Woih Like Lah!!!

Friday, January 31, 2014

Tinggalkan Ariana Rose, Mari Muhasabah Diri.

Sekarang ni, bukan main banyak benda diperkatakan dan diperbincangkan dalam facebook, twitter, whatapps dan sebagainya. 

Aku nengok bukan main banyak lagi topik-topik yang boleh menyebabkan kita bergaduh. Sama ada dengan orang tak sefikrah dan yang sefikrah. Kalau ikutkan hati yang meluap-luap ni, rasa nak masuk ajek dan hulur salam kerambit. Tapi bila fikir balik selepas aku istighfar panjang dan basahkan lidah ni dengan zikir penenang jiwa. Kalau aku masuk campur pun takkan selesainya masalah kalau main pakai tulis jek ni. Maklumlah...tulisan ni tak bernada. 

Kita tulis dalam keadaan tenang sambil tasbih di jari pun orang boleh baca dengan nada marah. Sehingga boleh mendapat gelaran Pencetus Marah. 

Tambahan pula kutuk mengutuk, mengumpat, hina, kata keji, fitnah, dedah dan sebar aib, semuanya dilakukan tanpa diperhatikan terlebih dahulu hukum dan fikir apa hikmah dari segalanya. 

Pilihan kita? 

1) Nak senyap dan tak nak masuk campur. 
2) Nak senyap dan nak buat kerja-kerja dakwah 
3) Nak masuk buat kucar-kacir 
4) Nak masuk untuk selesai benda yang memang payah nak selesai dengan menggunakan keyboard. 

Nasihat peribadi aku. Jika kamu tidak mampu berkata baik, hendaklah kamu diam dan sertakan senyuman semanis tebu. 

Memang benar, terlalu banyak hal yang lain lagi yang lebih amat bermanfaat, dan cara yang lebih berkesan, dan bimbang kita telah lupa untuk muhasabah dan lunaskan kewajipan yang banyak dan besar lagi dalam hidup kita. Marilah sama-sama kita muhasabah diri, tinggalkan Ariana Rose. Bimbang kita telah memufliskan diri kita sendiri tanpa sedar. 

“Bercakap yang baik-baik lebih baik daripada diam, dan diam itu lebih baik daripada bercakap yang sia-sia. Kerana bercakap yang baik-baik mendatangkan pahala dan bercakap yang sia-sia mendatangkan dosa”.

Thursday, January 30, 2014

Hero Drama Melayu vs Hero Drama Omputih.

Semua umat manusia gemar menonton drama. Sama ada drama Melayu waktu maghrib mahupun drama omputih. Dalam setiap drama sudah pasti ada watak hero. Bagaimanakah watak-watak hero ini memberi inspirasi dalam kehidupan engkorang semua? 

Adakah ketika hero tersebut menangis berjujuran air mata ditinggalkan kekasih, engkorang akan turut merasakan kesedihannya? 

Atau adakah anda akan teruja tidak tentu arah ketika dengan penuh gaya hero tersebut membebaskan abangnya dari penjara hanya berdasarkan 'blue-print' pada seluruh tubuhnya? 

Sudah tentu engkorang ada jawapan masing-masing. Di bawah ini aku senaraikan hero drama omputih dan hero drama Melayu. Engkorang nilailah sendiri. 

Hero Drama Omputih. 

A) Bryan Cranston sebagai Walter White dalam Breaking Bad. 

Beliau adalah seorang cikgu kimia yang murung. Selepas dikesan menghidapi kanser paru-paru beliau telah mengusahakan projek penghasilan 'methamphetamine' (syabu, batu) bagi menampung rawatannya dan juga bekalan untuk keluarganya sekiranya beliau mati kelak. 

B) Andrew Lincoln sebagai Rick Grimes dalam Walking Dead. 

Seorang Syerif di sebuah pekan yang kecil terbagun dari komanya dan mendapati dirinya dikelilingi zombie. Dalam kekeliruan dia berjaya menjumpai isterinya dan anaknya. Rick kemudiannya berusaha melindungi keluarganya dari dimakan zombie. Dia turut menjadi ketua sekumpulan survivor dalam meneruskan kehidupan manusia di hujung apokalips dunia. 

C) Dylan McDermott sebagai Agen FBI Duncan Carlisle dalam Hostages. 

Duncan Carlisle mengetuai satu pasukan yang menculik doktor bagi menjayakan satu operasi membunuh Presiden Amerika (doktor itu adalah orang yang akan menjalankan pembedahan ke atas Presiden). Kesemuanya dilakukan untuk menyelamatkan nyawa isterinya yang menghidapi leukimia yang kebetulan juga adalah anak luar nikah Presiden Amerika tersebut. 

Hero Drama Melayu 

A) Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil dalam Ariana Rose. 

Tengku Adam Kamil adalah seorang kasanova terkenal berwajah kacak, kaya dan penuh gaya. Tengku Adam juga adalah orang yang meragut kesuciannya Ariana Rose (Fathia Latiff). Selepas Tengku Adam menunaikan umrah, dia yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya. Sungguh tawadduk hero ini. 

B) Aiman Hakim Ridza sebagai Zahrain Alimin dalam Projek Memikat Suami. 

Zahrain Alimin adalah anak orang kaya yang dipaksa berkahwin dengan Nawwal Husna (Emma Maembong ). Pada mulanya dia adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai perasaan walaupun berwajah tampan. Hatinya keras bagaikan ketul ais beku walaupun Emma Maembong adalah isterinya. Pada penghujung cerita Zahrain Alimin semakin mula menyukai isterinya dan akur cinta pada isterinya membuatkan dia tidak bertoleh lagi pada yang lain. 

C) Sharnaaz Ahmad sebagai Jebat dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Jebat adalah seorang lelaki katarsis yang berbadan tegap, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura (Nelydia Senrose). Untungleeeee... 

Amacam? Engkorang pilihlah sendiri ye. Aku okay jek dengan pilihan engkorang. Aku terima ajeeek....

GHIBAH: Bahayanya Dalam Persekitaran Kehidupan Umat Islam.

GHIBAH: Bahayanya Dalam Persekitaran Kehidupan Umat Islam. 

Ghibah bermaksud menceritakan kejelekan seseorang saat orang yang diceritakan itu tidak ada dihadapannya. Ghibah boleh datang dalam bentuk pengucapan mulut, isyarat, kerdipan sinar mata, mahupun tulisan yang mengandungi makna penghinaan terhadap seseorang. (Masa ni aku tertunduk lesu tanda insaf sambil istighfar aku lafazkan bertalu-talu) 

Diantara sifat individu yang paling buruk yang perlu kita jauhi dari diri kita adalah mencari-cari kekurangan dan keaiban orang lain dan merasa senang hati jika orang lain tergelincir melakukan sesuatu yang tidak baik dan mendapat musibah. Sifat tersebut merupakan tanda buruknya jiwa dan lemahnya akal seseorang. 

Sebenarnya dalam diri kita sendiri mempunyai aib dan kekurangan yang cukup banyak sehinggakan kita cukup sibuk dan tidak punyai masa untuk mengintai-intai kekurangan dan keaiban orang lain. 

Kita mestilah selalu memerhatikan diri sendiri. Periksa dan carilah kekurangan dan aib diri, perbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat seperti menambah ilmu, membaca dan cuba menghafaz Al-Quran, berzikir dan istighfar yang boleh membersihkan jiwa dan menambah iman. 

Perkara tersebut lebih baik dari berbual-bual kosong dan tidak mendatangkan faedah, menyebarkan aib orang lain dan suka bergossip di WhatsApp menceritakan perkara-perkara yang tidak pasti kebenarannya. Perkara ini kerap berlaku di waktu santai di tempat kerja, bilik guru, stor sukan dan warong mamak. 

Bila berkumpulnya dua tiga orang, tidak sah jika tidak cakap pasal orang lain.  Sepatutnya kita perlu manfaatkan masa kita dengan cara yang lebih baik dan produktif, berbincang dengan cara yang membina dan tidak mengutuk orang lain. 

Kebiasaannya balasan yang akan diterima amat sesuai dengan perbuatan. Jadi jika kita suka menyingkap kekurangan dan keaiban orang lain, suatu hari nanti keaiban dan kekurangan kita sendiri pula akan di singkap dan dihebahkan. 

Tetapi barang siapa yang yang menutup aib dan kekurangan saudara se-Muslimnya, maka Allah juga akan menutup keaiban dan kekurangan dalam diri kita. 

Ingat. Jauhilah sifat Ghibah. Masih belum terlambat untuk berubah.

Monday, January 27, 2014

Budak Pemalas dan Kematangan Yang Akan Mereka Kecapi

Aku ade nengok sorang budak lelaki umur 12 tahun ni. Solat pun tak lengkap lagi, pergi sekolah tak mandi, keluar bermain dari pagi sehingga ke petang, bergaduh dengan member sebab berebut basikal. Menggeleng kepala aku sambil beristighfar. 

 Aku sebaya budak ni kira kira 18 tahun lalu dah bermacam benda power yang aku dah buat. Regular solat magrib dan isyak di surau taman tangkak dua, mempunyai 2 makwe cikgu praktikal, bergaduh dengan member sebab berebut makwe. Ketika ini pun aku menggeleng kepala seraya beristighfar panjang. 

Tahukah anda juga? 

Kerja sekolah memang kena siapkan sebab kau tu budak sekolah. Kalau kau selaku budak sekolah pun taknak buat kerja sekolah, kau nak buat kerja apa? Kerja guru? Kerja jurutera? Atau paling sesuai kerja lembu? 

 Pilihan di tangan anda wahai anak muda...

Wednesday, January 22, 2014

Menyebar Gambar Si Mati Menjadi Trendy.

Selain mem-forward benda bangang seperti perihal Upin dan Ipin. Aku perhatikan orang Malaysia sangat ghairah menge-share gambar orang mati. Apa sebenarnya yang bermain di kepala hotak mereka? 

Sekitar tahun 2007 dahulu heboh dengan isu sebaran gambar post mortem Al-Marhumah Nurin Jazlin di dalam email. Hujung tahun lepas pula seluruh laman maya terpampang gambar staff Am Bank yang mati ditembak perompak. Kenapa benda ini berulang lagi?  

Sudah tentu tiada keluarga yang ingin disebarluaskan gambar jenazah ahli keluarganya yang meninggal dunia terutamanya jika ia dalam keadaan tidak menyenangkan. Sebelum engkorang sebarkan gambar si mati, cuba tanya diri sendiri. Kalau gambar engkorang mati macam mana? Sanggup bagi orang lain jaja merata?

Justeru, ia dikira adalah hak peribadi yang bersifat persendirian atau ‘private and confidential'. Hasilnya, penyebaran ini dikira membuka dan mendedahkan rahsia orang lain yang tidak diizinkan oleh Islam untuk dilakukan. Ia juga mencarikkan maruah si mati dan keluarganya.

Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam ada berkata :-

"Hak setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya" ( Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi).

Selain itu kita juga selalu disajikan dengan gambar-gambar jenazah yang mati dalam keadaan tersenyum. Hati mukmin mana yang tidak cemburu apabila mendapat tahu seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.  Apatah lagi apabila dibuktikan dengan foto-foto.  Kadang-kadang tersebar di dalam masyarakat akan foto orang yang meninggal dunia dalam keadaan tersenyum atau riak wajahnya seakan-akan sedang ketawa.  SubhanALLAH!

Tapi awas!  Jangan terlalu cepat percaya dan menyebarkannya.  Lebih mendatangkan kerisauan jika ada yang menyebarkan foto-foto tersebut lalu mengaitkannya dengan kebenaran Islam. Bagaimana kita yang berada di Malaysia ini boleh betul-betul membuktikan gambar itu gambar yang sahih? Gambar di Palestin dikatanya dari Syria. Berapa peratuskah kebenaran sekeping gambar yang jauhnya beribu kilometer dari rumah kita?

Andai kata gambar itu adalah tidak benar dan palsu. Lalu mereka mendakwa pula ia adalah foto manusia yang mati dalam iman, mati dalam kebenaran atau mati dalam perjuangan Islam. Tujuannya mungkin baik (atau pun mungkin juga jahat), tapi cara tersebut memang sah salah!

Tentu ada yang berkata:  “Apa salahnya sebarkan gambar tersebut untuk tujuan kebaikan walau caranya salah?”

Ia salah yang besar apabila engkorang mengaitkannya dengan kebenaran Islam.  Ia salah apabila engkorang kaitkannya dengan perjuangan agama nan suci.  Kerana kelak apabila umat manusia tahu bahawa gambar-gambar yang engkorang jadikan sokongan itu merupakan bukti palsu, maka akan terpalitlah juga kepada Islam.  Islam tidak perlukan sokongan dari dakwaan-dakwaan palsu dan gambar-gambar rekaan.  Islam itu kukuh dengan kata-kata ALLAH dalam Al-Quran dan kata-kata RasulNYA sebagaimana terkumpul di dalam hadith-hadith.

Isu sebegini sebenarnya sudah banyak kali timbul dalam umat Malaysia.  Dan aku rasa peringatan ini mesti diteruskan walaupun berulang kali dikeluarkan kerana manusia memang begitu sifatnya.  Lupa dan kadang-kadang nakal macam hero drama waktu maghrib.  

Berhentilah dari perbuatan yang tidak menguntungkan ini.  Dan buat yang menerima foto-foto atau maklumat seperti ini, fikir banyak kali sebelum menyebarkannya.  Lebih baik engkorang menyebarkan sesuatu yang benar-benar sahih seperti ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam, daripada engkorang menyebarkan sesuatu yang belum pasti dan yang terbit dari sangka-sangka sahaja.

Friday, January 17, 2014

UJUB: SIFAT TERCELA YANG PERLU DIJAUHI.

UJUB: SIFAT TERCELA YANG PERLU DIJAUHI.

SALAH satu sifat mazmumah yang amat dibenci Islam dan tidak disenangi dalam masyarakat ialah sifat ujub (riak). Ujub dapat diertikan sebagai 'menganggap dan melihat diri lebih daripada orang lain'. Dengan menganggap diri lebih, seperti dari segi pengetahuannya, kealimannya, ibadatnya atau lebih kekayaannya daripada orang lain. Sebagai contoh situasinya ialah:

a) "Suami I belikan I adiah itu..adiah ini..." (Siap dengan ambil gambar lagik tempek merata tempat).
b) "Tahun ni perniagaan aku banyak untung...Bonusnya bertingkek-tingkek kau tau..." (Sambil jari ibu dinaikkan tanda baguuuus)
c) "Duit aku yang banyak ni aku ingat nak guna buat Haji dan Umrah back-to-back lah. Kau hado?" (Siap dengan muncung-muncung mulut sekali)

Ujub ini sifat tercela, ia perlu segera dikikis dan dijauhi umat Islam kerana boleh mendorong kepada pelbagai sifat yang lebih buruk lagi, misalnya sombong, takbur, gila hormat, meremehkan orang lain dan sebagainya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:  | Tiga perkara yang dapat merosakkan, iaitu bakhil yang diturut; hawa nafsu yang diperturuti dan mengagumi diri sendiri (ujub). - (Hadis Baihaqi) |

Jenis-jenis ujub termasuklah:
Bangga atau kagum dengan kecantikan rupa paras, kegagahan atau suara merdu. Contoh ayat:

a) "Eh eh..comelnya aku berhijabista stailista hipster pada hari ini"
b) "Aku kalau ada hanjeng cuba kejar aku, aku kerambitkan ajek leher depa. Kau nampak kekuatan aku?"
c) "Sedap jugak aku tarik lagu Jamal pagi-pagi buta ni"

Hal sedemikian perlu dijauhi kerana ia adalah sangat tercela. Menjauhinya hendaklah dengan kesedaran bahawa apa juga yang dibanggakan itu adalah anugerah dan nikmat Allah yang perlu disyukuri. Seseorang itu dikatakan bersyukur apabila ia memanfaatkan anugerah Allah itu pada tempatnya yang wajar lagi diredai-Nya.
Ujub disebabkan ketinggian ilmu atau kecerdasan otak dan menganggap dirinya paling pandai. Contoh ayat:

a) "Kau dapat 2.75 jek pointer? Kau nengok aku dapat 3.99. Susahlah kau nak dapat kerja syarikat oil & gas macam ni"
b) "Kau diam. Kau diam. Biar aku sorang jek yang sembang pasal perihal Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ni. Aku dulu sejarah dapat A. Kau dapat ape?"

Sikap sedemikian perlu dijauhi dengan kesedaran bahawa ilmu yang kita miliki ini adalah masih terlalu sedikit. Kalau difikirkan, ulama dan intelektual lain adalah lebih dari itu. Dan perlu kita hayati firman Allah:  | Dan tidaklah kamu diberi ilmu, kecuali sedikit. - (Surah al-Israa: 85) |
Ada pula ujub kepada susur galur keturunan. Umpamanya seseorang itu bangga terhadap dirinya disebabkan berketurunan bangsawan, raja, ulama, hartawan dan sebagainya. Contoh ayat:

a) "Kau tahu tak? Aku ni ada darah keturunan Portugis. Moyang aku antara 10 orang kanan Alfonso de Albuquerque yang tawan Melaka dulu. Kau apa tahu?"
b) "Kawan saya Datuk Samsuddin. Dia Saudagar Unta. Masukkan saya dalam WAD KELAS PERTAMA sekarang!!!!!!"

Sebenarnya semua itu tidak patut dibangga-banggakan. Bukankah Allah berfirman: | Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). - (Surah al-Hujurat: 13) |

Kesemua sifat ini hendaklah dijauhi dan dihilangkan dari diri seseorang individu muslimin kerana ia boleh menjejaskan amal ibadat kita kepada Allah. Semoga dengan menjauhinya kita akan mendapat keredaan Allah di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Kewajiban Menutup Aurat.

Kewajiban Menutup Aurat. 

Islam mengajarkan kepada umat manusia supaya menundukkan hawa nafsu. Islam juga memerintahkan perempuan menutup auratnya dan bagi laki-laki hendaklah menundukkan pandangannya. Pentingnya menutup aurat ini sehinggakan Allah SWT menegaskan lagi ia dengan pelbagai keterangan seperti - | Allah SWT tidak akan menerima ibadah seorang perempuan baligh bila dia tidak menutup auratnya.| 

Batas Aurat Lelaki. 

1. Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat: 

Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”. Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH. 

2. Imam Malik dan Imam Syafi’ie berpendapat: 

Aurat lelaki ada dua keadaan: 

(a) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya ialah : Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. 
(b) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya ialah : Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. 

Batas Aurat Wanita. 

Antara batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa mazhab ialah; 

1. Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (HR Al-Bazar dan At-Tirmizi). 

2. Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auaratnya adalah antara pusat hingga lutut. Walau bagaimanapun, bagi menjaga adab serta memperhalusi akhklak ketika berhadapan dengan lelaki yang mahramnya, eloklah wanita itu menjaga dan menutup auratnya yang selain dari pusat hingga lutut agar tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki walaupun darjatnya mahrahm dengannya. Lebih-lebih lagi ditakuti akan timbul fitnah, kes sumbang mahram dan lain-lain. 

3. Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah akhlaknya, aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya. 

4. Aurat wanita sahaya (hamba) kepada lelaki yang mahram dengannya dan sesama perempuan auratnya adalah dari pusat hingga lutut. Dengan lelaki bukan mahram dengannya (ajnabi) auratnya adalah seluruh tubuh badan. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Penjelasan-penjelasan ulama tentang batas-batas aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) mengikut Mazhab. 

1. MAZHAB SYAFI’IE: ada 2 qaul; 

a) Qaul pertama: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Qaul ini adalah qaul yang paling soheh dalam Mazhab Syaf’ie. 
b) Qaul kedua: Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedah muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan fitnah kepada wanita itu, maka ketika itu wajiblah menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Fitnah iaitu ( ”apa yang lahir pada dirinya yang mana dengan melihatnya boleh mendatangkan nafsu syahwat). 

2. MAZHAB HAMBALI: ada 2 qaul; 

a) Qaul pertama: Semua anggota wanita adalah aurat tanpa kecuali kepada lelaki ajnabi. 
b) Qaul kedua: Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Tapi jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya. 

3. MAZHAB HANAFI: ada 2 qaul; 

a) Qaul pertama: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya. 
b) Qaul kedua: Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dan dua tapak kaki. 

4. MAZHAB MALIKI: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SIAPAKAH YANG DIKATAKAN GOLONGAN MAHRAM BAGI WANITA. 

1. Bapa sendiri ( bapa kandung). 
2. Bapa suami (bapa mertua). 
3. Anak lelaki. 
4. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya. 
5. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
6. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara). 
7. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara). 
8. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz). 
9. Anak lelaki susuan. 
10. Bapa susuan. 
11. Saudara susuan. 
12. Bapa saudara sususan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah. 
13. Menantu lelaki. 

Beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai Muslimah samada mereka sedar atau tidak: 

1) Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh. 
2) Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja. 
3) Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah. 
4) Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya. 
5) Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan. 
6) Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya. 
7) Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sumber : http://www.abuanasmadani.com/?p=1907

Sunday, January 12, 2014

Suku

Kelekangg!!!

Bersepai kerusi kayu warong nasik lemak Janda Lopa diterajang Idlan Khozim. Semua mata orang ramai yang minum di warong itu tertumpu pada aksi ganas Idlan Khozim.

Kemarahan Idlan Khozim pagi ini di warong nasik lemak Janda Lopa memang tiada siapa dapat menyangka. Semua orang benar-benar terkejut. Tidak pernah Idlan Khozim meradang sebegitu garang dan buas. Namun Taruddin masih tenang dengan menghirup teh tarik sambil sebatang rokok terselit di celah jarinya.

"Kau ingat ni Piala Malaysia ke Taruddin? Tulah. Banyak sangat nengok Bola Malaysia. Lebih baik kau nengok EPL tahu tak??"  Idlan Khozim menjerit lagi bagai orang gila. 

Taruddin diam dan masih merenung buah kelapa yang diletakkan di atas meja makan.

Apa gila kau ni mengaku orang Negeri Sembilan, tapi tak tahu kau dari suku yang mana? Kau dah hilang akal?!" sambung  Idlan Khozim lagi.

"Err... err, saya..." perlahan-lahan Taruddin mengangkat kepala. Menoleh pada wajah  Idlan Khozim. Kata ganti diri 'aku' telah bertukar kepada 'saya' akibat ketakutan yang teramat sangat.

"Aku tanya kau lagi sekali. Kau dari suku mana?" kali ini  Idlan Khozim membeliakkan matanya memandang rakus ke dalam mata Taruddin.

Taruddin terkernyih-kernyih sambil membetulkan duduknya. Dia nekad. Dia tahu jawapannya yang tadi adalah tepat dan betul. Ya!! Daripada Suku itulah dia berasal. Taruddin menarik nafas dalam-dalam. Dan dengan steady bersuara.

"Aku adalah Taruddin yang menurut adat pepatih berasal dari Suku Akhir!!!!" teriak Taruddin sambil berdiri tegak dan dua tangannya dedepakan penuh yakin.

Kelekangg!!!Kelekangg!!!

Sebuah meja makan plastik hinggap tepat ke muka Taruddin. Meja terbelah dua. Muka Taruddin berlumuran darah. Idlan Khozim berjalan bengis meninggalkan warong nasik lemak Janda Lopa sambil menyumpah seranah. Gila apa Suku Akhir?

Saturday, January 11, 2014

Ilmu Bekalan Minda

Salam Jumaat.

Pagi ini ada sahabat memanggil aku dengan nama PM Hadri (Pencetus Marah).

Jadi di hari Jumaat yang mulia ni aku cadang nak bawak watak ostad ostad pula.

Oleh itu mari kita mulakan ia dengan lagu In My Place dari Coldplay.

8 Adab Pada Hari Jumaat. 

Tahukah anda? 8 Adab Pada Hari Jumaat. 

1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Nabi 
2. Mandi Sunat Jumaat 
3. Menggunakan Minyak Wangi 
4. Bersegera Untuk Berangkat ke Masjid 
5. Solat Sunat Ketika Menunggu Imam atau Khatib 
6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhotbah (Aku tambah sikit; jangan sibuk main talipon, nanti aku rodok dengan kerambit) 
7. Solat Sunat Setelah Selesai solat Jumaat 
8. Membaca Surat Al Kahfi. 

Nota tambahan: Jangan sesekali update status di laman maya seperti ini. "Done mandi Sunat Jumaat. Done Sembahyang Jumaat. Done Makan Pisang Masjid. Done balik rumah" 

Kalau aku nampak sesiapa update status macam tu, aku hantar kerambit terbang. 

Salam Ukhwah Wahai Umat Manusia Sekalian Alam. ;-)

Pesanan Ikhlas - Merokok. 

Kepada sahabatku sekalian. Berhentilah merokok sementara boleh dan mampu melakukannya. 

Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda dan keturunan anda. 

Buat para wanita pula, nasihatkan orang yang anda sayangi secara lembut supaya berhenti merokok. 

Salam Kebangkitan Umat Islam. 



Thursday, January 9, 2014

Ariana Rose

Tahukah Anda? Sinopsis Drama Ariana Rose. 

Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik  dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utamaTengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin denganTengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal . 
  
Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengku Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil. 
  
Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi “drama queen” dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuanTengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu  luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa,  setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. 
  
Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka – sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah  pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam. 

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam .Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz ,Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa  gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati. 
  
Tengku Adam bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya.

-------------------------------- 
Tahukah Anda? Ini Ulasan Aku Pula. 

Orang kata sarang tebuan jangan dijolok. Tapi apa yang seronoknya menulis kalau tidak dijolok sarang tebuan itu? 

Sebenarnya aku hampir malas nak sentuh hal-hal macam gini. Sebab ada ramai yang tak selesa. Ada yang kata aku merepek membebel macam orang gila, asyik nak marah-marah macam Rambo, bercakap tak reti nak berpikir dahulu macam Ibrahim Ali. Dan pelbagai tohmahan lain. Tapi aku tidak peduli dengan itu semua. Akhirnya aku akur dan terpaksa juga teruskan tanggungjawab aku yang tidak meminta bayaran kepada sesiapa ini. 

Takkan aku nak post perihal gossip kahwin cerai artis? Perihal kebangkitan JDT? Ataupun perihal jenis tudung yang menjadi trend pilihan hijabster fashionista teletubies di luar sana? Maaf itu bukan Muhammad Hadri punya level. 

Apa yang aku lihat, drama Ariana Rose ni masih cekang mengekalkan plot dari novel dengan garapan skrip yang lemah. Benda ini juga masih lagi berjaya melekakan umat Melayu setiap kali tiba waktu senja dan Maghrib. Eh, dah nama drama Melayu, siapa lagi yang mahu menontonnya? Aku perhatikan juga seperti biasa cerita dan stail dalam novel/drama ini selalu berulang-ulang. 

Antaranya ialah nama watak yang tak logik. Kalau perempuan kena nama banyak huruf A dan/atau S. Contohnya Shahfiza Hanisa, Qistina Amalia Rianna, Nora Elena Mariappan, Ixora Malisa, Ariana Rose. Kalau yang lelaki nama dah macam angksawan negara; Adam Mukhriz, Iqbal Hanif, Danial Rasydan, Azlan Hafizi, Tengku Bossned, Syed Sondeh. 

Tak boleh ke bubuh nama yang biasa macam Milah ke, Laili ke, Melati ke, Rosmah ke, Azizah ke, Kuntum ke. Nak nampak moden sangat ke sampai kena letak nama macam nama planet?  Yang lelaki tak boleh ke letak nama Daud ke, Shuib ke, Idris ke? Apa, kalau kau letak nama-nama biasa macam tu akan jadi tak hensem ke heronya? 

Selain itu, aku nengok sekali imbas sahaja tajuk drama Melayu ni, aku dah boleh tahu jalan ceritanya yang seringkali berulang-ulang. 

Jalan cerita novel/drama Melayu dah dekat dua puluh tahun, tak pernah berubah. Kenapa persekitarannya mesti ada Tan Sri, Datuk, Ahli Perniagaan? 

Lepas tu heroin baik nak mampus tahap pijak semut pun tak mati, sentiasa merelakan dan memaafkan apa sahaja yang orang lain buat kat dia, pendek kata redha je. Kenapa mesti watak perempuan utama tu perfect serba-serbi, takde langsung kekurangan (kecuali kuat menangis). Kenapa mesti ada kahwin paksa? Dah takde idea sangat ke depa ni? 

Hero pulak macam lahanat perangai mula-mula cerita tu, yelah anak orang kaya, bapak pulak Tan Srilah katakan. Jadi, dunia ini hero itu yang punya. Tahap hensem hero ni dah taraf model kononnya. Kalau dah taraf model, kenapa tak jadi model je, buat apa susah-susah nak kerja dengan mak bapak kau? 

Kemudian bila hero dan heroin dah tak sama taraf dan tak boleh bersatu, maka terpaksalah diwujudkan caranya. Idea yang paling bangang yang boleh diorang ni pikir adalah dengan tangkap basah atau kahwin paksa atau wasiat keluarga atau terhutang budi tergadai body. Disebabkan perkara-perkara yang tak diingini terjadi antara kedua pihak nie, maka konflik yang tak berkesudahan pun terjadi..........gaduh, baik balik, jatuh cinta, gaduh lagi, buka facebook, pujuk balik, gaduh, menyesal, idup bahagia selamanya. 

Penamat drama mesti main dengan anak dua tiga orang tak pun pergi honeymoon kat oversea. 

Lagi 6 tahun nak ke 2020. Ada lagi manusia menonton drama macam gini? Yang kau tahu, itu jelah. Lelaki hensem, perempuan miskin. Boring. 

Tuesday, January 7, 2014

Mesej Beratai

Ini antara contoh mesej berantai bangang. Ya, memang rakyat Malaysia suka pada benda benda macam gini. Benda khabor angin adalah santapan umat Malaysia. 

Tapi di mana staff yang betol betol kena tindas tu? Dah tampil buat report polis? Ada sidang akhbar? Mane? Mane? Inilah kerja orang Melayu yang tak habis habis dengan BOIKOT-nya tu. Itu hari boikot upin ipin. Ini hari Hong Leong Bank pulok. Jadah mende?

Bukan aku tak sensitif pada benda macam ni. Cuma aku masih tak boleh hadam dengan berita berantai macam gini. 

Benda macam ni kalau datang dekat aku senang jek. Sama ada setelkan guna kerambit, ataupun berpisah secara beradat. Aahhh..kau bacalah sendiri. Seperti biasa, ending dia "Mohon Sebarkan". Junjumaton Betol!

--------------------

HONG LEONG HINA ISLAM

Aku dh beberapa kali tgk byk banner dipasang kt dpn Wisma Hong Leong, Jalan Perak. Kalo korang pegi lalu situ, mmg akan nmpk setiap hari tanpa henti staf bank sana buat piket bantahan.

Hati terdetik nk gi bertanya, jawapan yg aku dpt sgt menyedihkan dan mcm xpecaya.

Pengurusan Hong Leong bertindak biadap dgn sengaja menutup bilik / ruang solat di pejabat mereka. Bukan ini je isunya, selain daripada tu ;

1. Pengurusan menyuruh staf Melayu / Islam pegi cari Surau lain (di luar Wisma Hong Leong)

2. Kdg2 staf Melayu / Islam yg tpaksa pegi cari Surau di luar diberikan masa terhad. Jika dipersoalkan bkenaan masa, staf td akan diherdik kerana mencuri waktu bekerja utk menunaikan solat Zohor & Asar.

Ini realiti yg tpaksa diharungi staf Melayu / Islam di Hong Leong. Biadap pengurusan tak kenang budi. Ini permulaan umat Islam dihina walaupun di negara sendiri, Malaysia.

Cubalah boikot dan jgn beri peluang kedua kpd bank Hong Leong. Biarlah mereka bangkrap jgn kita sbg umat Islam bangkrap solat kpd Allah S.W.T

Mohon sebarkan. - RH

Monday, January 6, 2014

Cuti - Point Of No Return.

Aku dengor cerita Pulau Pinang dan Selangor tengah rancang nak ikut jejak Johor ubah cuti umum dari Sabtu, Ahad ke Jumaat dan sabtu. Aku harap kalau boleh jangan buat benda yang sekadar nak dapatkan undian popular.

Kau kena pikir, ramai orang duduk Selangor yang kerja di Kuala Lumpur. Contoh paling dekat, orang macam aku ni yang kerja di Kuala Lumpur tapi bermastautin di Selangor. Jadi urusan penjagaan anak semuanya di Selangor. 

Sekolah, taska, rumah pengasuh, nurseri, rumah orang tua-tua kalau cuti hari Jumaat, kami ni yang kerja Kuala Lumpur tetap kena pergi opis hari Jumaat. Habis tu nak hantar anak ke mana mangkok berayun? Nak buat satu satu benda tu guna akal, jangan ikut sedap otak engkorang jek.

Kau orang ingat satu negeri Johor ke cuti hari Jumaat/Sabtu? Haaaa...tak beb...tengah kelam kabut jiran si Temasik tu. Ingat!! Bertindaklah dengan POWER.

-------------------
Macam biasalah, orang kata sarang tabuan jangan dijolok. Tapi dalam menulis ni tak mencabarlah kalau kita tak rodok sarang tabuan. Lepas aku post status kat atas tu, ada beberapa komen yang menjalar di bawah. Antaranya yang terbaik ialah..

"Pedulik ape aku. Aku ni open minded. Kalau cuti tu utk kebaikan. In sya Allah ada jalan tuk fix your problem. Allah maha merancang. Kalau selangor cuti jumaat. KL tak cuti. Maka ramai la yang tak akan hantar nursery. Jd nursery akan fikir tuk flexible the bisnis. Momentum dari implementation ni tuk khidmat kerajaan. Private sector tak 100% effected. Pffff... Itu pon tak bolleh nak fikir ke? Nak mengamuk je keje.. sabar je la"

Pertamanya aku nak bagitau ialah komen ini datang daripada seseorang yang belum mempunyai anak. Ya, jadi dia berhak untuk bercakap "Pedulik ape aku". Aku dapat rasakan yang dia mungkin suka cuti Jumaat sebab hari Jumaat ini adalah penghulu segala hari, hari baik untuk beribadat. Sekali lagi aku tidak menafikannya. Tapi aku nak tanya semula adakah selama bekerja hari Jumaat ni kau tidak mempunyai waktu untuk solat Jumaat? Tiada keselesaan untuk beribadat? Kau kata bercuti hari Jumaat untuk kebaikan...adakah bekerja mencari rezeki pada hari Jumaat itu satu keburukan?

"Kalau selangor cuti jumaat. KL tak cuti. Maka ramai la yang tak akan hantar nursery. Jd nursery akan fikir tuk flexible the bisnis."

Ini hujah paling lemah kau. Senang kau buat kesimpulan. Macam kau ni adalah taukeh nurseri. Sudah tentulah orang yang hantar anak-anak di nurseri atau rumah pengasuh ni datangnya dari mereka yang kerja di Selangor dan Kuala Lumpur. Penyudahnya pusat jagaan ni nak jaga pelanggan ikut jadual cuti yang mana satu? Selangor atau Kuala Lumpur? Kau nak dia kerja 7 hari seminggu? Itu bermakna kau sediakanlah duit banyak-banyak untuk bayar double depa ni semua.

"Momentum dari implementation ni tuk khidmat kerajaan. Private sector tak 100% effected. Pffff..."

Habis tu kau nak buat cuti Jumaat separuh ikut, separuh lagi tak payah? Inilah bengapnya Malaysia. Buat sekerat-sekerat. Ingin aku tegaskan. Kalau nak buat sesuatu tu biar menyeluruh. Biar konsisten. Hujah aku sama macam di atas. Kebanyakan yang hantar anak di pusat jagaan adalah mereka yang bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur. Bukan semuanya kerja di Selangor. Dan bukan semuanya kerja di Kuala Lumpur. Kelak pusat jagaan akan menjadi pening. Nak tak nak depa mesti akan kenakan bayaran tambahan jika kita menghantar anak pada hari yang mereka cuti. Tak kiralah cuti yang mana satu yang depa pilih.

"Itu pon tak bolleh nak fikir ke? Nak mengamuk je keje.. sabar je la"

Kau boleh kata aku mengamuk jika kau baca status aku dengan membayangkan kerambit di tangan kanan aku. Kau cakap aku tak boleh pikir sebab dalam diri kau masih tebal jiwa yang menyokong ahli politik secara membabi buta. Aku dah perhatikan selepas pilihanraya ni memang ramai penyokong tegar pembangkang yang baghalnya sama sahaja dengan penyokong BN.

Menteri di negeri PKR naik gaji, kau senyap. Ketua Menteri Pinang tukar kereta, kau bagi hujah-hujah serupa dengan budak hingusan BN. Kau kena lebih matang dan berpikir menggunakan akal dan bukannya otak kau semata-mata. Jangan jadi barua politik. Dan ya, ingin aku tegaskan bahawa perihal cuti Jumaat ini tidak lain daripada ingin menggula-gulakan rakyat negeri masing-masing dan cuba mendapat kepopularitian dengan kononnya prihatin pada hari Jumaat. 4 tahun lepas apa pasal tak buat bongok?

Akhirnya aku hanya mampu redho dan bersedia menjalani kehidupan seperti biasa andai benda ni berlaku. Siapalah aku ni nak menghalang kerajaan negeri? Ataupun persekutuan? Lama-kelamaan aku akan terbiasa dengan kitaran cuti yang baru. Jadi aku rasakan pendekatan "sabar je la" adalah yang terbaik di muka bumi. Lagipun akukan Melayu...

Friday, January 3, 2014

BOOOOOOOOOGHAH

Aku tengah sedap tido. Tiba-tiba Mufti talipon aku. Aku angkat. 

"BUGHAH!!!" - kata beliau dengan menjerit.

"MANGGA!!!" - aku balas kembali dengan nada lagik tegas. 

Lepas tu aku letak balik talipon. Gila apa Mufti ni. 'Bursa saham ditutup bercampur-campur' pun ramai orang tak paham. 

Gila-gila.

Thursday, January 2, 2014

Sinopsis - Projek Memikat Janda(PMJ).

Idlan Khozim, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Idlan Khozim bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan janda yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little boy. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Idlan Khozim, awak akan jadi suami saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Nathalie Dhurand

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari sahabatnya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Idlan Khozim

“Idlan Khozim tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Idlan Khozim, kenapa Idlan Khozim tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Taruddin.

Berjayakah Idlan Khozim memikat isterinya si janda meletop ratu kebaya kampung selama 5 tahun, Nathalie Dhurand? Bolehkah janda meletop ratu kebaya kampung selama 5 tahun ini dicairkan?

“Abang...Sayang tak tahu bila sayang jatuh cinta dengan abang, sebab sayang sibuk sangat hendak membenci abang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun sayang tak tahu,” - Nathalie Dhurand.

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Idlan Khozim untuk membina rumah tangga bahagia!

Wednesday, January 1, 2014

Budaya Mem-Forward Benda Bangang Bukan Satu Kebetulan Bangang Semata-mata.

Baru-baru ini (takdelah baru sangat sebenarnya) aku dapat mesej di WhatsApp dan Facebook menyatakan kartun Upin & Ipin ada agenda Yahudi tersembunyi. Usai sahaja aku baca mesej tu aku terduduk bertahyat lalu terus beristighfar bertalu-talu.

Begini ayatnya lebih kurang. 

"Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.” Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “Aku suka Israel.” Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon." 

Eh ada lagik. 

"Sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam." 

Nampak? Power bukan? Ini lebih kurang macam surat-surat berantai yang lama. Tapi yang ini surat berantai cara baru. (surat berantai ini memang tidak menjana ekonomi negara kau tahu!!) 

Mungkin ada yang cerdik akan balas balik mesej tu kepada si penghantar tadi seperti ini. 

" 'U' dan 'I' pada baju Upin & Ipin bermaksud Ugama Islam. Sebarkan maklumat ini kepada 40 orang lelaki 40 orang perempuan dan 3 orang khunsa." 

Dah pulaaaak..bergaduh pasal Upin Ipin pulak. Mangkuk berayun betol. 

(Bagi aku batuk kejap dan minum air sirap sebelum aku sambung lagi) 

Bahasa Aramaic & Syriac ni bukan macam bahasa Jepun dan China. Takkanlah dengan 2 sukukata boleh membawa makna yang panjang berjela. Pandai-pandai la pulak dia bagi 2 bahasa iaitu Aramaic dan Syriac. Kalau cakap satu bahasa bimbang orang kata tak logik pulak kot. 

Tapi selepas aku tenung secara mendalam. Kalau nak cakap ni propaganda Ayah Pin logik la jugak. Kahkahkah... 

Ok, aku nak bercakap secara serius pulak. Jaga-jaga... 

DUNIA hari ini bukan macam dunia yang aku kenal semasa membesar dulu. Memang banyak kemajuan berbanding dulu, tapi cara orang kita berfikir pun dah makin karut dan 100% fiksyen, terutama bab nak buat fitnah. 

Jika dulu, orang paksi kepada logik akal juga, waima dalam soal nak bawak mulut sekalipun, sekarang aku tak nampak semua tu lagi. Asal boleh bikin heboh, buat sajalah. 

Perihal Upin Ipin ni pun aku tak pernah terfikir ke situ. Ini bermakna kajian mereka sudah masuk peringkat tertinggi. 

Kalau nak kira yahudi sangat, buang sajalah semua gajet mudah alih yang ada dalam simpanan sebab teknologi mobil dan internet tanpa wayar ini, ada ’hasil tangan’ orang-orang yahudi. Itu kalau nak tunjuk anti yahudi sangatlahkan. 

Semua ni nampak bodohlah. Kalau pun cemburu tengok kawan tu berjaya, tak usahlah nak reka cipta benda yang tak masuk dek akal. 

Pendek kata semua ini tak masuk akal. Malangnya, ada juga sesetengah dari kita yang terlalu asyik dengan filem mengenai teori konspirasi, tertarik dengan cerita-cerita tak masuk akal macam ini. Freemason sana, freemasin sini. 

Ingatkan makin maju teknologi, makin matang cara orang berfikir, rupanya tidak juga.

Nota: Aku baru lepas kaji kartun Boboiboy. Ternyata ia ada agenda kristian. 3 versi satu karakter. Lambang Trinity. Mohon sebarkan. Kalau tidak ketiak anda akan menjadi hitam dalam masa 4 jam dari saat anda selesai membaca tulisan ini.