebih dominan kepada kreativiti, gambar, bunyi, warna, bentuk dan emosi. Secara tiba-tiba terpancar imbasan samar-samar seperti kebiasaanya apabila dia cuba memerah otak untuk menengok masa hadapan.

Dia membuka matanya seraya berkata kepada Idlan Khozim.

"Kejap lagi ada sorang Pak Cik naik Cagiva Mito 125 berhenti depan kita ni sambil menjerit-jerit macam kera kena belacan."

"Heh!!! Pulaaaaaak????" Idlan Khozim membesarkan matanya.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi motor memasuki halaman rumah Taruddin. Susuk itu pantas memberhentikan motornya lalu membuka 'daft punk' helmetnya dengan cermat.

"Woi!!! Woi!!! Woi!!! Woi!!! Kita dah boleh makan cokelat cadbury semula woih!!! DNA Babi takdelaaaa!!!! Kah kah kah!!!" Jerit Pakcik Romanov macam orang gila isim.

Secara tergesa-gesa juga Pakcik Romanov meninggalkan mereka berdua tanpa sempat menyarung kembali helmet 'daft punk'.

Tiba-tiba...

Gedegaaaaang!!!!!

Entah dari mana muncul bas dua tingkat berwarana merah pekat melanggar Pakcik Romanov. Bersepai tulang dan daging Pakcik Romanov. Darah bersemburan merata di atas tanah. Hanya tinggal mata Pakcik Romanov sahaja yang bergolek-golek di atas jalan.

Taruddin dan Idlan Khozim tercengang memerhatikan kejadian tersebut. Mereka melihat tulisan di badan bas tersebut. Tertera jelas 'LONDON TRANSPORT'

Idlan Khozim memandang ke arah Taruddin sambil berkata...."Dude!! I think you just teleport that fucking bus!!!"

TAMAT.