Woih Like Lah!!!

Wednesday, March 19, 2014

End Of Day

END OF DAY

"End of day...end of day.....end of day....��Demi masa....sesungguhnya manusia kerugiiiiiaaaaan�� "....riang sekumpulan anak muda mengayuh basikal ke arah lorong mati selepas solat terawih. Mereka - Ali Tamim, Rizky Hamdy, Abu Mansiz, Raisuddin M dan Joe Merpati menongkat serentak basikal masing-masing apabila mereka sudah betol-betol berada di hujung lorang mati yang gelap gelita itu.

"Mana barang tu?" berkerut Rizky Hamdy bertanya kepada Raisuddin M yang sedang leka memandang bintang di langit.

Raisuddin M adalah seorang yang romantik. Jiwa seninya memang lain macam. Sekilas makwe Iban melintas didepan mata, sepantas kilat puisi cinta dia berjaya cipta.

"Woi mana barang tu?" bentak Rizky Hamdy lagi. Kali ini lebih kasar bunyinya.

Raisuddin M dengan tenang menjawab. "Ade dalam poket seluar sekolah aku kot". Dia kembali diam. Raisuddin M kemudiannya menarik nafas panjang sambil berkata. "Aku rasa dunia mahu kiamat. Bak kata omputih End Of Day".

Ali Tamim, Rizky Hamdy, Abu Mansiz, dan Joe Merpati semuanya terperanjat dan menoleh serentak ke arah Raisuddin M.

"Aku bukan nak ajak bergaduh dan sebangainya wahai engkorang semua. Tapi sebagai orang yang lebih tua. Aku rasa aku perlu bercakap dan suarakan perkara ini," Raisuddin M lebih berpujangga bagaikan Pegawai Jabatan Masyarakat yang prihatin terhadap masalah donia yang penuh pancaroba ini.

Krik..krik..krik..krik...

Tiba-tiba perhatian mereka berlima teralih pada satu susuk tegap melintas di hadapan mereka. Satu susuk yang memang cukup dikenali oleh sekalian penduduk Kambung Buaya. Susuk itu berhenti melangkah apabila berdiri betol-betol dihadapan Rizky Hamdy.

"Engkorang nampak kelapa dengan labu sayung Tok tak? Tok nak pergi mencari Kapal Layor ni. Penat betol Tok bergolok-gadai bertahun lamanya untuk Kampung Buaya ni. Tapi sedikit pun tak mendapat tempat di hati penduduk Kampung Buaya." mantap kata-kata yang dilemparkan oleh Tok Deraman Daun, warga tiga suku yang terkenal di Kampung Buaya.

Abu Mansiz yang berasa geram meluru ke arah Tok Deraman Daun secara tergesa-gesa.

"Tok!!! Kelapa dengan labu sayung Tok ada dekat Segitiga Bermuda. Cuba Tok pergi nengok kat sana. Baik pergi sekarang. Jap lagi nak tutup dah tu," nada serius daripada Abu Mansiz membuatkan Tok Deraman Daun terangguk-angguk dan berlalu pergi ke Segitiga Bermuda secara tergopoh-gapah.

Ali Tamim, Rizky Hamdy dan Joe Merpati ketawa berdekah-dekah. Sementara itu Raisuddin M masih merenung langit secara mendalam sambil berbisik garau..."End of day...end of day.....end of day...Demi masa....sesungguhnya manusia kerugiiiiiaaaaan".

Kring..Kring...Kring...Kring

Tiba-tiba talipon pintar dalam poket seluar sekolah Raisuddin M berbunyi tanpa ada nada dering yang bersifat terkini. Cukup hanya dengan sekadar deringan 'default' sahaja.

Raisuddin M bangkit dari posisi bersila di atas jalan tar dan berdiri tegak menghadap ke bahagian barat daya semak-samun dan lalang-lalang. Geraknya seperti seolah-olah sedang mencari 'signal' yang paling kuat.

"Hello Tony Abott, ya, ya...saya tahu...ermmmmmmmmmmms...lepas saya buat kuih koci saya sampai. Seeloknya selepas tamat waktu dhuha adalah yang lebih afdhol. Ya..ya..errmmmm..okay..okay." Talian dimatikan Raisuddin M dengan wajah yang serius

Ali Tamim, Rizky Hamdy dan Joe Merpati yang tadinya ketawa berdekah-dekah serta merta terdiam. Manakala Abu Mansiz terus pengsan dan berbuih mulutnya.

"Kawanku sekalian..aku nak kena pergi Hawaii. Ada mesyuarat dengan Tony Abott kat sana. Rizky Hamdy kau tolong siapkan buku amali kimia aku, lepas tu hantarkan pada Cikgu Ramdan. Ali Tamim kau pulak cakap kat Cikgu Man Belon aku tak dapat turun latihan bola lisut besok. Dan engkau Joe Merpati...kau duduk rumah diam-diam. Jangan nak pergi main Daytona dekat Masuya pulak. Kau tu lemah dalam Matematik Bab Janjang Aritmetik." tegas Raisuddin M memberikan arahan kepada rakan-rakanya yang masih terkejut.

"Hambik barang ni, kau sapu dekat muka Abu Mansiz yang berbuih mulut tu." Raisuddin M mencampakkan sebotol air yang sudah dibacakan Surah Yassin 100,000 kali dan di Khatamkan Al-Quran 2 kali.

Raisuddin M melangkah cermat ke arah basikal dan menaikkan tongkatnya. Dia mengayuh tenang sambil bersiul kecil..."End of day...end of day.....end of day...Demi masa....sesungguhnya manusia kerugiiiiiaaaaan".

TAMMAT

LOST

Hari 1 (8 March 2014) 

Aku mendapat berita LOST selepas terbaca satu post di FB. Terus aku google sendiri bagi nak mengesahkan berita ni. Ya, dan ia memang betol. Dan aku rasa rangkuman hari pertama boleh kita rujuk di sini. (http://www.astroawani.com/news/show/kehilangan-mh370-perkembangan-hari-pertama-31508). Yang paling best adalah melihat reaksi rakyat Malaysia. Ada yang kata 'padan muka'. Tak kurang juga yang menjadikan ia bahan gurauan seperti 'ditelan segitiga bermuda'. Itu bab gurauan. 

Kemudiannya muncul ramai pakar penerbangan. Semua benda hendak dikomen. Dari enjen pesawat membawalah ke ekor kapal terbang. Mereka seolah-olah graduan jurusan kapal terbang walhal sekolah dulu sikit punya 'cerdik'. Kesian juga aku nengok orang macam ni. Aku masih lagi bertenang dengan keadaan ini. Aku cuma jadikan ia sebagai bahan hiburan aku sahaja dan terima pandangan dan komen mereka dengan hati yang terbuka. Bertenang. 

Hari 2 (9 March 2014) 

Rasanya tak manis kalau aku nak cerita pasal operasi menyelamat. Lagi bagus engkorang baca di sini (http://www.astroawani.com/news/show/ringkasan-hari-kedua-misi-mencari-pesawat-mh370-31570). 

Masuk hari kedua aku sudah mula hafal dan kenal wajah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Walaupun update beliau tak power sebab cerita benda yang berulang-ulang. Tapi sekurang-kurangnya lebih elok dari dibiarkan Hasan Malek yang bagi update. 

Di laman maya sudah sibuk manusia bertelagah pasal kapal selam. Benda ni pun aku malas nak cerita. Kau orang boleh baca sini. (http://amanz.my/2014/03/tragedi-mh370-persoalan-penggunaan-teknologi-terkini-dan-menangkis-salah-faham-umum/). 

Begitu ramai pakar penerbagan lahir di laman maya bagaikan cendawan tumbuh. Aku naik risau. Sifat bertenang aku makin terhakis. 

Hari 3 (10 March 2014) 

Pengaruh DVD dan filem banyak menusuk dalam jiwa umat Malaysia. Masing masing gelisah apabila sudah masuk 2 hari LOST. Kau ingat benda ni boleh setel 2 jam ke? 

Gerakan mencari juga makin rancak di hari ke-3 ni. (http://www.astroawani.com/news/show/hari-ketiga-kawasan-mencari-mh370-diperluas-termasuk-daratan-31633). Seluruh negar dipergiatkan dengan Holat Hajat. Hanya kepada ALLAH kita berserah. 

Di samping itu perang di laman maya makin rancak. Aku perhati jek perangai sekor-sekor. Tangan dah menggigil. Mana pulak aku letak kerambit pusaka ni? 

Hari 4 (11 March 2014) 

Sudah mula muncul pelbagai alternatif lain untuk mencari MH370 yang hilang. Solat hajat dan doa merupakan perkara pertama yang dilakukan sejak hari pertama. Namun apabila masuk hari ke-4 sudah ada bomoh-bomoh yang tampil pula. Ibrahim Mat Zin, atau lebih dikenali Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP tiba di KLIA. Bagi aku ia sudah mula lorat. Kalau TV3 pula buat dokumentari pasal ni lagi haru. Ini belum masuk MASTIKA lagi. 

Bagi aku TIADA ISTILAH BOMOH dalam ISLAM. Pelik jugak Jamil Khir diam ajek dalam hal ini. Tapi tak berapa pelik sangat pun lepas aku kaji balik apa yang dia pernah buat sebelum-sebelum ni. 

Tetapi hari ke-4 ini membawa aku untuk mengenali Kapten Norudin Majid. Penampilan pertama beliau di sini (http://www.youtube.com/watch?v=qu-alEFu2zA). Diikuti dengan (http://m.youtube.com/watch?v=t3K57t_PzPE&sns=fb). Aku terkagum dan kehilangan kata-kata. 

Hari 5 (12 March 2014) 

Hari kelima masih buntu. Terkini India pula menyertai misi mencari. Semakin banyak negara luar memasuki perairan negara kita. 

Ada pula nelayan di Terengganu yang terdengar letupan. Percanggahan kenyataan dari PDRM dan macam-macam lagi kisah di hari ke-5 ini. Tapi hari ke-5 ni mengajar erti aku erti kePOWERan bidang matematik dan ramalan sejagat. Ini hasilnya. 

Allah maha kuasa.
MH370 
Kapal mas pertama terhmpas tahun 1977
Kedua 2014
Ditolak 2014-1977 = 37
MH 370 
37 tahun
#MH370
M-Masih
H-Hilang
3-bulan march
7- 7 haribulan
0-x dapat dikesan
Allahurabbi
Dan 1977 tu PM Malaysia Tun Razak, 2014 PM anak dia
YDP Agong pula orang sama 

Dan sebagai tambahan pula: Tahukah anda size kasut ketua pramugara MH370 adalah size 37..Dan dia dah sepuluh tahun kerja dgn MAS? Maka 37×10=370. Tu belum aku keluarkan pengiraan melibatkan hari lahir pemegang passport palsu, bilangan tayar spare part MH370, koordinat ia hilang, bilangan anak lelaki milik penumpang row ke 25 etc. 


Hari 6 (12 March 2014) 

Malaysia dan dunia masih mengharap. Isu bomoh hampir menenggelamkan perihal kapal terbang hilang. Jadik, tanggungjawab umat Malaysia makin bertambah. Selain daripada #PrayFor MH370, kita jugak kena #PrayForBomoh supaya depa ketemu hidayah dan sinar Islam yang sebenarnya. 

Tak banyak benda yang aku nak cerita pada Hari-6 ini. Jerebu makin tebal. Namun harapan makin tipis untuk menjumpai pesawat MH370 dengan selamatnya. 

Hari 7 (13 March 2014) 

Boleh dikatakan hampi 90% masjid di seluruh Malaysia mengadakan solat hajat selepas selesai solat Jumaat. Sudah genap seminggu kehilangan MH370. Aku dah makin sayu ni. Engkorang pulak macam mana? 

Saturday, March 8, 2014

Khutbah Trendy

Khutbah Jumaat ni dah ok sebenarnya. Mesjid aku baru lepas sembang pasal Kepentingan Memakan Makanan Halal. Best huraiannya. Cuma bagi aku ia mungkin lebih menarik jika isu semasa diketengahkan supaya mata makmum sentiasa cerah dan kepala tidak terus tertunduk tertidur. 

Berikut adalah antara tajuk yg mungkin boleh digunakan untuk khutbah jumaat minggu ini (dah terlepas pun).

1) Peranan seorang suami dalam menjadi ketua keluarga - menjaga hubungan baik suami isteri, menghindar godaan dan penjagaan batas pergaulan dengan wanita bukan muhrim. 

2) Kemarau, penyakit merbahaya - bagaimana cara penyelesaiannya mengikut lunas-lunas Islam.

3) Pengaruh Animasi dalam minda kanak-kanak : Peranan keluarga, masyarakat dan pemerintah untuk mendidik anak bangsa yang berakidah mulia dan bijak menilai perkara yang baik dan yang buruk.

4) Isu Ukraine-Russia. Bagaimana negara seperti Amerika boleh membantah isu ini sedangkan mereka begitu setuju dengan pencerobohan Arab Saudi ke atas Bahrain bagi menghentikan Revolusi di sana. Bagaimana peranan kita selaku negara Islam Yang Berdaulat. Di mana pendirian kita.

Okeh, ini antara pandangan peribadi aku sahaja. Apa macam?

Melayu Memang Juara?

Melayu Memang Juara? 

"Aku nak carutkan ajek" - Gambar profil perempuan bertudung dengan suaminya barangkali- 
"Lancaulah" - Gambar profil seekor kucing belang yang comel. Cover photo gambar kanak-kanak lelaki berkopiah- 
"Dah sah berak tengah jalan lagi tak mengaku" - Gambar profil family lengkap berbaju kebangsaan sedondon. Hari Raya Barangkali- 

Di atas ini adalah antara contoh cara luahan perasaan masyarakat Melayu masakini. Melayu jenis celik IT. Tidak kira isu apa, perihal apa. Engkorang pasti akan nampak komen-komen seperti ini. 

Tanpa kita sedari hidup kita dikelilingi masyarakat yang kurang civilized, kerana kita juga suka sifat tak civilized tu. Walau bagaimanapun, tanyalah diri sendiri, kalau Rasulullah berhadapan dengan perkara seperti ini, apakah yang dia akan buat? Adakah akan turut memababi buta mengeluarkan kata-kata tanpa menggunakan akal? 

Melayu ni, mulut aje sebut "Rasulullah Idolaku" tapi itu ajelah yang dia buat. Amalkan? Engkorang fikirlah sendiri. Masing-masing sudah dewasa dan mempunyai akal yang waras. 

Kutuk mengutuk, mengumpat, hina, kata keji, fitnah, dedah dan sebar aib, semuanya dilakukan tanpa diperhatikan terlebih dahulu hukum dan fikir apa hikmah dari segalanya. 

Nasihat peribadi aku buat kesekian kalinya. Jika kamu tidak mampu berkata baik, hendaklah kamu diam dan sertakan senyuman semanis tebu. 

Memang benar, terlalu banyak hal yang lain lagi yang lebih amat bermanfaat, dan cara yang lebih berkesan, dan bimbang kita telah lupa untuk muhasabah dan lunaskan kewajipan yang banyak dan besar lagi dalam hidup kita. 

Marilah sama-sama kita muhasabah diri, tinggalkan sifat dan perangai Melayu klasik ni. 

Bimbang kita telah memufliskan diri kita sendiri tanpa sedar. 

“Bercakap yang baik-baik lebih baik daripada diam, dan diam itu lebih baik daripada bercakap yang sia-sia. Kerana bercakap yang baik-baik mendatangkan pahala dan bercakap yang sia-sia mendatangkan dosa”.

Saturday, March 1, 2014

Koleksi Kata-kata Hikmat


"Bola sepak di negara aku berjaya tamatkan perang sivil. Bola sepak di negara engkorang plak angkat sumpah sana sini. Jadah mende?" - The Drog -


"TV3 ni kawe nengok selain daripada taksub dengan Drama Melayu Waktu Maghrib, Karnival Jom Heboh dan Melodi. Mereka juga begitu taksub pada masalah air di negeri Selangor. Ade sesiapa nampak pisau kawe?" - John James Rambo -

 "Jika tiada tangan yang gatal dan mengusik sistem pentadbiran FAM sesuka hati. Aku yakin bola sepak negara tidak akan menjadi carca marba seperti apa yang berlaku kepada JDT" - Rick Grimes-
"Aku dengor cerita duit kutipan zakat engkorang 1 billion setahun. Tapi setiap tahun masih ramai lagi melayu dan muslim yang merempat tak mampu beli rumah, tak mampu sewa rumah, tak mampu rawat penyakit dan akhirnya mati. Benda ni engkorang nak aku turun setelkan jugak ke?" -Detective Lieutenant John McClane-



 "Dalam scene bola sepak, penyokong kuaci dan berger adalah yang paling POWER dan TENANG. Bukan Ultras atau IJF, mereka sangat GELABAH. Nah poket!"- T-Bag-


"Abang memang tak percaya biznes MLM. Masa di kolej dulu, semua kawan abang join LUXOR. Abang steady jek tulis puisi cinta untuk makwe Sarawak." - Jack The Lover-


"Aku nengok sejak dua menjak ni golongan syirik, khurafat makin menjadi-jadi tunjuk skill cari MH370. Bukankah kita ada Al-Quran yang serba lengkap? Kenapa bubu, labu sayong dan buah kelapa yang jadik pilihan? Kerambit aku hauskan darah ni. - Yuda -