Woih Like Lah!!!

Friday, May 30, 2014

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes.

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes.

Taruddin dan Idlan Khozim duduk minum di Warong Janda Lopa seperti kebiasaannya. Mereka berbual-bual rilekss sambil menghirup kopi O panas masing-masing.

"Power betol kambek ko itu hari Taruddin. Ternyata ko lebih power daripada seorang bekas Menteri Besar nuuuuun di pantai timur sana. "

"Aku tau Idlan Khozim. Tapi engko jangan puji aku lebih-lebih. Takut wujud riak dan takabbur pulak dalam diri aku ni."

Tiba-tiba Taruddin diam. Mulutnya terkumat kamit berbisik seperti berzikir.

"1, 2,3,4,5...6...."

"Engko kira apa tu Taruddin?"

"Aku tengah kira dosa aku semalam. Bukankah lebih bagus kita mengira dosa kita sendiri berbanding kita duk sibuk mengira dosa orang lain?"

Idlan Khozim terdiam. Dia tahu sahabatnya itu banyak berubah semenjak menghilang 10 tahun yang lalu.

"Aku boleh melihat masa depan." Sekali lagi Taruddin mengejutkan sahabatnya si Idlan Khozim.

Idlan Khozim cuba menahan debar dengan menghirup laju-laju kopi O panas yang sediakala terhidang di atas meja mereka.

"Ermmmmmss....aaaa..errrr...kalau gitu. Apa yang kau rasa akan jadik pada aku kejap lagi?"

Taruddin mengecilkan matanya. Dahi dan keningnya berkerut serentak.

"Benda ni bukan senang-senang jadik kat aku, engko tahu? Aku cuma nampak macam imbasan ajek."

"Heh!!! Yolaaaaaaaaaaaah tu." Idlan Khozim mencebikkan mulutnya.

Tiba-tiba mereka terdengar Pakcik Romanov yang duduk di meja belakang mereka bersiul-siul kecil menyanyikan lagu 'End of Day....Demi Masa Sesungguhnya Manusia Kerugian...'

"Kejap Idlan Khozim. Kejap. Aku ingat lagu ni. Aku ingat"

"Engko jangan buat aku risau Taruddin."

"Aku ingat lagi pagi ni..Kejap lagi Pakcik Romanov tu akan makan cokelat cadbury yang dia keluarkan dari poket seluar kebun dia. Lepas tu dekat televisyen akan bagitau yang ada DNA babi dalam cokelat Cadbury. Kemudian Pakcik Romanov tu menjerit-jerit meroyan. Engko tengoklah Idlan Khozim. Engko tengok."

Kedua mereka menumpukan perhatian kepada Pakcik Romanov.  Pakcik Romanov masih lagi bersiul-siul kecil menyanyikan lagu 'End of Day....Demi Masa Sesungguhnya Manusia Kerugian...' sambil tangan kanannya menyeluk poket seluar dan mengeluarkan seketol cokelat Cadbury. Dikunyahnya penuh nikmat cokelat tersebut secara perlahan-lahan. Mukanya tersenyum puas.

"Berita Ringkas Paling Terkini!!! Ada DNA babi dalam cokelat Cadbury. Sekian berita daripada saya Norashikin Abdul Rahman." Ringkas dan padat berita itu disampaikan. Tak sampai seminit, stesen televisyen tersebut kembali menayangkan hiburan yang melalaikan.

Pakcik Romanov yang turut menonton berita itu, secara tiba-tiba bertukar wajah. Mukanya pucat seperti mayat.

"Aku nak cuci darah!!! Aku nak cuci darah!!! Aku nak cuci darah!!! Aku nak cuci darah!!!" Jeritnya meroyan sambil berlari lintang pukang meninggalkan Warong Janda Lopa.

 Idlan Khozim yang tekun melihat kejadian tersebut terkebil-kebil seperti tidak percaya. Dia merenung sahabatnya Taruddin dengan renungan yang penuh tanda tanya.

Taruddin tenang. Dia mengeluarkan cerut Gurkha Black Dragon lalu dibakar hujungnya dengan api. Asap pekat keluar berkepol-kepol dari mulotnya. Sambil matanya tidak lekang memandang matahari berorganik yang sedang menyinari Kampung Buaya.

TAMAT.

Selamat Hari Khamis - Hari Untuk Tidak Membenci Orang

Selamat Hari Khamis - Hari Untuk Tidak Membenci Orang

Aku akan jadikan hari Khamis sebagai Hari Untuk Tidak Membenci Orang. Jangan benci cikgu disiplin kita, jangan benci warden penjara kita, jangan benci bekas-bekas-bekas makwe, jangan benci bos kita, jangan benci lawan politik kita, jangan sesekali benci Hasan Malek, jangan membenci Tori Black, jangan jangan jangan membenci sesama manusia untuk satu hari ini sahaja.

Kita mulakan dengan satu hari dulu. Manelah tau kita boleh hidup aman selamanya dengan tidak membenci antara satu sama lain?

Kita manusia berakal. Kita bukan panda yang makan buloh runcing. Kita bukan babi yang tanpa rela DNA dicuri ditempek ke cokelat. Kita mampu lakukannya! AYOOOOOH!!!!

Saturday, May 24, 2014

TM Yang Tenang

TM Yang Tenang

Ringkaskan cerita. Aku nak pasang servis internet dekat rumah baru aku (Pangsapuri 6 tingkat ; Hero semestinya duduk tingkat 6 sebab senang nak nengok jalan raya yang berlobang dekat Shah Alam ni dari tingkap rumah ajek).

Aku dah report lama dah, tapi depa duk senyap ajek. Aku pun call lagik TM. Borak punya borak. Tanya sana sini. Sehinggalah perbualan kami itu menemui satu titik noktah. Ya, NOKTAH ataupun bahasa omputih FULLSTOP.

"Buat masa ni pangsapuri incik, dia punya coverage sampai tingkat 4 ajek. Dalam sistem kami ni pun takde tunjuk yang pangsapuri incik ni ada 6 tingkat. Lagipun saya ni dari bahagian pendaftaran jek ni. Bukan teknikal. Incik kena rujuk bahagian produk kalo nak tahu lebih details. Saya cadangkan incik bertenang"

Aku mengambil pendekatan bertenang seperti yang disarankan dan segera membasahkan bibir munggil aku dengan zikrullah. Insya'allah aku kan beroleh servis internet di rumah aku sebelum matahari terbit dari barat. Aku yakin.

Nota : Aku buat report ke TM pada 2 May 2014. The last follow up by TM untuk report aku tu ialah pada 8 may 2014. From 8 to 21 May mereka hanya menjalankan activiti goyang telur (padahal kita nak bagi depa duit ni). Betollah bak kata Johan Mikel, "TM servis is very slow like walking on siratul mustaqim with full of sin on your shoulder".

Elaun

Aku ade sorang member yang steady. Dia kata:

"Malaysia ni takde kije lain ke? Asyik pilihanraya jek"

Betol jugak tu. Aku rasa dah sampai masanya rakyat diberi elaun pilihanraya merangkumi segala perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan untuk merealisasikan temasya ini.

Ke engkorang lagi senang makan janji janji manis? Cer kabo..

Saturday, May 17, 2014

Tok Deraman Daun - Sembilan Nyawa

Tok Deraman Daun - Sembilan Nyawa


Bomoh Buaya - itu gelaran bagi Tok Deraman Daun, berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat dan dikatakan mempunyai warisan susur galur Johan Mikel yang meninggal dunia sekitar tahun 1519 akibat ciri birit. Seorang perantau di Kampung Buaya ini. Bernikah dengan seorang perempuan minang yang sungguh rupawan, hatta berharta.

Tok Deraman Daun membuka matanya yang berwarna biru air laut itu secara perlahan-lahan. Kelopak matanya terasa amat berat sekali. Kejap terpejam, kejap celik. Nafas ibarat ikan di darat. Tercungap-cungap. Namun sisa semangat dalam dirinya masih ada. Ketika ini badannya sedikit kebas, tetapi terasa nyaman sekali. Apabila dilihat secara teliti, seluruh badannya kini sedang dibalut dengan selimut. Ya, barangkali selimut ajaib yang mampu menyembuhkan segala macam penyakit di muka bumi ini.

"Ooohhh...patutlah rasa sedap jek tidur tadi," gumam Tok Deraman Daun di dalam hati.

Bomoh terkemuka Kampung Buaya itu memandang ke luar jendela. Melihat tepat ke arah matahari berorganik. Setelah beberapa minit terkebil-kebil merenung luar, barulah Tok Deraman Daun tersedar yang dirinya sedang melalui satu proses penyembuhan yang amat teliti. Tapi siapa pula yang cuba menyembuhkan beliau?

Hiaaaaaaaaaaap!!!

Pemuda berambut pendek kerinting warna kuning tidak berbaju dan tubuhnya berpeluh muncul secara tiba-tiba daripada jendela bilik Tok Deraman Daun dirawat. Pemuda berambut pendek kerinting warna kuning tidak berbaju dan tubuhnya berpeluh itu mendarat steady betol-betol di hujung katil Tok Deraman Daun. Hanya berdiri dengan sebelah ibu jari kaki sahaja. Lagaknya tak ubah bagai Pendekar Kundur.

"Amacam bomoh tua? Ada bagus?," sinis teguran daripada Raisuddin M.

Tok Deraman Daun tidak menjawab soalan pemuda tersebut. Dia lebih memikirkan tentang 9 nyawa miliknya. Jika tidak salah, dia sudah menggunakannya sebanyak 2 kali. Maknanya masih ada lagi 7 nyawa yang boleh dijadikan taruhan.

"Kenapa kau selamatkan aku? Apa yang kau nak dari aku?," bentak Tok Deraman Daun sedikit kasar.

"Aku mahu kau tolong aku rampas semula Keris Kundur dan Kerambit Pusaka daripada Taruddin."

Tok Deraman Daun ketawa berdekah-dekah.

"Wahai anak muda. Tok lihat kamu ini sangat selekeh dan hodoh wajahnya masih sama seperti dahulu ketika kita mula-mula berjumpa. Tok rasa kamu ini memang tak sama level dengan Taruddin baik dari segi mentaliti mahupun ilmu kebatinan. Seperti biasa Tok bukannya nak show my envy on you. Tapi ia memang hakikat yang jelas lagi nyata. Hah, kau nak lawan Taruddin dengan hape? Selimut Ajaib? Buloh Runcing? Atau Pedang Bergigi?

Raisuddin M hanya menggelengkan kepalanya sebanyak 5 kali. 1,2,3,4...5. Raisuddin M kemudiannya membuka mulut dan bersuara tegas.

"Aku cadang nak lawan Taruddin dengan Pancuran Hikmat Sakti Tahap Super Gaban."

Tok Deraman Daun terkejut gila khinzir punya. Tidak pernah dia jumpa manusia secerdik ini. Apakah Raisuddin M ini pendekar yang disebut oleh Kesatuan Bomoh Sedunia yang akan muncul tatkala matahari berorganik menyinari bumi? Tok Deraman Daun tersenyum puas sambil otaknya laju memikirkan langkah seterusnya. Kalau tak bergeliga otaknya, jangan panggil beliau Lelaki Bijaksanana Dari Bumi Minnesota.

Saturday, May 10, 2014

Peringkat Tertinggi

Peringkat Tertinggi

Hari Jumaat seperti biasa aku akan berjalan-jalan ke pasar malam. Tapi tak malam sangat. Lebih kurang jam 5 petang gitu. Ini adalah benda klise buat warga Shah Alam yang menerapkan wasatiah saranan Perdana Menteri dalam kehidupan seharian. Engkorang aku tak tahulah. 

Jam 5 petang masih lagi panas sebenarnya. Ye panas macam biasa. Tekak aku jadik haus secara tiba-tiba. Mujur ada gerai Coconut Shake. Aku tak bagi peluang, terus beli. Sekali sedut...legaaaaa. Aku tersenyum puas.

Talipon pintar aku keluarkan dari poket seluar. Lalu aku hantar SMS kepada Puan Feeza.

"Minum Coconut Shake ni memang mengimbau kenangan silam zaman sebelum kahwin betol"

Dengan penuh yakin dan matang aku tekan butang 'SEND'. 

Tak sampai seminit Puan Feeza balas.

"Bila masa pulak kita minum Coconut Shake? Bukan ke kita selalu makan rangka ayam jek?!!!! Hah?"

Gulp!! Serta merta mata aku melilau mencari surau yang terdekat. Aku cadang nak solat sunat 2 rakaat sebelum balik.

Macam mana aku boleh salah makanan ni? Eh, macam mana aku boleh salah makwe ni?

Kaya II





Ini adalah contoh antara berjuta saudagar yang berniaga di muka bumi ini. Aku memang takde masalah kalau perniagaan itu halal. Langsung takde masalah.

Tapi macam mana dengan hanya menampal sticker boleh jimat elektrik? Baring atas selimut ajaib boleh sembuh 1001 penyakit? Mungkin aku naif dalam ilmu ini. Atau mungkin watak Ibrahim Ali dan Hasan Malek begitu tebal dalam jiwa aku.

Cuba kabor ke aku apa hukumnya menipu dalam berniaga hanya demi secupak wang ringgit yang tiada berguna di akhirat kelak? Jika ditanya kepada aku, sebagai seorang lelaki yang matang, jawapan aku tetap HARAM.

Tetapi...ade tapinya wahai umat sekalian alam....berniaga secara menipu untuk kekayaan dunia ini akan menjadi HALAL jika kawan kawan engkorang sendiri yang melakukannya. Ermmmms....

Sehingga kini aku masih terkebil-kebil duduk meneran memikirkan perihal seperti ini sambil memandang Matahari BeOrganik.